Wednesday 21 March 2012


TEKS UCAPAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK
Bismilahirrahmanirrahim……
Assalamualaikum  warahmatullahita’ala  wabarakatuh dan selamat pagi

Terima kasih puan / tuan pengerusi majlis

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Azman bin Idris, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya.
Yang berusaha,
Puan Sofia Nor binti Molhit, Penolong Kanan Kurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya,

Encik Othman bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya,

Puan Anita Mazlina binti Azman Arash, Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya,
Barisan Ketua Bidang,
Guru-guru Cemerlang,

Rakan-rakan Guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, bulan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya akan mermula pada hari ini, 6 Julai sehingga 7 Ogos 2009. Tema bulan  Sains dan Matematik pada tahun ini ialah
“PINTAR SAINS MINDA KREATIF, BIJAK MATEMATIK MINDA INOVATIF”.
Sains dan matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutama guru-guru sains dan matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian.
Tujuan bulan Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri  pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.
Tanpa melengahkan masa, saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Azman bin Idris Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya untuk menyempurnakan upacara perasmian bulan Sains dan Matematik tahun 2009, dengan diiringi oleh Puan Sofia Nor binti Molhit, Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya dan Cik Rohana binti Ismail selaku Ketua Bidang Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Dengan segala hormatnya dipersilakan,
~~~~~~~~~~~ UPACARA PERASMIAN ~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Azman bin Idris atas perasmian sebentar tadi.
Para pelajar sekalian,
Berikut ialah soalan yang akan dikemukakan berdasarkan upacara perasmian sebentar tadi.
Pelajar yang ingin menjawab, dipersilakan ke hadapan.
Soalan :
1.      What is the concept used to explain the observation made?    Apakah konsep yang digunakan dalam experiment yang ditunjukkan?
       Concept   : Density (of substances)
        Konsep    : Ketumpatan (bahan)
2.      Give the 3 variables involved in the experiment.
          Berikan 3 pembolehbah dalam experiment tersebut
(i)           Manipulated variable           : Type of liquid / Density of object
Pembolehubah yang dimanipulasikan  : Jenis cecair /             Ketumpatan object
(ii)         Responding variable                      : The flotation of object
Pembolehubah bergerak balas    : Keapungan objek
        (iii)       Fixed variable                 : The same object / the same   egg   
Pembolehubah yang dimalarkan :  Objek yang sama / telur yang sama


Tahniah kepada pelajar yang menjawab sebentar tadi.

Bagi meneruskan majlis pelancaran bulan Sains dan Matematik , saya menjemput  sekumpulan pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya untuk mempersembahkan sketsa yang bertajuk  “Tamadun Sains dan Matematik”.

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

~~~~~~~~ PERSEMBAHAN SKETSA  ~~~~~~~~~~~~

Dengan berakhirnya sketsa itu tadi , maka tamatlah majlis pelancaran bulan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya tahun 2009.

“PINTAR SAINS MINDA KREATIF, BIJAK MATEMATIK MINDA INOVATIF”

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hita’alawabarakatuh….
Saya kembalikan majlis ini kepada puan / tuan pengerusi majlis.






No comments: