Wednesday 21 March 2012


TEKS UCAPAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2011 

Yang berusaha, Pn. Rozita bt Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya,

Yang Dihormati, Pn. Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,

Ustaz Othman bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash, Penolong Kanan Kokurikulum,

En.Azahari bin Mohd Yusof, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kita berkumpul di dataran integrasi ini bagi menyempurnakan majlis penutupan minggu sains dan matematik tahun 2011.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Bagi memulakan majlis, saya menjemput Cik Rohana bt Ismail, Guru Kanan mata pelajaran Sains dan Matematik untuk menyampaikan ucapan penutup minggu Sains dan Matematik.

(dipersilakan)

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana.

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Cik Rohana sebentar tadi, perkhemahan MASA telah diadakan pada 2 April 2011, pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan. Berikutan dengan itu, pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Rozita bt Ahmad diiringi Cik Rohana bt Ismail untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah bagi pemenang aktiviti perkhemahan MASA tahun 2011.

(baca nama pemenang)

(terima kasih diucapkan kepada Pn. Rozita)

Pada hari ini kita akan menyaksikan persembahan pelancaran roket oleh kumpulan yang mendapat tempat kedua semasa pembentangan berkumpulan. Hasil projek yang lain telah dipamerkan di Astaka Jaya.Dengan ini, dipersilakan kumpulan trigonometri untuk mempersembahkan projek mereka.

(terima kasih di atas persembahan yang begitu kreatif dan kritis.)

Semoga semua pelajar mendapat input sains dan matematik yang berguna dan seterusnya dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sekian, terima kasih.

Saya serahkan majlis kepada guru bertugas.

No comments: