Wednesday 21 March 2012


TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN HEM & PELANTIKAN PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN SMK CHERAS JAYA TAHUN 2012

Yang Berusaha,
Pn. Hashimah bt Hashim,
Pengetua SMK Cheras Jaya,
Yang Dihormati,
Pn. Sofia Nor bt Molhit,
Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,
Ustaz Othman bin Omar,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash,
Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Azahari bin Mohd Yusof,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Barisan guru  kanan matapelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kepada yang Maha Esa, kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat kita berkumpul di dataran integrasi ini untuk sama-sama menjayakan majlis penutupan Bulan Hal Ehwal Murid dan seterusnya menyempurnakan Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Cheras Jaya tahun 2012.
“Kecemerlangan Sahsiah, Kesejahteraan Bersama”
Itu lah tema Bulan Hal Ehwal Murid pada tahun ini. Alhamdulillah kita sudah pun sampai ke penghujungnya. Pelbagai aktiviti telah dapat dijayakan dengan jayanya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah seperti
·         explorace
·         kuiz spontan
·         teka silang kata
·         pertandingan melukis poster anti buli

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, sesungguhnya pelajar-pelajar di SMK Cheras Jaya ini kesemuanya berkebolehan dan berketrampilan untuk menjayakan dan menyertai  sesuatu aktiviti, kerana yang pasti jika anda tidak mencuba, bermakna anda sudah  mengalah.

Sudah menjadi adat, setiap pertandingan pasti ada menang dan kalahnya. Yang menang pasti diberi hadiah, dan yang kalah boleh cuba lagi pada tahun hadapan.

Baiklah, bagi meneruskan acara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya bagi menyempurnakan majlis.

Dipersilakan.

BACA NAMA PEMENANG IKUT KATEGORI
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Sofia Nor bt Molhit, di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
Guru-guru dan pelajar sekalian, 
Kini tibalah kita kepada Upacara Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Cheras Jaya tahun 2012.
Upacara perlantikan ini melibatkan pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada
v  Pengawas Sekolah

v  Ketua Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan

v  Pengawas Pusat Sumber

v  Rakan Surau

v  Pembimbing Rakan Sebaya

v  Dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

Upacara ini dilakukan secara serentak yang melibatkan gabungan 6 unit dengan tujuan untuk mewujudkan kerjasama di antara guru-guru dan pemimpin-pemimpin pelajar disamping dapat menjimatkan masa dan pengurusan menjadi lebih sistematik.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Antara objektif majlis watikah perlantikan pemimpin pelajar ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat di kalangan pelajar-pelajar supaya merasa bangga untuk menjadi pemimpin di sekolah ini. Diharapkan mereka semua sentiasa bertanggugjawab terhadap tugasan yang diamanahkan serta menjadi contoh terbaik untuk pelajar-pelajar lain.

Untuk tidak melenggahkan masa, sekarang tibalah ke acara majlis perlantikan penyerahan watikah pemimpin pelajar tahun 2012.

Ketua Pemimpin pelajar diminta bergerak ke hadapan.

(arahkan pengawas berdiri)

Bagi meneruskan acara penyerahan watikah perlantikan, majlis berbesar hati menjemput Ustaz Othman bin Omar mengiringi Pn. Hashimah bt Hashim, pengetua SMK Cheras Jaya bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada wakil pemimpin pelajar.

Dipersilakan.

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

v  Nurhamirul bin Rahim                 - Pengerusi Rakan Surau

v  Mohd Azhar bin Zani                   - wakil Ketua & Penolong Tingkatan

v  Md Nasri bin Abdullah                 - Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya

v  Nur Farisha Izzati bt Jamal Khir    - Ketua Pengawas SMK Cheras Jaya

v  Ahmad Ghazali bin Abdul Mutalib - Pengawas Pendidikan Khas

v  Tan Xi Yin                                  - Pengerusi Pengawas Pusat Sumber

v  Lailatul Idayu bt Sahari      - Pengerusi Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hashimah bt Hashim di atas kesudian menyempurnakan Majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar tahun 2012.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Majlis diteruskan lagi  ke upacara lafaz ikrar pemimpin-pemimpin pelajar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Nur Farisha Izzati bt Jamal Khir   , ketua pengawas sesi pagi bagi memimpin pemimpin-pemimpin pelajar untuk melafazkan ikrar.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Nur Farisha Izzati bt Jamal Khir di atas pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Kini sempurnalah majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah pemimpin pelajar 2012. Semoga dengan kepercayaan yang diamanahkah oleh pihak sekolah dapat digalas oleh pemimpin pelajar ini dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

Sebelum mengakhiri majlis, majlis mempersilakan Pn. Hashimah bt Hashim, pengetua SMK Cheras Jaya bagi menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

Ucapan Pengetua

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Pn. Hashimah bt Hashim atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan tadi akan kita jadikan sebagai pencetus semangat untuk kita terus mara ke hadapan.
Dengan ucapan itu tadi, maka berakhirlah majlis penutupan bulan Hal Ehwal Murid dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Cheras Jaya tahun 2012.
Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir, guru-guru dan individu yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.






No comments: