Google+ Followers

Sunday, 5 April 2015

PERKHEMAHAN MASA 4 MAC 2015



TEKS UCAPAN
PERKHEMAHAN MASA 2015

Yang dihormati,
Cik Rohana bt Ismail
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik
SMK Cheras Jaya

Yang dihormati,
Pn. Rashidah bt Yusof
Ketua Panitia Matematik

Yang dihormati,
Pn. Lee Lee Ee
Ketua Panitia Sains

Yang dihormati
Cik Rafidah bt Asmali
Mantan pelajar SMK Cheras Jaya

Rakan-rakan guru, fasilitator dan peserta-peserta perkhemahan Masa pada hari ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada anda semua kerana dapat menyertai perkhemahan MaSa pada hari ini. Sesungguhnya anda adalah dikalangan yang bertuah kerana berpeluang untuk menyertai dan mengenali dengan lebih dekat lagi dengan ilmu sains dan matematik dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.  

Bagi memberkati Program Perkhemahan MaSa  pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa oleh saudara Aidil Yakin bin Mohamad Saleh dari tingkatan 5 Amanah.
Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal’alamin………terima kasih diucapkan kepada saudara Aidil Yakin  atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan segala aktiviti yang dirancang pada hari ini dapat dijalankan dengan jayanya sehingga ke penghujungnya.

Tema perkhemahan MaSa pada tahun ini ialah
“Sains dan Matematik Pencetus Idea Cipta”

Untuk makluman semua, tahun ini adalah merupakan tahun ke-5 perkhemahan seumpama ini diadakan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh para guru yang bertujuan untuk menarik minat anda semua untuk lebih meminati, mendalami dan menguasai ilmu sains dan matematik.

Tanpa membuang masa, saya menjemput Guru  Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik , Cik Rohana bt Ismail untuk menyampaikan  ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana bt Ismail, semoga apa yang disampaikan sebentar tadi menjadi sumber inspirasi untuk anda semua menyahut cabaran untuk terus meningkatkan potensi dan bakat yang ada pada diri.

Seterusnya saya menjemput Cik Rafidah Asmali bt Marjuki.
Sebelum itu, saya perkenalkan Cik Rafidah Asmali bt Marjuki merupakan bekas pelajar SMK Cheras Jaya yang menduduki SPM pada tahun 2012 di sekolah ini. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke tingatan 6 di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 dan telah pun menerima keputusan peperiksaan STPM baru-baru ini dan kini menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

Dengan ini saya menjemput Cik Rafidah Asmali bt Marjuki untuk pengisian slot motivasi pada pagi ini.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rafidah Asmali bt Marjuki kerana sudi hadir pada pagi ini untuk menyampaikan slot motivasi. Semoga perkongsian yang disampaikan sebentar tadi menjadikan anda semua lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan berjaya dalam hidup. 
Untuk makluman anda semua, Cik Rafidah Asmali merupakan pelajar yang aktif di sekolah ini. Beliau sering menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik.
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan dari pihak sekolah, dengan ini saya menjemput Cik Rohana bt Ismail,  dengan diiringi oleh Pn. Rashidah bt Yusuf,  untuk menyampaikan cenderahati dan sijil kepada Cik Rafidah Asmali bt Marjuki.
Dipersilakan. 

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana bt Ismail atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Untuk makluman semua, satu lagi aktiviti  koakademik anjuran Bidang Sains dan Matematik adalah  minggu Sains dan Matematik yang akan dilaksanakan pada 22- 31 Julai 2015.

Bagi meneruskan program pada pagi ini…saya serahkan kepada Pn. Rohana bt Abdul Samad untuk mengendalikan permainan Neuro-Telematch.
Dipersilakan.




Tuesday, 31 March 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2015



TEKS UCAPAN
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN PENGAWAS 2015



1

YANG BERBAHAGIA,
INSPEKTOR MOHD AZIZUDDIN BIN IBRAHIM
PEGAWAI PENYIASAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK
IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG

YANG BERUSAHA,
ENCIK SHAHRUDDIN BIN YUSOF
PENGETUA SMK CHERAS JAYA

YANG DIHORMATI
SARJAN MUHAMMAD AZMIR BIN ZULKARNAIN
PENOLONG PEGAWAI PENYIASAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK
IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG

YANG DIHORMATI
DATIN NORLIZA BT SHAMSUDDIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK CHERAS JAYA

PN. ZAHANA BT HAMZAH
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PN. ANITA MAZLINA BT AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

EN. AZAHARI BIN MOHD YUSOF
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

BARISAN GURU KANAN MATAPELAJARAN, GURU-GURU KAUNSELING, RAKAN-RAKAN GURU DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.


2

ALHAMDULILLAH DENGAN LAFAZ SYUKUR PADA YANG MAHA ESA DAPAT KITA BERJUMPA DI PAGI YANG INDAH INI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA TAHUN 2015 DENGAN TEMA

“DISIPLIN UNGGUL, PEKERTI TERPUJI”


GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN,
TUJUAN MAJLIS SEUMPAMA INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF PERANAN PEMIMPIN PELAJAR DALAM MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN SEKOLAH DISAMPING MENYEMAI SIKAP BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP TUGASAN YANG DIAMANAHKAN OLEH PIHAK SEKOLAH. SEMOGA DENGAN PENYERAHAN TUGAS INI NANTI AKAN MEJADIKAN MEREKA PEMIMPIN PELAJAR YANG BERDEDIKASI DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS.


3

TANPA MEMBUANG MASA, DENGAN INI MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK BARISAN BADAN PENGAWAS SMK CHERAS JAYA DENGAN DIKETUAI OLEH SAUDARI NIK ANUM FAZIRAH BT NIK ROZI.
DIPERSILAKAN.

4
~PENGAWAS BERGERAK MASUK~

5

PENGAWAS SEKOLAH ADALAH DILANTIK OLEH PIHAK SEKOLAH. PELANTIKAN MEREKA ADALAH DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI PERIBADI YANG BAIK, DAPAT MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DENGAN JUJUR, BERANI, DEDIKASI DAN BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN. DENGAN ADANYA BARISAN BADAN PENGAWAS  INI SEGALA MASALAH DISIPLIN SEKOLAH AKAN DAPAT DIATASI DENGAN LEBIH BAIK.


6

PARA GURU DAN PARA PELAJAR SEKALIAN,
BAGI MENYEMPURNAKAN WATIKAH PELANTIKAN BADAN PENGAWAS SMK CHERAS JAYA, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT INSPEKTOR MOHD AZIZUDDIN BIN IBRAHIM, PEGAWAI PENYIASAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG DENGAN DIIRINGI OLEH ENCIK SHAHRUDDIN BIN YUSOF, PENGETUA SMK CHERAS JAYA TAMPIL KE PENTAS.
DIPERSILAKAN.


7

~BACA NAMA PELAJAR (MULA DARI BAWAH)~
DIPERSILAKAN,
KETUA BIRO MORAL…DIWAKILI OLEH….
KETUA BIRO PENDIDIKAN KHAS….
DAN
KETUA PELAJAR…..

8

DEMIKIAN TADI PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN BADAN PENGAWAS SMK CHERAS JAYA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA INSPEKTOR MOHD AZIZUDDIN  BIN IBRAHIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN WATIKAH SEBENTAR TADI.
(VIP DUDUK)
UNTUK PENGETAHUAN PARA HADIRIN, 
INSPEKTOR MOHD AZIZUDIN DAN SARJAN MOHD AZMIR MERUPAKAN PEGAWAI PERHUBUNGAN DI SMK CHERAS JAYA, DI MANA SEKOLAH AKAN MENDAPAT KERJASAMA DENGAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG MASALAH SALAH LAKU PELAJAR.


9

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN LAFAZ IKRAR DARI BADAN PENGAWAS SMK CHERAS JAYA. DENGAN INI DIPERSILAKAN  BADAN TERTINGGI PENGAWAS YANG DIKETUAI OLEH NIK ANUM FAZIRAH BT NIK ROZI  NAIK KE PENTAS UTAMA UNTUK BACAAN LAFAZ IKRAR.
DIPERSILAKAN.
~BACAAN IKRAR~


10

DEMIKIAN TADI LAFAZ IKRAR OLEH BADAN PENGAWAS SMK CHERAS JAYA YANG TELAH DIKETUAI OLEH NIK ANUM FAZIRAH BT NIK ROZI. TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PIMPINAN  LAFAZ  IKRAR SEBENTAR TADI. MUDAH-MUDAHAN DENGAN LAFAZ IKRAR ITU TADI AKAN MENJADIKAN BADAN PENGAWAS DI SEKOLAH INI LEBIH KOMITED DALAM MENJALANKAN TUGAS MEREKA.


11

GURU-GURU DAN PARA PELAJAR SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT INSPEKTOR AZIZUDDIN BIN IBRAHIM, PEGAWAI PENYIASAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG UNTUK MENYAMPAIKANKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.

 (UMUM : PENGAWAS DIBENARKAN DUDUK)

~UCAPAN VIP BERLANGSUNG~

12

DENGAN UCAPAN  ITU TADI MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN PENGAWAS SMK CHERAS JAYA TAHUN 2015. PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA INSPEKTOR AZIZUDDIN BIN IBRAHIM ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARI PIHAK SEKOLAH, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT EN. SHAHRUDIN BIN YUSOF, PENGETUA SMK CHERAS JAYA DENGAN DIIRINGI OLEH PUAN ZAHANA BT HAMZAH, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERMATA KEPADA INSPEKTOR AZZIZUDIN BIN IBRAHIM SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN DARI PIHAK SEKOLAH.
DIPERSILAKAN.

13

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK SHAHRUDIN BIN YUSOF ATAS PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI.
(VIP DAN PENGETUA KE SANGGAR KIRANA UNTUK JAMUAN)


14

SEMOGA DENGAN APA YANG DISAMPAIKAN OLEH TUAN INSPEKTOR SEBENTAR TADI DAPAT KITA JADIKAN IKTIBAR DAN JUGA PEDOMAN KHUSUSNYA BUAT ANAK-ANAK SMK CHERAS JAYA DALAM MENITI KEHIDUPAN INI SEBAGAI INSAN YANG BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


15

SEKIAN SAYA SERAHKAN MAJLIS KEPADA GURU BERTUGAS.












Monday, 11 August 2014

PENUTUP MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014



Yang Berusaha
Encik Sharuddin bin Yusof
Pengetua SMK Cheras Jaya

Yang dihormati
Datin Norliza bt Shamsuddin
Penolong Kanan SMK Cheras Jaya

En. Othman bin Omar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash
Penolong Kanan Kokurikulym

En. Azahari bin Mohd Yusof
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru kaunseling, rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan lafaz syukur pada yang Maha Esa dapat kita berjumpa di pagi yang mulia ini bagi majlis penutupan dan penyampaian hadiah minggu sains dan matematik.

Minggu sains dan matematik telah berlangsung pada 14 Julai sehingga 25 Julai 2014. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya. Para guru matematik dan sains berasa amat bangga kerana sepanjang aktiviti dilaksanakan sambutan yang diberi oleh para pelajar amat mengalakkan. Semoga dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat menarik minat pelajar untuk meminati mata pelajaran sains dan matematik.

Tanpa membuang masa majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati En. Othman bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis pe

nyampaian hadiah dengan diiringi oleh Cik Rohana bt Ismail, Guru Kanan Sains dan Matematik.
Dipersilakan.

BACA NAMA PEMENANG

Terima kasih diucapkan kepada En. Othman bin Omar atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa tahun hadapan cuba lagi dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik.

Sekian, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.