Wednesday 21 March 2012


TEKS UCAPAN BULAN HAL EHWAL MURID 2011 (HEM)

Yang berusaha, Pn. Rozita bt Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya,
Yang Dihormati, Pn. Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,

Ustaz Othman bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash, Penolong Kanan Kokurikulum,

En.Azahari bin Mohd Yusof, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang
dikasihi sekalian.

Assalamualikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kita
berkumpul di dataran integrasi ini bagi merasmikan Bulan Hal Ehwal Murid
tahun 2011 dengan tema nya

 “Kecemerlangan Sahsiah, Kesejahteraan Bersama”.

Guru-guru dan pelajar sekalian,
Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu badan yang berfungsi untuk

membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan

berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis, memupuk potensi diri dan
kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan dalam

diri setiap murid.

Objektif unit Hal Ehwal Murid adalah :

·        membantu perkembangan diri pelajar supaya berfungsi sebagai individu seimbang

·        memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar

·        menyuburi  potensi kepimpinan di kalangan pelajar

·         memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri ke tahap yang maksima

·        mendekatkan  ibubapa/penjaga pelajar dengan sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

·        mengumpul dana untuk membantu aktiviti-aktiviti unit di bawah Unit HEM melalui aktiviti karnival

 Guru-guru dan pelajar sekalian,
Sesungguhnya Unit Hal ehwal Murid memainkan peranan yang amat
penting di sekolah ini. Bagi merasmikan Bulan Hal Ehwal Murid tahun
2011, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Othman bin
 Omar selaku penolong kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Cheras Jaya bagi menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan bulan Hal Ehwal Murid tahun 2011.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Othman bin Omar atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Guru-guru dan pelajar sekalian,
Untuk makluman semua, tempoh perlaksanaan bulan Hal Ehwal Murid adalah pada 13 Jun sehingga 25 Jun 2011. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah :
·        ceramah berkenaan kesihatan, bimbingan kerjaya,sahsiah dan keselamatan
·        karnival seperti pameran, jualan,rumah hantu, senamrobik dan karaoke
·        lawatan sambil belajar
·        pertandingan seperti kuiz spontan, explorace dan teka silangkata
·        persembahan
Adalah diharapkan para  pelajar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang kerana sesungguhnya setiap aktiviti yang dirancang adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri dan
memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar.
Semoga semua pelajar mendapat input yang berguna dalam aktiviti yang
akan dijalankan.

Sekian terima kasih.


No comments: