Monday 11 August 2014

PENUTUP MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014



Yang Berusaha
Encik Sharuddin bin Yusof
Pengetua SMK Cheras Jaya

Yang dihormati
Datin Norliza bt Shamsuddin
Penolong Kanan SMK Cheras Jaya

En. Othman bin Omar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash
Penolong Kanan Kokurikulym

En. Azahari bin Mohd Yusof
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru kaunseling, rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan lafaz syukur pada yang Maha Esa dapat kita berjumpa di pagi yang mulia ini bagi majlis penutupan dan penyampaian hadiah minggu sains dan matematik.

Minggu sains dan matematik telah berlangsung pada 14 Julai sehingga 25 Julai 2014. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya. Para guru matematik dan sains berasa amat bangga kerana sepanjang aktiviti dilaksanakan sambutan yang diberi oleh para pelajar amat mengalakkan. Semoga dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat menarik minat pelajar untuk meminati mata pelajaran sains dan matematik.

Tanpa membuang masa majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati En. Othman bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis pe

nyampaian hadiah dengan diiringi oleh Cik Rohana bt Ismail, Guru Kanan Sains dan Matematik.
Dipersilakan.

BACA NAMA PEMENANG

Terima kasih diucapkan kepada En. Othman bin Omar atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa tahun hadapan cuba lagi dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik.

Sekian, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.



MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014



Yang Berusaha
Encik Sharuddin bin Yusof
Pengetua SMK Cheras Jaya

Yang Dihormati
Barisan Penolong Kanan
SMK Cheras Jaya
          
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang, rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi kita dapat berkumpul di dataran perhimpunan ini bagi menjayakan minggu Sains dan Matematik tahun 2014.
           
Sains dan matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya guru-guru sains dan matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian.

Tujuan minggu Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar disamping mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam serta membentuk keyakinan dalam diri  pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.

Tanggal 21 hingga 22 Jun 2014 yang lalu, bidang Sains dan Matematik telah menganjurkan Program Perkhemahan MaSA yang bertempat di Kem Herba, Sungai Congkak dengan 80 orang peserta yang dipilih daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dengan masa yang lebih panjang iaitu 2 hari 1 malam, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya.
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan penyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sepanjang Perkhemahan MaSa di Kem Herba, Sungai Congkak baru-baru ini.
  
Dengan ini saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Sharudin bin Yusof, pengetua SMK Cheras Jaya dengan diiringi Cik Rohana bt Ismail, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

(baca nama pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sharuddin kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima hadiah sebentar tadi. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana ada pelbagai aktiviti yang akan berlangsung nanti sempena minggu sains dan matamatik.

Para guru dan pelajar sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik dari Encik Sandera bin Abdul Manaf dan pelajar-pelajarnya.

Dipersilakan.     

Demikian tadi persembahan eksperiment oleh pelajar-pelajar aliran sains tingkatan 5.
Terima kasih diucapkan kepada En. Sandera dan pelajar-pelajarnya di atas persembahan eksperiment sebentar tadi.

Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, minggu Sains dan Matematik akan bermula pada hari ini iaitu 14 julai sehingga 25 Julai 2014.

Aktiviti sepanjang minggu sains dan matematik ialah,
1       Pertunjukkan sains
2      Keceriaan makmal
3      Reka Cipta Glider
4      Kuiz Sains dan Matematik
5      Eksplorasi Taman Sumber Sains
6      Pertandingan melukis komik antartika
7      Reka corak Patch Work
8      Reka bentuk robot
9      Pertandingan anggaran berat buku dan bilangan kacang
10     Pertandingan papan tanda makmal
11     Pameran sains dan matematik
Diharapkan dengan adanya pelbagai aktiviti ini, para pelajar dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk melibatkan diri sepanjang minggu sains dan matematik.

Sekian, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2014



Bismillah..

Assalamualaikum wbt

Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam  1 Malaysia

Yang Berusaha
Encik Othman bin Omar
PK HEM

Yang Berusaha
Pn Anita Mazlina bt Azman Arash
PK Kokurikulum
  
Yang Berusaha
En Azahari bin Yusof
PK Pendidikan Khas

Yang Dihormati
Barisan Ketua Bidang
Barisan Guru-guru Cemerlang SMK Cheras Jaya
Dan seterusnya  guru-guru dan pelajar SMK Cheras Jaya yang dialu-alukan..

Alhamdulillah terus dipanjatkan,
Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,
Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi,
Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi,
Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana,
Ke atas segala ciptaan-Nya di langit dan di bumi.

Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,
Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,
Beserta izin dan ’innayahNya jua,
Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa,
Dianugerahkan ’aqal kita dengan kewarasan,
Fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan,
Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua
Bagi menjayakan kemurnian agenda

HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

Demi memberkati acara dan agenda kita,
Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Yang dihormati  Al Fadhil
Ustaz Shahriman bin Said

Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada

Al-Fadhil Ustaz Shariman bin Said

Atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian..

Majils diteruskan dengan menjemput

Sarah Irdina binti Johari

Wakil Koperasi Smk Cheras Jaya Selangor Berhad

untuk menyampaikan perutusan Presiden Angkasa sempena Hari Koperasi 2014

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada

Sarah Irdina binti Johari

Wakil Koperasi Smk Cheras Jaya Selangor Berhad


 Hadirin yang dimuliakan..

Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata : ”Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya.”

            Bagi meneruskan acara,
            Majlis menjemput                   

Ustaz Uthman bin Omar

Untuk menyampaikan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan seterusnya menyempurnakan perasmian

HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

(UCAPAN PERSMIAN)

Maka, dengan ini terasmilah sudah

HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

Majlis setulus hati merakamkan  jutaan terima kasih kepada

Yang Berusaha
Ustaz Othman bin Omar 

Acara seterusnya ialah...
- Persembahan Koir daripada Kumpulan Koir Koperasi SMK Cheras Jaya
- Persembahan Boria daripada pelajar –pelajar tingkatan 1 da 2 SMK CJ
-dan Persembahan silat pergerakan suci mangku bumi

Dipersilakan.......

Terima kasih kepada Kumpulan Koir Koperasi  dipimpin Oleh Pn Mazidah Baharuddin dan kumpulan Boria di Pimpin Oleh Pn Rosmawati serta persembahan silat dilatih oleh Encik Hazami bin Yusuf.

Seterusnya,
Bagi menyempurnakan Perlantikan Jurujual  Koperasi SMK Cheras   Jaya Selangor Berhad 2014

Dijemput Pn Azimah binti Ayop  ( S/u ) Koperasi  mengiringi Ustaz Uthman bin Omar

Naik ke pentas utama

Dipersilakan.....
Terima Kasih Ustaz Uthman bin Omar

Seterusnya Majlis diteruskan dengan menjemput

Yang Berusaha,
Pn Anita Mazlina bt Azman Arash
Untuk menyampaikan
  1. Sumbangan Koperasi SMK Cheras Jaya Selangor Berhad Kepada pelajar yang terpilih
  2. Tokoh Koperator Koperasi 2014

Bagi penyampaian Sumbangan Koperasi SMK Cheras Jaya Kepada pelajar

Pelajar yang terpilih......
1.
2
3
4.

Seterusnya penyampaian Tokoh Koperator Koperasi 2014

Pelajar yang dimaksudkan...
Sarah Irdina binti Johari ( 5D )

Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Pn Anita Mazlina bt Azman Arash
Pk Kokurikulum SMK Cheras Jaya

Untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berusaha,
Ustaz Othman Bin Omar

Atas kesudian  menyempurnakan perasmian Hari Koperasi Sekolah 2014 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian....

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis perasmian Hari Koperasi Sekolah 2014

Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya daripada saya dan barisan AJK.

Sebelum berpisah dimaklumkan bahawa  terdapat gerai – gerai jualan  di bahagian belakang dan akan beroperasi selepas majlis perasmian ...semua di jemput memeriahkan gerai tersebut....


Sekian, Wabillah......

BULAN AKADEMIK 2014



YANG BERUSAHA ENCIK MOHAMAD ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH, PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA,
ENCIK OTHMAN BIN OMAR, PENOLONG KANAN HEM SMK CHERAS JAYA,
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
ENCIK AZAHARI BIN MOHD. YUSUF, PENOLONG KANAN PPKI, BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN,GURU-GURU CEMERLANG, GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR YANG DISAYANGI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

PELAJAR-PELAJAR YANG DISAYANGI SEKALIAN,
SETIAP PELAJAR DILAHIRKAN DENGAN PELBAGAI KEMAHIRAN, KEUPAYAAN DAN KELEBIHAN DALAM PELBAGAI BIDANG. SEKOLAH SEBAGAI SATU INSTITUSI PEMBELAJARAN MELALUI USAHA GIGIH PARA GURU BERUSAHA UNTUK MENCUNGKIL BAKAT PARA PELAJAR MENGIKUT KEUPAYAAN TERSEBUT AGAR LAHIR WARGA YANG BERKETERAMPILAN DALAM PELBAGAI BIDANG, BUKAN SAHAJA BIDANG KURIKULUM MALAH BIDANG KOKURIKULUM JUGA. OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGANJURKAN  BULAN AKADEMIK SEBAGAI SALAH SATU LANDASAN UNTUK PARA PELAJAR MENGEMBANGKAN POTENSI YANG ADA.  AKTIVITI DALAM BULAN INI BERTUJUAN MEMUPUK SAHSIAH CEMERLANG DALAM DIRI PELAJAR DI SAMPING MEMUPUK KERJASAMA ANTARA GURU DENGAN PELAJAR. BULAN AKADEMIK INI AKAN BERLANGSUNG MULAI 23 JUN 2014 SEHINGGA 21 JULAI 2014 DENGAN TEMANYA "ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA".

BAGI MELANCARKAN BULAN AKADEMIK 2014 SECARA RASMINYA DIPERSILAKAN ENCIK MOHAMAD ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN BULAN AKADEMIK 2014.

(UCAPAN)

SEBAGAI GIMIK PERASMIAN, DIPERSILAKAN ENCIK MOHAMAD ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH MENANDATANGANI KAIN RENTANG BULAN AKADEMIK 2014 DENGAN DIIRINGI ENCIK OTHMAN BIN OMAR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID..

(MENANDATANGANI KAIN RENTANG)

TERIMA KASIH DIUCAPAN KEPADA ENCIK MOHAMAD ZULKIFLI ATAS UCAPAN DAN  PERASMIAN ITU TADI.

SEBAGAI PERMULAAN AKTIVITI BULAN AKADEMIK 2014, MARILAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NAZAM YANG BERTAJUK “ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA” . PERSEMBAHAN INI AKAN DISAMPAIKAN OLEH GABUNGAN PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5.
UNTUK MAKLUMAN, NAZAM MERUPAKAN SEJENIS PUISI TRADISIONAL YANG HAMPIR PUPUS DAN JARANG DILAGUKAN. NAZAM YANG DILAGUKAN BERIRAMA SEAKAN-AKAN NASYID DAN MENERIMA PENGARUH ARAB. 
TERIMALAH NAZAM ILMY PERKASA YANG LIRIKNYA DITULIS OLEH PUAN NORAINI MD YASSIN DAN DIBIMBING OLEH PN. ROBIANA IBRAHIM.

(PERSEMBAHAN NAZAM)

TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PEREMBAHAN SEBENTAR TADI.
MUNGKIN PELAJAR MASIH INGAT SEBELUM INI SETIAP HARI ISNIN SETIAP PANITIA DAN SEKUMPULAN PELAJAR AKAN MEMPERKENALKAN  PETA PEMIKIRAN I-THINK. DALAM USAHA UNTUK MEMBUGARKAN INGATAN PELAJAR TERHADAP PETA I-THINK, DIPERSILAKAN KUMPULAN PELAJAR DARI TINGKATAN 5 UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN YANG BERTAJUK I-THINK.

(PERSEMBAHAN I-THINK)

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MEMBUAT PERSEMBAHAN ITU TADI.

UNTUK PERHATIAN SEMUA PELAJAR,
MINGGU PERTAMA BERMULA 23 JUN 2014 HINGGA 27 JUN 2014 AKAN DIADAKAN  AKTIVITI UNTUK BIDANG BAHASA
MINGGU KEDUA 30 JUN 2014 HINGGA 4 JULAI 2014 AKTIVITI BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
MINGGU KETIGA 7 JULAI 2014 HINGGA 11 JULAI 2014 PULA DIKAN ADA AKTIVITI BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
MINGGU EMPAT 14 JULAI 2014 HINGGA 18 JULAI 2014 DIADAKAN AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN

DIHARAP SEMUA PELAJAR MEREBUT PELUANG UNTUK MENYERTAI SETIAP PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN OLEH SETIAP BIDANG BUKAN SAHAJA UNTUK MENDAPAT PENGALAMAN DAN MENGASAH BAKAT TETAPI JUGA UNTUK MENDAPATKAN HADIAH YANG DISEDIAKAN.

SEKIAN SAHAJA, SAYA SERAHKAN MAJLIS KEMBALI KEPADA GURU BERTUGAS.