Wednesday 21 March 2012


TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN HEM & PELANTIKAN PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN SMK CHERAS JAYA TAHUN 2012

Yang Berusaha,
Pn. Hashimah bt Hashim,
Pengetua SMK Cheras Jaya,
Yang Dihormati,
Pn. Sofia Nor bt Molhit,
Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,
Ustaz Othman bin Omar,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash,
Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Azahari bin Mohd Yusof,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Barisan guru  kanan matapelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kepada yang Maha Esa, kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat kita berkumpul di dataran integrasi ini untuk sama-sama menjayakan majlis penutupan Bulan Hal Ehwal Murid dan seterusnya menyempurnakan Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Cheras Jaya tahun 2012.
“Kecemerlangan Sahsiah, Kesejahteraan Bersama”
Itu lah tema Bulan Hal Ehwal Murid pada tahun ini. Alhamdulillah kita sudah pun sampai ke penghujungnya. Pelbagai aktiviti telah dapat dijayakan dengan jayanya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah seperti
·         explorace
·         kuiz spontan
·         teka silang kata
·         pertandingan melukis poster anti buli

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, sesungguhnya pelajar-pelajar di SMK Cheras Jaya ini kesemuanya berkebolehan dan berketrampilan untuk menjayakan dan menyertai  sesuatu aktiviti, kerana yang pasti jika anda tidak mencuba, bermakna anda sudah  mengalah.

Sudah menjadi adat, setiap pertandingan pasti ada menang dan kalahnya. Yang menang pasti diberi hadiah, dan yang kalah boleh cuba lagi pada tahun hadapan.

Baiklah, bagi meneruskan acara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya bagi menyempurnakan majlis.

Dipersilakan.

BACA NAMA PEMENANG IKUT KATEGORI
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Sofia Nor bt Molhit, di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
Guru-guru dan pelajar sekalian, 
Kini tibalah kita kepada Upacara Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Cheras Jaya tahun 2012.
Upacara perlantikan ini melibatkan pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada
v  Pengawas Sekolah

v  Ketua Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan

v  Pengawas Pusat Sumber

v  Rakan Surau

v  Pembimbing Rakan Sebaya

v  Dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

Upacara ini dilakukan secara serentak yang melibatkan gabungan 6 unit dengan tujuan untuk mewujudkan kerjasama di antara guru-guru dan pemimpin-pemimpin pelajar disamping dapat menjimatkan masa dan pengurusan menjadi lebih sistematik.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Antara objektif majlis watikah perlantikan pemimpin pelajar ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat di kalangan pelajar-pelajar supaya merasa bangga untuk menjadi pemimpin di sekolah ini. Diharapkan mereka semua sentiasa bertanggugjawab terhadap tugasan yang diamanahkan serta menjadi contoh terbaik untuk pelajar-pelajar lain.

Untuk tidak melenggahkan masa, sekarang tibalah ke acara majlis perlantikan penyerahan watikah pemimpin pelajar tahun 2012.

Ketua Pemimpin pelajar diminta bergerak ke hadapan.

(arahkan pengawas berdiri)

Bagi meneruskan acara penyerahan watikah perlantikan, majlis berbesar hati menjemput Ustaz Othman bin Omar mengiringi Pn. Hashimah bt Hashim, pengetua SMK Cheras Jaya bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada wakil pemimpin pelajar.

Dipersilakan.

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

v  Nurhamirul bin Rahim                 - Pengerusi Rakan Surau

v  Mohd Azhar bin Zani                   - wakil Ketua & Penolong Tingkatan

v  Md Nasri bin Abdullah                 - Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya

v  Nur Farisha Izzati bt Jamal Khir    - Ketua Pengawas SMK Cheras Jaya

v  Ahmad Ghazali bin Abdul Mutalib - Pengawas Pendidikan Khas

v  Tan Xi Yin                                  - Pengerusi Pengawas Pusat Sumber

v  Lailatul Idayu bt Sahari      - Pengerusi Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hashimah bt Hashim di atas kesudian menyempurnakan Majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar tahun 2012.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Majlis diteruskan lagi  ke upacara lafaz ikrar pemimpin-pemimpin pelajar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Nur Farisha Izzati bt Jamal Khir   , ketua pengawas sesi pagi bagi memimpin pemimpin-pemimpin pelajar untuk melafazkan ikrar.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Nur Farisha Izzati bt Jamal Khir di atas pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Kini sempurnalah majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah pemimpin pelajar 2012. Semoga dengan kepercayaan yang diamanahkah oleh pihak sekolah dapat digalas oleh pemimpin pelajar ini dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

Sebelum mengakhiri majlis, majlis mempersilakan Pn. Hashimah bt Hashim, pengetua SMK Cheras Jaya bagi menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

Ucapan Pengetua

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Pn. Hashimah bt Hashim atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan tadi akan kita jadikan sebagai pencetus semangat untuk kita terus mara ke hadapan.
Dengan ucapan itu tadi, maka berakhirlah majlis penutupan bulan Hal Ehwal Murid dan Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Cheras Jaya tahun 2012.
Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir, guru-guru dan individu yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.







TEKS UCAPAN BULAN HAL EHWAL MURID 2012 (HEM)
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara
Yang berbahagia,
En. Sharuddin bin Yusof,
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah,
Yang Berusaha,
Pn. Hashimah bt Hashim,
Pengetua SMK Cheras Jaya,
Yang Dihormati,
Pn. Sofia Nor bt Molhit,
Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,
Ustaz Othman bin Omar,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash,
Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Azahari bin Mohd Yusof,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Barisan guru  kanan matapelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualikum dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul di dataran integrasi ini bagi menjayakan Pelancaran Bulan Hal Ehwal Murid tahun 2012 dengan tema;
“Kecemerlangan Sahsiah, Kesejahteraan Bersama”.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu badan yang berfungsi untuk membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis, memupuk potensi diri dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan dalam diri setiap murid.
Objektif unit Hal Ehwal Murid adalah :
·        membantu perkembangan diri pelajar supaya berfungsi sebagai individu seimbang
·        memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar
·        menyuburi  potensi kepimpinan di kalangan pelajar
·        memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri ke tahap yang maksima
Guru-guru dan pelajar sekalian,  
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan  Pengetua SMK Cheras Jaya. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hashimah bt  Hashim, untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hashimah bt  Hashim atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia En. Sharuddin bin Yusof, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah untuk meyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Bulan Hal Ehwal Murid tahun 2012.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Sharuddin bin Yusof, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah atas ucapan serta perasmian sebentar tadi.
Seterusnya sebagai tanda penghargaan,  majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hashimah bt Hashim, Pengetua SMK Cheras Jaya untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Sharuddin bin Yusof.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn. Hashimah bt Hashim atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Sharuddin bin Yusof.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Majlis Pelancaran Bulan Hal Ehwal Murid diteruskan lagi dengan persembahan pelajar-pelajar SMK Cheras Jaya.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar SMK Cheras Jaya atas persembahan sebentar tadi.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Untuk makluman semua, tempoh pelaksanaan bulan Hal Ehwal Murid adalah bermula pada 13 Feb  sehingga 5 Mac  2012. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah :
·        explorace
·        kuiz spontan
·        teka silang kata
·        pertandingan melukis poster anti buli

Adalah diharapkan para  pelajar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang  kerana sesungguhnya setiap aktiviti yang dirancang adalah
untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri dan memupuk semangat kerjasama serta setiakawan di kalangan pelajar. Semoga semua pelajar mendapat input yang berguna dalam aktiviti yang akan dijalankan.
Bagi mengakhiri ucapan, Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita Yang Berbahagia En. Sharuddin bin Yusof, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah kerana sudi hadir dalam majlis Pelancaran Bulan Hal Ehwal Murid pada tahun ini.
 Dengan itu, maka berakhirnya majlis Pelancaran Bulan Hal Ehwal Murid tahun 2012.
“Kecemerlangan Sahsiah, Kesejahteraan Bersama”.
Sekian terima kasih.



FATIMAH

PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON,
PENYELARAS KAWASAN PARLIMEN SERDANG.
HADIRIN MOHON BERDIRI.

KATA ALU-ALUAN

BISMILLAH….HIM
YANG BERBAHAGIA,
DATO’ YAP PIAN HON,
PENYELARAS KAWASAN PARLIMEN SERDANG.
YANG BERUSAHA
PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS JAYA 
YANG DIHORMATI
TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS
YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA 
YANG DIHORMATI
DR NASRI BIN SULAIMAN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA
YANG DI HORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
YANG DIHORMATI
ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR 
PENOLONG KANAN PETANG
YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, PARA GURU DAN PARA IBU BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
ALLAH JUA YANG DIPUJI DENGAN LIDAH DAN HATI KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA KITA DIBERI KESIHATAN DAN KELAPANGAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012.
BAGI MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN DENGAN PENUH KEINSAFAN , SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA UNTUK KELANCARAN MAJLIS INI. UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN BIN SAID BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
BACAAN DOA
 AMIN…AMIN….YA RABBAL ALAMIN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA
SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 1(PENGETUA)
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI.
SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA UCAPAN DARIPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.
UCAPAN 2(YDP)

MAJLIS MERAKAMKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN.
HADIRIN SEKALIAN,
BERTONGGAKKAN ADAT, YANG DATANG DISAMBUT,YANG PERGI DIIRINGI,SETERUSNYA MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON, PENYELARAS KAWASAN PARLIMEN SERDANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN  MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 3 (PERASMIAN)

BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI –TINGGI TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON,  MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012. 
AZWANIS
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI,
BARISAN JAWATANKUASA PIBG MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN PELBAGAI PROGRAM UNTUK PEMBANGUNAN SEKOLAH INI. SEBAGAI CONTOH BERKAT KERJASAMA ERAT IBU BAPA DAN GURU-GURU SMK CHERAS JAYA TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN JAMUAN AMAL JALINAN KASIH PADA TANGGAL 7 MEI 2011 DI MANA SEBANYAK RM71 RIBU  TELAH BERJAYA DIKUMPUL UNTUK MENGISI DANA PROJEK LINDUNGAN SURIA. PROJEK INI MENSASARKAN PEMBINAAN STRUKTUR BERBUMBUNG DI TAPAK PERHIMPUNAN.
HADIRIN SEKALIAN,
SESUNGGUHNYA, MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT,SUMBANGAN MEREKA KAMI HARGAI. PIHAK SEKOLAH BERBESAR HATI INGIN MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERAHATI SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG YANG TELAH MENYUMBANG TENAGA DAN BUAH FIKIRAN SEPANJANG SESI 2011.
UNTUK ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON, DIIRINGI OLEH YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEPADA BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2011.
DIPERSILAKAN.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG 
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAHATI ITU TADI.
ANAK HARUAN BERLIMA-LIMA
MATI DITIMPA PUNGGUR BERDAUN
BUDI TUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTHAUN-TAHUN
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, MAJLIS MEMPERSILAKAN TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO’. SESUNGGUHNYA KESUDIAN DATO’ HADIR KE MAJLIS KAMI MERUPAKAN SATU SUNTIKAN SEMANGAT BUAT KAMI SEMUA DI SMK CHERAS JAYA DAN PARA IBU BAPA UNTUK TERUS BERUSAHA DEMI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK YANG KAMI KASIHI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA DATO’.
MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATO’ DIIRINGI OLEH PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DAN GURU KANAN MATA PELAJARAN KE UNIT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI UNTUK SEDIKIT KUDAPAN.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
KELEBIHAN NABI DENGAN MUKJIZAT
KELEBIHAN UMAT DENGAN MUAFAKAT
PISANG SESIKAT DIGULAI SEBELANGA
TERUSKAN MUAFAKAT BERSAMA-SAMA
DENGAN INI MAJLIS DENGAN RENDAH HATI MEMOHON PARA HADIRIN SEKALIAN UNTUK MENYUMBANG DENGAN SEIKHLAS HATI KEPADA TABUNG SUMBANGAN PIBG YANG SEDANG DIEDARKAN.
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MESYUARAT AGUNG PIBG BAGI TAHUN 2012 YANG AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS. DENGAN ITU SAYA DENGAN HORMATNYA MENYERAHKAN MAJLIS INI KEPADA YANG DIPERTUA PIBG.
NAZAREENA
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
DEMIKIAN TADI MESYUARAT PIBG TAHUN 2012, DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN AHLIJAWATANKUASA YANG BARU AKAN MENJADIKAN KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN MENINGKATKAN TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK SMK CHERAS JAYA.
SETERUSNYA TIBA LAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA CABUTAN NOMBOR BERTUAH. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MEMBUAT 20 CABUTAN NOMBOR BERTUAH HADIRIN SEKALIAN DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING. TUAN PUNYA NOMBOR YANG DIUMUMKAN BOLEH MENUNTUT HADIAH MASING-MASING DI MEJA HADIAH DI SEBELAH KANAN SAYA.
PANGGIL 20 NO BERTUAH
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM ATAS KESUDIAN MENCABUT NOMBOR BERTUAH ITU TADI.
UMUM NO BERTUAH
HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.
DENGAN PENUH TAKZIM, MAJLIS TURUT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR.
KAIN YANG CARIK CUMA DUHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

SEKIAN TERIMA KASIH.



TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SAYANG BUKU DAN IKRAR AKU JANJI 2012

Bismillahhiramanirrahim,
Yang berusaha Pn Hashimah Hashim, Pengetua SMK Cheras Jaya, Pn Sofia Nor Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya, Encik Othman Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Cheras Jaya, Pn Anita Mazlina Azman Arash, Penolong Kanan KoKurikulum SMK Cheras Jaya, Barisan Ketua Bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar sekalian.

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun pada pagi ini sempena Pelancaran Kempen Sayang Buku dan Ikrar Akujanji peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya.

 Para guru dan pelajar sekalian,

Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara-perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.
Untuk makluman semua, berkuatkuasa 1 Januari 2008, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah menengah agama rakyat.

 Sehubungan dengan itu, melalui Dasar Kelayakan SPBT Seratus Peratus, para ibu bapa pelajar tingkatan 1 telah dapat menjimatkan sebanyak RM150.00-RM155.00, tingkatan 2 RM148.00 – RM158.00, tingkatan 3 sebanyak RM168.00-RM180.00, tingkatan 4 sebanyak RM189.00 – RM 230.00 manakala tingkatan 5 sebanyak RM 208.00 – 221.00 dalam perbelanjaan membeli buku teks sekolah.

Adalah diharapkan dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, amatlah penting untuk memupuk kesedaran di kalangan murid untuk menghargai bantuan yg diberikan oleh pihak kerajaan.

Para pelajar seharusnya memainkan peranan mereka untuk menghargai sumbangan yg disediakan oleh kerajaan dalam proses pendidikan mereka.
Pelajar yang dikasihi sekalian,

Sesungguhnya anda perlu memahami  bahawa buku teks tersebut merupakan hak kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada anda dan anda tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah. 

Dengan ini anda harus bertanggungjawab ke atas buku teks anda dan akan mematuhi segala peraturan Unit SPBT pihak sekolah iaitu:
1.      Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks SPBT.
2.      Membalut buku teks SPBT dengan pembalut plastik lutsinar.
3.      Memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
4.      Mengganti buku teks SPBT yang dihilangkan atau dirosakkan.
5.      Membaik pulih buku teks SPBT yang koyak atau rosak.
6.      Memastikan buku teks tidak diconteng, ditulis, dikoyak, di gunting atau sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan.
7.      Memastikan semua buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari selepas sesi persekolahan berakhir.
8.      Memastikan buku teks tidak diberi pinjam kepada pelajar lain.
9.      Membawa setiap buku teks yang diperlukan mengikut jadual waktu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung.

Pelajar sekalian,
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan dan menegaskan bahawa sekiranya anda  melanggar peraturan – peraturan tersebut, maka pihak unit SPBT sekolah berhak mendenda atau meminta anda membayar harga kerosakkan buku atau harga kehilangan buku teks yang berada pada tangan anda. Kegagalan  mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap diri pelajar.

Maka dengan itu, setiap pelajar yang telah menerima pinjaman SPBT, telah menandatangai surat aku janji yang meletakkan diri mereka tertakluk dalam semua peraturan penggunaan SPBT.
Para guru dan pelajar sekalian,
Untuk makluman, hari ini juga merupakan pelancaran Kempen Sayang Buku Teks. Kempen ini bertujuan untuk menyemai sifat hargai buku teks di kalangan pelajar seterusnya untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya menjaga buku teks mereka dengan sempurna kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk menanggung kos penerbitan buku - buku teks untuk semua pelajar di seluruh Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penggunaan  buku teks di kalangan pelajar di dalam kelas, iaitu pelajar sering kali tidak membawa buku teks semasa proses P&P berlangsung dengan alasan tidak mahu membawa beg berat ke sekolah, walhal perkongsian buku teks diantara pelajar adalah dilarang kerana setiap pelajar telah dibekalkan dengan buku teks SPBT setiap seorang.

Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun dan beberapa aktiviti akan di jalankan sepanjang tempoh kempen  ini. Di antara aktiviti-aktiviti yg akan dijalankan ialah:
1.      Pemeriksaan semerta di kelas – untuk memastikan buku teks tidak ditinggalkan di dalam kelas selepas waktu persekolahan, walaupun kelas tidak di gunakan di sesi petang/pagi.
2.      Klinik buku teks – kaunter perkhidmatan SPBT akan di buka untuk memberi perkhidmatan membalut dan membaik pulih buku SPBT.
3.      Penyeliaan buku teks – pemeriksaan fizikal dan keselamatan buku teks secara berkala yang akan dijalankan oleh semua penyelaras SPBT tingkatan.
4.      Kaunter aduan pelanggan – pelajar boleh membuat laporan penemuan atau kehilangan buku teks SPBT.
5.      Pinjaman sementara – pelajar tingkatan 5 boleh meminjam buku tingkatan 4 di bilik SPBT yang akan bermula pada bulan Mei(sekiranya ada lebihan buku teks).

Para pelajar sekalian,
Adalah diharapkan oleh pihak sekolah, Kempen Sayang Buku ini mendapat kerjasama yang padu daripada semua pelajar.

Seterusnya dijemput Pn Pengetua, Pn Hashimah Hashim, diiringi Penolong Kanan HEM, Ustaz Othman Omar, untuk memberi sepatah dua kata dan seterusnya melancarkan Kempen Sayang Buku Teks SPBT.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hashimah atas pelancaran sebentar tadi.

Seterusnya dijemput saudari Idayu dari kelas 5 Fatonah untuk mengetuai pembacaan Ikrar Aku Janji Pelajar.
Semua pelajar diminta berdiri tegak.

Terima kasih kepada saudari Idayu. Demikian tadi berakhirnya Pelancaran Kempen Sayang Buku dan Ikrar Akujanji peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Harapan kami dari Unit SPBT memohon agar para pelajar dapat menjaga dan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan sebaik-baiknya.

Sekian terima kasih.



TEKS UCAPAN BULAN HAL EHWAL MURID 2011 (HEM)

Yang berusaha, Pn. Rozita bt Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya,
Yang Dihormati, Pn. Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,

Ustaz Othman bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash, Penolong Kanan Kokurikulum,

En.Azahari bin Mohd Yusof, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang
dikasihi sekalian.

Assalamualikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kita
berkumpul di dataran integrasi ini bagi merasmikan Bulan Hal Ehwal Murid
tahun 2011 dengan tema nya

 “Kecemerlangan Sahsiah, Kesejahteraan Bersama”.

Guru-guru dan pelajar sekalian,
Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu badan yang berfungsi untuk

membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan

berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis, memupuk potensi diri dan
kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan dalam

diri setiap murid.

Objektif unit Hal Ehwal Murid adalah :

·        membantu perkembangan diri pelajar supaya berfungsi sebagai individu seimbang

·        memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar

·        menyuburi  potensi kepimpinan di kalangan pelajar

·         memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri ke tahap yang maksima

·        mendekatkan  ibubapa/penjaga pelajar dengan sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

·        mengumpul dana untuk membantu aktiviti-aktiviti unit di bawah Unit HEM melalui aktiviti karnival

 Guru-guru dan pelajar sekalian,
Sesungguhnya Unit Hal ehwal Murid memainkan peranan yang amat
penting di sekolah ini. Bagi merasmikan Bulan Hal Ehwal Murid tahun
2011, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Othman bin
 Omar selaku penolong kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Cheras Jaya bagi menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan bulan Hal Ehwal Murid tahun 2011.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Othman bin Omar atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Guru-guru dan pelajar sekalian,
Untuk makluman semua, tempoh perlaksanaan bulan Hal Ehwal Murid adalah pada 13 Jun sehingga 25 Jun 2011. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah :
·        ceramah berkenaan kesihatan, bimbingan kerjaya,sahsiah dan keselamatan
·        karnival seperti pameran, jualan,rumah hantu, senamrobik dan karaoke
·        lawatan sambil belajar
·        pertandingan seperti kuiz spontan, explorace dan teka silangkata
·        persembahan
Adalah diharapkan para  pelajar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang kerana sesungguhnya setiap aktiviti yang dirancang adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri dan
memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar.
Semoga semua pelajar mendapat input yang berguna dalam aktiviti yang
akan dijalankan.

Sekian terima kasih.