Sunday 21 July 2013

Perkhemahan Masa


TEKS UCAPAN
PERKHEMAHAN MASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bagi memberkati Program Perkhemahan MASA 2013 pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa oleh saudara Hazwan Qayyum ketua pengawas SMK Cheras Jaya.

Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal’alamin………terima kasih diucapkan kepada saudara Hazwan Qayyum atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Yang dihormati,
Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati,
Cik Rohana bt Ismail
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik

Yang dihormati,
Pn. Rashidah bt Yusof
Ketua Panitia Matematik

Yang dihormati,
Pn. Lee Lee Ee
Ketua Panitia Sains

Rakan-rakan guru, fasilator dan peserta-peserta perkhemahan Masa pada hari ini.
Tahniah dan syabas kepada anda semua kerana Berjaya dan terpilih untuk menyertai Perkhemahan MASA 2013. Tema kita pada tahun ini ialah
“MENUJU KEGEMILANGAN BERSAMA SAINS DAN MATEMATIK”
Untuk makluman semua, tahun ini adalah merupakan tahun ke-3 perkhemahan seumpama ini diadakan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang yang bertujuan untuk menarik minat anda semua untuk lebih mendalami dan menguasai ilmu sains dan matematik.
Tanpa membuang masa, saya menjemput Guru  Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik ,Cik Rohana bt Ismail untuk menyampikan  sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Perkhemahan Masa 2013.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana bt Ismail, semoga apa yang disampaikan sebentar tadi menjadi sumber inspirasi untuk anda semua menyahut cabaran untuk terus meningkatkan potensi dan bakat yang ada pada diri.

Untuk makluman anda, Perkhemahan Masa ini adalah permulaan minggu Sains dan Matematik bagi bulan Akademik pada tahun ini.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu Sains dan Matematik ialah bermulanya pada hari Isnin 8 Julai sehingga 19 Julai adalah :
a) kuiz I-Grafik
b) floria taman sumber sains
c) pertandingan kenal pasti rajah
d) pameran sains dan matematik
e) susun abjad MaSa
f) kuiz Sains dan Matematik
g) taman botol mini
Bagi meneruskan acara selepas ini, diminta fasilitator membawa ahli-ahli kumpulan masing-masing untuk bergerak ke kantin untuk menikmati sarapan. Aktiviti seterusnya akan bermula pada pukul 9 pagi di Astaka Jaya ini untuk agihan kumpulan.
Sekian, terima kasih.