Wednesday 21 March 2012


TEKS UCAPAN LARIAN 1 MALAYSIA 

Yang berusaha, Pn. Rozita bt Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya,

Yang Dihormati, Pn. Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,

Ustaz Othman bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash, Penolong Kanan Kokurikulum,

En.Azahari bin Mohd Yusof, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kita semua telah melepasi Program Larian

                   "1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA"

Bidang sukan sememangnya penting dalam konteks pendidikan dan ini selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada tubuh Yang Sihat”. Oleh yang demikian, pelbagai sukan telah diperkenalkan dalam kalangan murid-murid agar gaya hidup sihat dan aktif dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1 M 1S) ini supaya generasi baru dapat membentuk satu budaya yang mana bidang sukan dapat bergerak seiring dengan keperluan akademik.

Dasar 1 murid 1 sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan ianya hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Guru-guru dan pelajar sekalian,
Kini tibalah pula ke acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang cabutan nombor bertuah. Untuk menyempurnakan majlis, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Sofian Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya untuk menyampaikan hadiah.
~~~penyampaian hadiah~~~
Diharapkan program  1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA  ini dapat memantapkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara warga Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya.

Sekian terima kasih.

No comments: