Monday 11 August 2014

PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2014



Bismillah..

Assalamualaikum wbt

Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam  1 Malaysia

Yang Berusaha
Encik Othman bin Omar
PK HEM

Yang Berusaha
Pn Anita Mazlina bt Azman Arash
PK Kokurikulum
  
Yang Berusaha
En Azahari bin Yusof
PK Pendidikan Khas

Yang Dihormati
Barisan Ketua Bidang
Barisan Guru-guru Cemerlang SMK Cheras Jaya
Dan seterusnya  guru-guru dan pelajar SMK Cheras Jaya yang dialu-alukan..

Alhamdulillah terus dipanjatkan,
Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,
Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi,
Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi,
Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana,
Ke atas segala ciptaan-Nya di langit dan di bumi.

Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,
Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,
Beserta izin dan ’innayahNya jua,
Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa,
Dianugerahkan ’aqal kita dengan kewarasan,
Fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan,
Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua
Bagi menjayakan kemurnian agenda

HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

Demi memberkati acara dan agenda kita,
Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Yang dihormati  Al Fadhil
Ustaz Shahriman bin Said

Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada

Al-Fadhil Ustaz Shariman bin Said

Atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian..

Majils diteruskan dengan menjemput

Sarah Irdina binti Johari

Wakil Koperasi Smk Cheras Jaya Selangor Berhad

untuk menyampaikan perutusan Presiden Angkasa sempena Hari Koperasi 2014

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada

Sarah Irdina binti Johari

Wakil Koperasi Smk Cheras Jaya Selangor Berhad


 Hadirin yang dimuliakan..

Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata : ”Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya.”

            Bagi meneruskan acara,
            Majlis menjemput                   

Ustaz Uthman bin Omar

Untuk menyampaikan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan seterusnya menyempurnakan perasmian

HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

(UCAPAN PERSMIAN)

Maka, dengan ini terasmilah sudah

HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

Majlis setulus hati merakamkan  jutaan terima kasih kepada

Yang Berusaha
Ustaz Othman bin Omar 

Acara seterusnya ialah...
- Persembahan Koir daripada Kumpulan Koir Koperasi SMK Cheras Jaya
- Persembahan Boria daripada pelajar –pelajar tingkatan 1 da 2 SMK CJ
-dan Persembahan silat pergerakan suci mangku bumi

Dipersilakan.......

Terima kasih kepada Kumpulan Koir Koperasi  dipimpin Oleh Pn Mazidah Baharuddin dan kumpulan Boria di Pimpin Oleh Pn Rosmawati serta persembahan silat dilatih oleh Encik Hazami bin Yusuf.

Seterusnya,
Bagi menyempurnakan Perlantikan Jurujual  Koperasi SMK Cheras   Jaya Selangor Berhad 2014

Dijemput Pn Azimah binti Ayop  ( S/u ) Koperasi  mengiringi Ustaz Uthman bin Omar

Naik ke pentas utama

Dipersilakan.....
Terima Kasih Ustaz Uthman bin Omar

Seterusnya Majlis diteruskan dengan menjemput

Yang Berusaha,
Pn Anita Mazlina bt Azman Arash
Untuk menyampaikan
  1. Sumbangan Koperasi SMK Cheras Jaya Selangor Berhad Kepada pelajar yang terpilih
  2. Tokoh Koperator Koperasi 2014

Bagi penyampaian Sumbangan Koperasi SMK Cheras Jaya Kepada pelajar

Pelajar yang terpilih......
1.
2
3
4.

Seterusnya penyampaian Tokoh Koperator Koperasi 2014

Pelajar yang dimaksudkan...
Sarah Irdina binti Johari ( 5D )

Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Pn Anita Mazlina bt Azman Arash
Pk Kokurikulum SMK Cheras Jaya

Untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berusaha,
Ustaz Othman Bin Omar

Atas kesudian  menyempurnakan perasmian Hari Koperasi Sekolah 2014 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian....

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis perasmian Hari Koperasi Sekolah 2014

Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya daripada saya dan barisan AJK.

Sebelum berpisah dimaklumkan bahawa  terdapat gerai – gerai jualan  di bahagian belakang dan akan beroperasi selepas majlis perasmian ...semua di jemput memeriahkan gerai tersebut....


Sekian, Wabillah......

No comments: