Monday 11 August 2014

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014



Yang Berusaha
Encik Sharuddin bin Yusof
Pengetua SMK Cheras Jaya

Yang Dihormati
Barisan Penolong Kanan
SMK Cheras Jaya
          
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang, rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi kita dapat berkumpul di dataran perhimpunan ini bagi menjayakan minggu Sains dan Matematik tahun 2014.
           
Sains dan matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya guru-guru sains dan matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian.

Tujuan minggu Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar disamping mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam serta membentuk keyakinan dalam diri  pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.

Tanggal 21 hingga 22 Jun 2014 yang lalu, bidang Sains dan Matematik telah menganjurkan Program Perkhemahan MaSA yang bertempat di Kem Herba, Sungai Congkak dengan 80 orang peserta yang dipilih daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dengan masa yang lebih panjang iaitu 2 hari 1 malam, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya.
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan penyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sepanjang Perkhemahan MaSa di Kem Herba, Sungai Congkak baru-baru ini.
  
Dengan ini saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Sharudin bin Yusof, pengetua SMK Cheras Jaya dengan diiringi Cik Rohana bt Ismail, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

(baca nama pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sharuddin kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima hadiah sebentar tadi. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana ada pelbagai aktiviti yang akan berlangsung nanti sempena minggu sains dan matamatik.

Para guru dan pelajar sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik dari Encik Sandera bin Abdul Manaf dan pelajar-pelajarnya.

Dipersilakan.     

Demikian tadi persembahan eksperiment oleh pelajar-pelajar aliran sains tingkatan 5.
Terima kasih diucapkan kepada En. Sandera dan pelajar-pelajarnya di atas persembahan eksperiment sebentar tadi.

Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, minggu Sains dan Matematik akan bermula pada hari ini iaitu 14 julai sehingga 25 Julai 2014.

Aktiviti sepanjang minggu sains dan matematik ialah,
1       Pertunjukkan sains
2      Keceriaan makmal
3      Reka Cipta Glider
4      Kuiz Sains dan Matematik
5      Eksplorasi Taman Sumber Sains
6      Pertandingan melukis komik antartika
7      Reka corak Patch Work
8      Reka bentuk robot
9      Pertandingan anggaran berat buku dan bilangan kacang
10     Pertandingan papan tanda makmal
11     Pameran sains dan matematik
Diharapkan dengan adanya pelbagai aktiviti ini, para pelajar dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk melibatkan diri sepanjang minggu sains dan matematik.

Sekian, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

No comments: