Google+ Followers

Sunday, 21 October 2012

MAJLIS GRADUASI KALI KE-10 TAHUN 2012

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA
TEKS PENGACARA
MAJLIS GRADUASI 2012
KALI KE-10
TARIKH :
20 OKTOBER 2012
MASA:
8.00 – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT :
DEWAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH
MAKTAB PDRM


PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA, DR NASRI BIN SULAIMAN DIIRINGI DIF KEHORMAT, PENGETUA, PENTADBIR DAN GURU-GURU KEAS TINGKATAN 5.
HADIRIN MOHON BERDIRI.
HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.
KATA ALU-ALUAN
BISMILLAH…..
MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA
YANG BERBHAGIA,
DR. NASRI BIN SULAIMAN
PENSYARAH KANAN,
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK,
FAKULTI KEJURUTERAAN,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
MERANGKAP,
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA

YANG BERUSAHA,
PUAN HASHIMAH BT HASHIM,
PENGETUA SMK CHERAS JAYA

 YANG DIHORMATI
SAC DATO’ SHAHBUDDIN BIN ABDUL WAHAB,
KOMANDEN MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA,
KUALA LUMPUR

YANG DIHORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT,
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA

YANG DIHORMATI,
PUAN ANITA MAZLINA BT AZMAN ARASH,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI,
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSUP,
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

YANG DIHORMATI,
ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR,
PENOLONG KANAN PETANG

DIF-DIF KEHORMAT, BARISAN GURU KANAN MATAPELAJARAN, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, PARA GURU, IBUBAPA, PARA PELAJAR YANG DIRAIKAN DAN HADIRIN HADIRAT SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.
RAMAI TETAMU BERMADAH PUISI
KATA BERTUAN TANDA BERBAHASA
SELAMAT BERTEMU DI MAJLIS GRADUASI
SEMOGA TUAN PUAN SELAMAT SEJAHTERA
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

ALLAH JUA YANG DIPUJI DENGAN LIDAH DAN HATI, KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA KITA DIBERI KESEMPATAN UNTUK BERSAMA-SAMA MERAIKAN PARA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG BAKAL MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN TIDAK LAMA LAGI PADA MAJLIS GRADUASI DI DEWAN YANG SERBA INDAH INI. BAGI MEMBERKATI MAJLIS INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN DENGAN PENUH KEINSAFAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI RUANG DAN PELUANG BAGI KELANCARAN MAJLIS PADA HARI INI. UNTUK ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ ADIB BIN RAMLI BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
~~~~~BACAAN DOA ~~~~~
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ ADIB BIN RAMLI ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI, MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN HIDAYAH SEHINGGA KE PENGHUJUNGNYA.

PARA HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS PADA PAGI INI DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT SAUDARI NUR FARISHA IZZATI BT JAMALKHIR , KETUA PELAJAR SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BAGI MEWAKILI SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5.
DIPERSILAKAN.

~~~~~ UCAPAN 1 (WAKIL PELAJAR) ~~~~~
DEMIKIANLAH TADI LUAHAN HATI YANG TULUS IKHLAS DAN HARAPAN MENGUNUNG DARIPADA KETUA PENGAWAS SMK CHERAS JAYA YANG MEWAKILI SUARA HATI PARA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG LAIN. MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI,
INDAH NIAN PUCUK BIDARA
 INDAH LAGI BUNGA SETANGGI
UCAPAN PUAN PENERUS BICARA
SILAKAN BONDA YANG KAMI SAYANGI
MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS  JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~~~~~ UCAPAN 2 (PENGETUA) ~~~~~
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BT HASHIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN SEBENTAR TADI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
BAGI MENERUSKAN UCAPAN, KITA DENGARKAN PULA  UCAPAN DARIPADA TETAMU KEHORMAT KITA. SEBELUM ITU, IZINKAN SAYA MEMBACAKAN BIODATA RINGKAS YANG BERBAHAGIA EN AZMAN BIN IBRAHIM, KETUA EKSEKUTIF KOLEJ PTPL CAWANGAN AMPANG.
~~~~~ BACA BOIODATA VIP ~~~~~
UNTUK ITU MAJLIS BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN, PENSYARAH KANAN, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA BAGI TAHUN 2012. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~~~~~ UCAPAN 3 (VIP & PERASMIAN) ~~~~~
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN MEMALU GONG SEBAGAI SIMBOLIK PERASMIAN MAJLIS GRADUASI PADA HARI INI.
BUNGA SELASIH DI ATAS JERAMI
HARUM MELATI DI ATAS BATAS
TERIMA KASIH UCAPAN KAMI
DARI HATI YANG TULUS IKHLAS
MAJLIS MERAKAM SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA KALI KE-10 INI.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA LAFAZ IKRAR DARIPADA PARA GRADUAN YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA MD ADAM B MD FAUZI, WAKIL PELAJAR SMK CHERAS JAYA. PARA GRADUAN DIMINTA BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MELAFAZKAN IKRAR.
~~~~~ LAFAZ IKRAR GRADUAN ~~~~~
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PARA GRADUAN. PARA GRADUAN DIPERSILAKAN DUDUK.
BEGITULAH TADI LAFAZ  JANJI PARA GRADUAN SMK CHERAS JAYA UNTUK GIGIH BERUSAHA BAGI MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN SPM NANTI. SAMA-SAMALAH KITA IRINGI PERJUANGAN MEREKA DENGAN KALUNGAN DOA DAN HARAPAN SEMOGA SEGALA IMPIAN AKAN TERCAPAI.
SEBELUM MENERUSKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG YANG PERTAMA, KITA SAKSIKAN DAHULU PERSEMBAHAN MULTIMEDIA SEKELUMIT NOSTALGIA EPISOD-EPISOD DALAM PELAYARAN BAHTERA SMK CHERAS JAYA.
SESUNGGUHNYA DALAM MENGEMUDI SEGUMPAL CITA DAN HASRAT IBUBAPA UNTUK MELIHAT KEJAYAAN ANAK-ANAK MEREKA, PARA GURU SERING BERHADAPAN DENGAN CABARAN, NAMUN KAMI TIDAK PERNAH ALPA BERUSAHA MEMBERI YANG TERBAIK DEMI KECEMERLANGAN MEREKA. SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA.
~~~~~ PERSEMBAHAN MULTIMEDIA ~~~~~
PARA HADIRIN YANG BUDIMAN,
BEGITULAH TADI PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG MENGIMBAU KEMBALI PENGANJURAN MAJLIS GRADUASI DI SEKOLAH INI DAN SETERUSNYA UNTAIAN-UNTAIAN KATA DAN KATA-KATA SEMANGAT DARIPADA  GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR SMK CHERAS JAYA.  BERMULANYA PENGANJURAN, MAJLIS GRADUSI PADA TAHUN 2003, DARI SEBUAH DEWAN KECIL DI PERMATA PETRONAS, KE DEWAN PUSPANITA PURI PUTRAJAYA, HINGGA KE DEWAN BANKUET UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PADA TAHUN 2008, DAN SETERUSNYA MAJLIS GRADUASI DI ADAKAN DI DEWAN GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) PADA TAHUN 2009. MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA SEMAKIN DEWASA SEIRING MENINGKATNYA USIA SEKOLAH INI SENDIRI.
DARI MAJLIS GRADUASI ITULAH LAHIRNYA LEPASAN SMK CHERAS JAYA YANG KINI BERGELAR AKAUNTAN, DOKTOR, JURUTERA, MALAH ADA YANG BERGELAR PENDIDIK. SEMENTARA ITU, RAMAI LAGI YANG MASIH MENUNTUT DI PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI DALAM DAN LUAR NEGARA.
DAN PADA TAHUN INI, TAHUN KE-3, DEWAN SULTAN HJ AHMAD SHAH, MAKTAB PDRM SEKALI LAGI MENJADI SAKSI BETAPA AKAN LAHIR LEBIH RAMAI LAGI LEPASAN SMK CHERAS JAYA YANG AKAN MEMBANGGAKAN IBUBAPA MEREKA DAN MENGHARUMKAN NAMA SMK CHERAS JAYA.
DEWAN YANG SERBA INDAH INI SENGAJA DIPILIH UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR MERASAI SENDIRI SITUASI KONVOKESYEN UNIVERSITI  DAN SETERUSNYA MENYALAKAN OBOR SEMANGAT ANDA SEMUA UNTUK MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN SPM NANTI.
BICARA BUKAN SEBARANG BICARA
BICARA BERALUN SANTAPAN PUISI
GEMBIRA BUKAN SEBARANG GEMBIRA
GEMBIRA MENYAMBUT HARI GRADUASI
SALAM PEMBUKA DIHULUR SUDAH
AYUH SEGERA KE SIDANG YANG PERTAMA
UNTUK ITU MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN, PENSYARAH KANAN, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK,FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DIIRINGI OLEH YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG YANG PERTAMA. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~~~~~ PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG PERTAMA ~~~~~
DIPERSILAKAN (BACA NAMA GRADUAN)
DEMIKIAN TADI, BERAKHIRNYA MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KEPADA PARA GRADUAN SIDANG PERTAMA. PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA EN.AZMAN BIN IBRAHIM KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN UPACARA TERSEBUT.
ADAT TUAN ADAT BERSERAH
MARI DATANG MEMBAWA PUAN
ADAT BERSIRIH ADAT SEJARAH
UNTUK TUAN KAMI SEMBAHKAN
SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN ALUNAN SUARA DENDANGAN PUTERA-PUTERA SMK CHERAS JAYA. LAGU PERTAMA AKAN DIDENDANGKAN OLEH MUHD ISMAWI BIN ISMADI DENGAN LAGU YANG BERTAJUK HIDUP BERSAMA, DIIKUTI NYANYIAN PELANGI PETANG OLEH MD HANIFF B ABDUL MAJID DAN NYANYIAN BERKUMPULAN SESSON IN THE SUN.
DIPERSILAKAN,
~~~~~ PERSEMBAHAN 1 ~~~~~ 
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN PUTERA-PUTERA SMK CHERAS JAYA MENDENDANGKAN RANGKAIAN LAGU MERDU SEBAGAI HALWA TELINGA KITA BERSAMA. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN MEREKA.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIKASIHI,
MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA 2012 DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG KEDUA. UNTUK ITU MAJLIS SEKALI LAGI BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN DIIRINGI PUAN HASHIMAH BT HASHIM BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~~~~~ PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG KEDUA ~~~~~
DIPERSILAKAN (BACA NAMA GRADUAN)
BEGITULAH BERAKHIRNYA UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PARA GRADUAN SIDANG KEDUA. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UPACARA TERSEBUT.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
SEKALI LAGI KITA SAKSIKAN PULA PERSEMBAHAN ANAK-ANAK PELAJAR SMK CHERAS JAYA MENONJOLKAN BAKAT TERPENDAM MEREKA DENGAN PERSEMBAHAN DUA BUAH LAGU NYANYIAN SOLO YANG BERJUDUL HARAPAN YANG AKAN DIDENDANGKAN OLEH MUHD HANIFF BIN ABD MAJID DAN LAGU KEDUA LASKAR PELANGI  NYANYIAN KHAIRUL IMRAN BIN HAIRUL ANUAR,  SERTA NYANYIAN BERKUMPULAN FOREVER WE ARE TOGETHER.
DIPERSILAKAN.
~~~~~ PERSEMBAHAN 2 ~~~~~

DEMIKIAN  TADI PERSEMBAHAN YANG BEGITU BERSEMANGAT  DARI PELAJAR-PELAJAR SMK CHERAS JAYA.

PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG MENGHIBURKAN SEBENTAR TADI.
PARA HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA 2012 DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG KETIGA.

UNTUK ITU, MAJLIS SEKALI LAGI BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN DIIRINGI PUAN HASHIMAH BT HASHIM BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA TERSEBUT. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~~~~~ PENYAMPAIAN SIJIL SIDANG KETIGA ~~~~~
DIPERSILAKAN (BACA NAMA GRADUAN)
BEGITULAH BERAKHIRNYA UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PARA GRADUAN SIDANG KETIGA.  MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN UPACARA TERSEBUT.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI,

PIHAK SEKOLAH AMAT BERBESAR HATI DAN BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN CEMERLANG PARA PELAJARNYA YANG GIGIH BERUSAHA UNTUK MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH. SESUNGGUHNYA SMK CHERAS JAYA TIDAK KETANDUSAN DALAM MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG.
KINI TIBALAH KITA KE ACARA KEMUNCAK MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA 2012.
PENGUMUMAN, PELAJAR TERBAIK BAGI

·         ALIRAN SAINS TULEN,
·         ALIRAN SASTERA IKHTISAS TEKNOLOGI  PERAKAUNAN DAN
·         ALIRAN SASTERA IKHTISAS PERDAGANGAN SERTA
·         ANUGERAH TOKOH HARAPAN JAYA SMK CHERAS JAYA 2012.
DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN NUR SYAHIRRA BT MOHD JAFRI, YAP JIA CHING DAN LAI YEN THENG NAIK KE PENTAS UTAMA.

BERIKUT DIUMUMKAN PELAJAR TERBAIK ALIRAN SAINS TULEN JATUH KEPADA NUR SYAHIRRA BT MOHD JAFRI. IZINKAN SAYA MEMBACAKAN BIODATA RINGKAS PELAJAR TERBAIK ALIRAN SAINS TULEN.
~~~~ BACA BIODATA PELAJAR TERBAIK ALIRAN SAINS TULEN ~~~~
DIUMUMKAN PULA PELAJAR TERBAIK ALIRAN SASTERA IKHTISAS  IAITU YAP JIA CHING. BERIKUT DIBACAKAN PULA BIODATA PELAJAR TERBAIK ALIRAN SASTERA IKHTISAS INI.
~~~~~ BACA BIODATA PELAJAR TERBAIK ALIRAN SASTERA IKHTISAS TEKNOLOGI PERAKAUANAN ~~~~~
DAN PELAJAR TERBAIK ALIRAN SASTERA IKHTISAS PERDAGANGAN JATUH KEPADA LAI YEN THENG. IZINKAN SAYA MEMBACAKAN BIODATA RINGKAS LAI YEN THENG.
~~~~~ BACA BIODATA PELAJAR TERBAIK ALIRAN SASTERA IKTISAS PERDAGANGAN ~~~~~
PARA HADIRIN SEKALIAN,

MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN SUKACITANYA, MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN DIIRINGI YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BT HASHIM UNTUK MENYEMPURNAKAN UPACARA PENGANUGERAHAN SIJIL DAN HADIAH. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
DIPERSILAKAN PELAJAR TERBAIK ALIRAN SAINS TULEN, NUR SYAHIRRA BT MOHD JAFRI DENGAN PENCAPAIAN 9A 1B UNTUK MENERIMA HADIAH,  SIJIL, JAMBANGAN BUNGA DAN CENDERAHATI.

DIPERSILAKAN PULA PELAJAR TERBAIK ALIRAN SASTERA IKHTISAS IAITU YAP JIA CHING DENGAN PENCAPAIAN 6A, 2B DAN 1C UNTUK MENERIMA HADIAH,  SIJIL, JAMBANGAN BUNGA DAN CENDERAHATI.

SETERUSNYA DIPERSILAKAN PULA PELAJAR TERBAIK ALIRAN SASTERA IKHTISAS PERDAGANGAN LAI YEN THENG DENGAN PENCAPAIAN 7A 1C UNTUK MENERIMA HADIAH, SIJIL, JAMBANGAN BUNGA DAN CENDERAHATI.

SETERUSNYA, YANG TERBAIK DI ANTARA YANG TERBAIK, BAKAL MENYANDANG GELARAN TOKOH HARAPAN JAYA SMK CHERAS JAYA BAGI TAHUN 2012. PENERIMA ANUGERAH INI MERUPAKAN PELAJAR YANG BUKAN SAHAJA CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK, MALAHAN JUGA MEMPUNYAI CIRI-CIRI KEPIMPINAN DAN SAHSIAH YANG TERPUJI. BAKAL MEMBAWA PULANG PIALA PUSINGAN, JAMBANGAN BUNGA, PLUG DAN CENDERAHATI.

DIUMUMKAN TOKOH HARAPAN JAYA SMK CHERAS JAYA 2012 DISANDANG OLEH NUR SYAHIRRA BT MOHD JAFRI. DIPERSILAKAN NUR SYAHIRRA BT MOHD JAFRI TAMPIL MENERIMA HADIAH.
TAHNIAH DIUCAPKAN. UNTUK PENGETAHUAN PARA HADIRIN PIALA PUSINGAN UNTUK TOKOH HARAPAN JAYA ADALAH SUMBANGAN DARIPADA  DR. NASRI BIN SULAIMAN, NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA DAN CENDERAHATI ADALAH SUMBANGAN KOLEJ PTPL AMPANG. TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA  DR. NASRI BIN SULAIMAN ATAS KESUDIAN MEGHADIRI DAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA 2012.
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.

MAJLIS MERAKAMKAN SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DR. NASRI BIN SULAIMAN ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA 2012. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA HADIAH SEBENTAR TADI.
KALAU ADA SI BUNGA RAMPAI
KIRIMKAN SAYA BUAT PENYERI
JASA TUAN TAK TERNILAI
SELURUH ALAM MENJADI SAKSI
BEGITULAH TADI BERAKHIRNYA MAJLIS GRADUASI SMK CHERAS JAYA BAGI TAHUN 2012. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI. MAJLIS SEKALI LAGI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PDRM KERANA MENGIZINKAN KAMI MENGGUNAKAN DEWAN INI UNTUK MAJLIS GRADUASI BUAT KALI YANG KETIGA.
KEPADA PARA PELAJAR, KAMI GURU-GURU MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA SEMUA. JADIKAN MEMORI INDAH PADA MAJLIS GRADUASI INI SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT UNTUK ANDA BERGRADUASI SEKALI LAGI DI PENTAS KONVOKESYEN UNIVERSITI. JANGAN HAMPAKAN HARAPAN GURU-GURU DAN IBUBAPA UNTUK MELIHAT KEJAYAAN ANDA SEMUA.

SETERUSNYA KITA TERUSKAN DENGAN SESI FOTOGRAFI BERSAMA TETAMU KEHORMAT, BARISAN PENTADBIR DAN GURU-GURU KELAS TINGKATAN 5 BAGI SESI 2012.
~~~~~ SUSUN KERUSI ~~~~~
DIPERSILAKAN BARISAN GURU KELAS TINGKATAN 5 NAIK KE PENTAS. SETERUSNYA DIPERSILAKAN PULA TETAMU KEHORMAT DIIRINGI OLEH BARISAN PENTADBIR UNTUK NAIK KE PENTAS.
~~~~~ SESI FOTOGRAFI ~~~~~ 
DEMIKIAN SUDAH SESI FOTOGRAFI SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN KITA PADA MAJLIS GRADUASI BUAT KALI KE-10, TAHUN 2012.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
DENGAN SESI FOTOGRAFI ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH  MAJLIS GRADUSI SMK CHERAS  JAYA BAGI TAHUN 2012.

DIUMUMKAN PERARAKAN KELUAR  YANG BERBAHAGIA EN. AZMAN BIN IBRAHIM DIIRINGI BARISAN PENTADBIR DAN DIF-DIF KEHORMAT KE DEWAN BANKUET  UNTUK MENIKMATI JAMUAN.

PARA GURU, HADIRIN DAN PELAJAR JUGA DIPERSILAKAN MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS GRADUASI HARI INI AKAN TERPAHAT SEBAGAI KENANGAN PALING MANIS UNTUK KITA SEMUA.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

 

No comments: