TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SAYANG BUKU DAN
IKRAR AKU JANJI 2012
Bismillahhiramanirrahim,
Yang
berusaha Pn Hashimah Hashim, Pengetua SMK Cheras Jaya, Pn Sofia Nor Molhit,
Penolong Kanan SMK Cheras Jaya, Encik Othman Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SMK Cheras Jaya, Pn Anita Mazlina Azman Arash, Penolong Kanan KoKurikulum
SMK Cheras Jaya, Barisan Ketua Bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para
pelajar sekalian.
Buku
Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber
maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga
mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara
kita buku teks memuatkan perkara-perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun
Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.
Untuk makluman semua, berkuatkuasa 1 Januari 2008, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah menengah agama rakyat.
Untuk makluman semua, berkuatkuasa 1 Januari 2008, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah menengah agama rakyat.
Adalah
diharapkan dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, amatlah penting untuk memupuk
kesedaran di kalangan murid untuk menghargai bantuan yg diberikan oleh pihak
kerajaan.
Para pelajar seharusnya memainkan peranan mereka untuk
menghargai sumbangan yg disediakan oleh kerajaan dalam proses pendidikan
mereka.
Pelajar
yang dikasihi sekalian,
Sesungguhnya
anda perlu memahami bahawa buku teks tersebut
merupakan hak kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada anda dan anda tertakluk
kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.
Dengan ini anda harus bertanggungjawab ke atas buku teks anda
dan akan mematuhi segala peraturan Unit SPBT pihak sekolah iaitu:
1.
Menjaga
kebersihan dan keselamatan buku teks SPBT.
2.
Membalut buku teks
SPBT dengan pembalut plastik lutsinar.
3.
Memulangkan buku
teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
4.
Mengganti buku
teks SPBT yang dihilangkan atau dirosakkan.
5.
Membaik pulih
buku teks SPBT yang koyak atau rosak.
6.
Memastikan buku
teks tidak diconteng, ditulis, dikoyak, di gunting atau sebarang jenis
perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan.
7.
Memastikan semua
buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari selepas sesi persekolahan
berakhir.
8.
Memastikan buku
teks tidak diberi pinjam kepada pelajar lain.
9.
Membawa setiap
buku teks yang diperlukan mengikut jadual waktu sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung.
Pelajar
sekalian,
Di
kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan dan menegaskan bahawa sekiranya anda melanggar peraturan – peraturan tersebut,
maka pihak unit SPBT sekolah berhak mendenda atau meminta anda membayar harga
kerosakkan buku atau harga kehilangan buku teks yang berada pada tangan anda.
Kegagalan mematuhi peraturan SPBT turut
membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap diri
pelajar.
Maka dengan itu, setiap pelajar yang telah menerima pinjaman
SPBT, telah menandatangai surat aku janji yang meletakkan diri mereka tertakluk
dalam semua peraturan penggunaan SPBT.
Para
guru dan pelajar sekalian,
Untuk
makluman, hari ini juga merupakan pelancaran Kempen Sayang Buku Teks. Kempen ini bertujuan untuk menyemai sifat
hargai buku teks di kalangan pelajar seterusnya untuk meningkatkan kesedaran
pelajar tentang pentingnya menjaga buku teks mereka dengan sempurna kerana
sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk menanggung
kos penerbitan buku - buku teks untuk semua pelajar di seluruh Malaysia. Kempen
ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penggunaan buku teks di kalangan pelajar di dalam kelas,
iaitu pelajar sering kali tidak membawa buku teks semasa proses P&P berlangsung
dengan alasan tidak mahu membawa beg berat ke sekolah, walhal perkongsian buku
teks diantara pelajar adalah dilarang kerana setiap pelajar telah dibekalkan
dengan buku teks SPBT setiap seorang.
Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun dan beberapa
aktiviti akan di jalankan sepanjang tempoh kempen ini. Di antara aktiviti-aktiviti yg akan
dijalankan ialah:
1. Pemeriksaan semerta di kelas – untuk
memastikan buku teks tidak ditinggalkan di dalam kelas selepas waktu
persekolahan, walaupun kelas tidak di gunakan di sesi petang/pagi.
2. Klinik buku teks – kaunter
perkhidmatan SPBT akan di buka untuk memberi perkhidmatan membalut dan membaik
pulih buku SPBT.
3. Penyeliaan buku teks – pemeriksaan
fizikal dan keselamatan buku teks secara berkala yang akan dijalankan oleh
semua penyelaras SPBT tingkatan.
4. Kaunter aduan pelanggan – pelajar
boleh membuat laporan penemuan atau kehilangan buku teks SPBT.
5. Pinjaman sementara – pelajar
tingkatan 5 boleh meminjam buku tingkatan 4 di bilik SPBT yang akan bermula
pada bulan Mei(sekiranya ada lebihan buku teks).
Para
pelajar sekalian,
Adalah
diharapkan oleh pihak sekolah, Kempen Sayang Buku ini mendapat kerjasama yang
padu daripada semua pelajar.Terima kasih diucapkan kepada Puan Hashimah atas pelancaran sebentar tadi.
Seterusnya dijemput saudari Idayu dari kelas 5 Fatonah untuk mengetuai pembacaan Ikrar Aku Janji Pelajar.
Semua pelajar diminta berdiri tegak.
Terima kasih kepada saudari Idayu. Demikian tadi berakhirnya Pelancaran Kempen Sayang Buku dan Ikrar Akujanji peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Harapan kami dari Unit SPBT memohon agar para pelajar dapat menjaga dan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan sebaik-baiknya.
Sekian
terima kasih.
1 comment:
Tq.. Sgt bermanfaat utk rujukan
Post a Comment