TEKS UCAPAN
PELANCARAN KEMPEN SAYANG BUKU TEKS SPBT
Bismillahhiramanirrahim,
Yang berusaha Pn Rozita
Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya, Pn Sofia Nor Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras
Jaya, Encik Othman Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Cheras Jaya, Pn
Anita Mazlina Azman Arash, Penolong Kanan KoKurikulum SMK Cheras Jaya, Barisan
Ketua Bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar sekalian.
Terlebih
dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dengan limpah
kurniaNya kita dapat berhimpun pada pagi ini sempena Pelancaran Kempen Sayang
Buku dan Ikrar Akujanji peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya.
Untuk
makluman semua, berkuatkuasa 1 Januari 2008, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia
telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid
warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang
layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah menengah
agama rakyat.
Sehubungan
dengan itu, melalui Dasar Kelayakan SPBT Seratus Peratus, para ibu bapa pelajar
tingkatan 1 telah dapat menjimatkan sebanyak RM180.10, tingkatan 2 RM180.20,
tingkatan 3 sebanyak RM203.40, tingkatan 4 sebanyak RM189.00 – RM 230.00
manakala tingkatan 5 sebanyak RM 208.00 – 221.00 dalam perbelanjaan membeli
buku teks sekolah.
Adalah
diharapkan dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, amatlah penting untuk memupuk
kesedaran di kalangan murid untuk menghargai bantuan yg diberikan kepada
mereka.
Para pelajar perlu memainkan peranan mereka untuk menghargai
sumbangan kerajaan yg disediakan oleh kerajaan dalam proses pendidikan mereka.
Pelajar
yang dikasihi sekalian,Sesungguhnya anda perlu memahami bahawa buku tersebut merupakan hak kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada anda dan anda tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.
Dengan ini anda harus bertanggungjawab ke atas buku teks anda
dan akan mematuhi segala peraturan Unit SPBT pihak sekolah iaitu:
1.
Menjaga kebersihan
dan keselamatan buku teks SPBT.
2.
Membalut buku
teks SPBT dengan pembalut plastic lutsinar.
3.
Memulangkan buku
teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
4.
Mengganti buku
teks SPBT yang dihilangkan atau dirosakan.
5.
Membaik pulih
buku teks SPBT yang koyak atau rosak.
6.
Memastikan buku
teks tidak diconteng, ditulis, dikoyak, di gunting atau sebarang jenis
perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan.
7.
Memastikan semua
buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari selepas sesi persekolahan
berakhir.
8.
Memastikan buku
teks tidak diberi pinjam kepada pelajar lain.
9.
Membawa setiap
buku teks yang diperlukan mengikut jadual waktu sepanjang P&P berlangsung.
Pelajar sekalian,
Di
kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan dan menegaskan bahawa sekiranya
pelajar melanggar peraturan tersebut,
maka pihak unit SPBT sekolah berhak mendenda atau meminta pelajar membayar
harga kerosakan buku atau harga kehilangan buku teks yang berada pada pelajar.
Kegagalan pelajar mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah
mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap diri pelajar.
Maka dengan itu setiap pelajar yang telah menerima pinjaman
SPBT, telah menandatangai surat akujanji yang meletakkan diri mereka tertakluk
dalam semua peraturan penggunaan SPBT.
Para
guru dan pelajar sekalian,
Untuk
makluman, hari ini juga merupakan pelancaran Kempen Sayang Buku Teks. Kempen
ini bertujuan untuk menyemai sifat hargai buku teks di kalangan pelajar
seterusnya untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya menjaga buku
teks mereka dengan sempurna kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan
oleh pihak kerajaan untuk menanggung kos penerbitan buku buku teks untuk semua
pelajar di seluruh Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk meningkatkan tahap
penggunaan buku teks di kalangan pelajar
di dalam kelas, iaitu pelajar sering kali tidak membawa buku teks semasa proses
P&P berlangsung dengan alasan tidak mahu membawa beg berat ke sekolah,
walhal perkongsian buku teks diantara pelajar adalah dilarang kerana setiap
pelajar telah dibekalkan dengan buku teks SPBT setiap seorang.
Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun dan beberapa
aktiviti akan di jalankan sepanjang tempoh kempen ini. Di antara aktiviti-aktiviti yg akan
dijalankan ialah:
1. Pemeriksaan semerta di kelas – untuk
memastikan buku teks tidak ditinggalkan di dalam kelas selepas waktu
persekolahan, walaupun kelas tidak di gunakan disebelah petang/pagi.
2. Klinik buku teks – kaunter
perkhidmatan SPBT akan di buka untuk memberi perkhidmatan membalut dan membaik
pulih buku SPBT.
3. Penyeliaan buku teks – pemeriksaan
fizikal dan keselamatan buku teks secara berkala yang akan dijalankan oleh
semua penyelaras SPBT tingkatan.
4. Kaunter aduan pelanggan – pelajar
boleh membuat laporan penemuan atau kehilangan buku teks SPBT.
5. Open Book quiz/ Kuiz terbuka- pelajar
dibenarkan merujuk buku teks untuk menjawab soalan ujian dan kuiz. Ini
bertujuan untuk menggalakkan pelajar membawa buku teks ke sekolah.
Para pelajar sekalian,
Adalah
diharapkan oleh pihak sekolah, Kempen Sayang Buku ini mendapat kerjasama yang
padu daripada semua pelajar.
Seterusnya dijemput Pn Pengetua, Pn Rozita Ahmad, diiringi
Penolong Kanan HEM, Ustaz Othman Omar, untuk memberi sepatah dua kata dan seterusnya
melancarkan Kempen Sayang Buku Teks SPBT.
Seterusnya dijemput Raja
Sharmin Izzaty bt Raja Lob Shahrudin untuk mengetuai pembacaan ikrar
akujanji pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada Raja Sharmin Izzaty bt Raja Lob Shahrudin atas bacaan ikrar
sebentar tadi. Dengan itu maka selesailah sudah Pelancaran Kempen Sayang Buku
dan Lafaz Ikrar Aku Janji Pelajar tahun 2010.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment