TEKS JURUACARA
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2011
TARIKH : 24 OKTOBER 2011 (ISNIN)
MASA : 7.30 – 10.30 PAGI
TEMPAT : ASTAKA JAYA
PN.AZURA
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DIPERTUA PIBG TUAN HAJI AZMAN BIN
IDRIS DAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG DR NASRI BIN SULAIMAN.
HADIRIN YANG DIHORMATI
BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, MAJLIS
MEMPERSILAKAN USTAZ AHMAD SUFI BIN IDRUS BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
MAJLIS MEMPERSILAKAN
DENGAN SEGALA HORMATNYA
BACAAN DOA
AMIN…AMIN….YA RABBAL ALAMIN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ
AHMAD SUFI ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA
PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.
SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN WAKIL PELAJAR MOHD ADAM BIN
MOHD FAUZI BAGI MENGETUAI LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA. DI PERSILAKAN.
IKRAR RUKUN NEGARA
SETERUSNYA PARA HADIRIN DIMINTA BERSEDIA UNTUK NYANYIAN LAGU
NEGARAKU
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI AZMAN BIN IDRISYANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN.TERMIZI BIN MOHD TAHIR
PENOLONG KANAN PETANGYANG DIHORMATI
EN.AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA
PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, RAKAN-RAKAN GURU DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI
SEKALIAN.ALHAMDULILLAH, PADA PAGI YANG INDAH INI KITA DIPANJANGKAN UMUR DAN DAPAT BERKUMPUL DI ASTAKA JAYA INI DALAM MAJLIS GILANG GEMILANG IAITU MAJLIS KUALITI JAYA 2011.
UNTUK PENGETAHUAN PARA HADIRIN, MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA INI JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN YANG MERUPAKAN GABUNGAN ANUGERAH UNIT KOKURIKULUM, UNIT HAL EHWAL MURID DAN UNIT KURIKULUM.
KETIGA -TIGA UNIT INI BERFUNGSI MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN DIRI DAN SAHSIAH MURID AGAR LAHIR SEBAGAI INDIVIDU YANG SEIMBANG, BERDIKARI, BERPENGETAHUAN, BERFIKIRAN KREATIF SERTA MENYUBURKAN POTENSI KEPIMPINAN DALAM DIRI PARA PELAJAR. SESUNGGUHNYA PIHAK SEKOLAH AMAT MENGHARGAI SUMBANGAN YANG TELAH DICURAHKAN SESUNGGUHNYA PARA PELAJAR DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2011.
ADALAH DIHARAPKAN DENGAN ADANYA
MAJLIS SEUMPAMA INI, DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT PARA PELAJAR AGAR MEMBERIKAN YANG
TERBAIK BUAT SEKOLAH TERCINTA. JANGAN TANYA APA YANG SEKOLAH BERI KEPADA ANDA
TETAPI TANYALAH APA YANG TELAH ANDA BERI KEPADA SEKOLAH.
HADIRIN YANG BUDIMAN,
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2011
DITERUSKAN LAGI DENGAN UCAPAN DARIPADA YANG DIHORMATI PN. SOFIA NOR BT
MOLHIT,PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA
HORMATNYA.
UCAPAN 1 (PENOLONG KANAN)
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA PN. SOFIA NOR BT MOLHIT ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN.
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN BERBESAR
HATI MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA TN. HAJI AZMAN BIN IDRIS,YANG DIPERTUA PIBG
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2011. MEMPERSILAKAN
DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 2 (YDP PIBG)
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA TN. HAJI AZMAN BIN IDRIS ATAS KESUDIAN MENYAMPAIAN UCAPAN DAN
MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA KITA PADA PAGI INI.
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA, ACARA YANG
DITUNGGU-TUNGGU IAITU UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH BAGI SLOT PERTAMA.
DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN
YANG DIHORMATI ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR, PENOLONG KANAN PETANG UNTUK MENYEMPURNAKAN
UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH DIIRINGI CIK MAHERAN BT HUSSEIN GKMP
TEKNIK/VOKASIONAL. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 1
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK TERMIZI
ATAS KESUDIAN MENYAMPAKAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR.
HADIRIN SEKALIAN,
SMK CHERAS JAYA TIDAK PERNAH KETANDUSAN DALAM MELAHIRKAN
PELAJAR-PELAJAR YANG BERBAKAT DALAM PELBAGAI BIDANG. SETERUSNYA TERIMALAH PERSEMBAHAN TEATER YANG BERTAJUK SEJALUR
HARAPAN. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA KUMPULAN TEATER INI TELAH MENYANDANG NAIB
JOHAN DALAM PERTANDINGAN TEATER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU LANGAT DAN
JUGA MENDAPAT ANUGERAH SINOGRAFI TERBAIK. MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN
PERSEMBAHAN MEREKA. DIPERSILAKAN.
PERSEMBAHAN 1 (TEATER)
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI. SAMA-SAMALAH KITA MEMULIHARA KEHIJAUAN ALAM ANUGERAH
TUHAN INI.
HADIRIN SEKALIAN,
ANUGERAH BERIKUTNYA IALAH
ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PENGERUSI ATAU
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN/KELAB DAN UNIT BERUNIFORM YANG TELAH MENJALANKAN
TUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI DAN BERTANGGUNGJAWAB.
DENGAN INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN
PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA, DIIRINGI CIK ROHANA BT
ISMAIL, GKMP SAINS/MATEMATIK UNTUK MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH
BAGI SLOD KE DUA.
PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 2
(BACA ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG)
BAGI ANUGERAH BINTANG SUKAN PULA, ANUGERAH INI DIANUGERAHKAN KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA
MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI MAHUPUN KEBANGSAAN. MUDAH-MUDAHAN MEREKA
AKAN TERUS MENJADI BINTANG YANG BERKILAU DAN SETERUSNYA MENJULANG NAMA SEKOLAH
DI PERSADA SUKAN TANAH AIR.
(BACA ANUGERAH BINTANG SUKAN)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
PUAN SOFIA NOR ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA KITA SAKSIKAN PULA PERSEMBAHAN TARIAN INANG, TARIAN ZAPIN DAN
TARIAN JOGET. UNTUK PENGETAHUAN HADIRIN, KUMPULAN TARIAN INI TELAH MEWAKILI
SEKOLAH KE PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU LANGAT.
MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
PERSEMBAHAN 2 (TARIAN)
PN FATIMAH
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN
YANG BEGITU MENGHIBURKAN. SESUNGGUHNYA PELAJAR-PELAJAR INI JIKA DIASUH DAN
DIDIDIK OLEH GURU-GURU YANG DEDIKASI MEREKA MAMPU MENONJOLKAN BAKAT DALAM
PELBAGAI BIDANG.
HADIRIN SEKALIAN,
ANUGERAH BERIKUTNYA IALAH
ANUGERAH MURID AKTIF KOKURIKULUM. UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN ANUGERAH INI
DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG TERLIBAT SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI YANG
DIANJURKAN OLEH UNIT KOKURIKULUM DI PERINGKAT SEKOLAH MAHUPUN DAERAH.
BAGI MENYAMPAIKAN ANUGERAH, MAJLIS
MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI DR NASRI BIN SULAIMAN, NAIB YANG DIPERTUA PIBG,
DIIRINGI PN. MAIMON BT BUJAI, GKMP KEMANUSIAAN BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN
ANUGERAH BERIKUTNYA.
PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 3
MAJLIS
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DR NASRI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.
PARA HADIRIN
SEKALIAN,
SETERUSNYA KITA
DENGARKAN PULA SUARA MERDU NYANYIAN SOLO
YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH MOHD ISMAWI BIN ISMADI DENGAN LAGU YANG BERTAJUK DARA PUJAAN DAN PETIKAN GITAR YANG TERDIRI DARIPADA MOHD FARID PUTRA, AMIRUL
AZWAN, MOHD FADLI DAN MOHD IKMAL DENGAN LAGU YANG BERTAJUK WE ARE STUDENT
SMKCJ. DIPERSILAKAN.
PERSEMBAHAN 3 (NYANYIAN)
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
HADIRIN YANG
DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS ANUGERAH
KUALITI JAYA 2011 TIBA DI KEMUNCAKNYA IAITU PENYAMPAIAN HADIAH KATEGORI
ANUGERAH KHAS JURI. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PERSATUAN ATAU KELAB
PERMAINAN YANG MENUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG DAN TELAH MENYERTAI PELBAGAI
PERTANDINGAN DI PERINGKAT SEKOLAH, ZON MAHUPUN DAERAH. UNTUK ITU, MAJLIS
MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK
CHERAS JAYA DIIRINGI OLEH PN ZAHANA BT HAMZAH, GKMP BAHASA UNTUK MENYEMPURNAKAN
MAJLIS. DIPERSILAKAN.
PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 4
(BACA ANUGERAH KHAS JURI)
SETERUSNYA BAGI ANUGERAH GURU AKTIF IANYA
DIANUGERAHKAN KEPADA GURU-GURU YANG BANYAK MEMBANTU DAN MENGGERAKKAN AKTIVITI
PERSATUAN DAN JUGA YANG MEMBANTU UNIT KOKURIKULUM DALAM MENGGERAKKAN AKTIVITI
SEPANJANG TAHUN.
(BACA ANUGERAH GURU AKTIF)
(BACA ANUGERAH TERBAIK PERCUBAAN PMR DAN
SPM)
ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANUGERAH SAHSIAH
SARJANA.UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN, ANUGERAH INI ADALAH ANUGERAH YANG
JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN DI SEKOLAH INI INSYALAH AKAN MENJADI ANUGERAH
TAHUNAN. ANUGERAH INI DITAJA SEPENUHNYA OLEH PIHAK PIBG. UNTUK PENGERTAHUAN
PARA HADIRIN, ANTARA KRITERIAYANG DINILAI BAGI ANUGERAH INI ADALAH
BERTANGGUNGJAWAB, SUKA MENOLONG, BERBUDI BAHASA DAN SENTIASA MEMBERI KERJASAMA.
(BACA ANUGERAH SAHSIAH SARJANA)
(BACA ANUGERAH TOKOH SAHSIAH KESELURUHAN)
(BACA ANUGERAH TOKOH HARAPAN KOKO 2011)
(BACA ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM 2011)
BERIKUT ADALAH
ANUGERAH PENINGKATAN PENCAPAIAN PMR 2010, ANUGERAH PENINGKATAN 3 TAHUN
BERTURUT-TURUT PMR (2008-2010) DAN ANUGERAH PENINGKATAN PENCAPAIAN SPM 2010,
DIPERSILAKAN PN, SOFIA NOR BT MOLHIT UNTUK MENERIMA HADIAH.
SETERUSNYA,
MAJLIS MENJEMPUT PN ZAHANA BT HAMZAH, GKMP BAHASA UNTUK MENYAMPAIKAN
CENDERAMATA KEPADA YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS. MAJLIS
MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
TERIMA KASIH
DIUCAPKAN KEPADA PN ZAHANA BT HAMZAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA
SEBENTAR TADI.
HADIRIN
SEKALIAN,
BAGI MENUTUP
TIRAI MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2011, MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN
PERSEMBAHAN WARNA WARNI TARIAN PIRING.
TARIAN INI TELAH MEWAKILI SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN KE PERINGKAT DAERAH.
DIPERSILAKAN.
PERSEMBAHAN
4 ( TARIAN )
TERIMA
KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU BERTENAGA.
DENGAN
PERSEMBAHAN ITU TADI, MAKA TAMATLAH SUDAH MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2011.
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU YANG TELAH
MENERIMA ANUGERAH PADA PAGI INI. SEMOGA ANUGERAH YANG DITERIMA DAPAT MELONJAKKAN
PRESTASI UNIT KOKURIKULUM, UNIT HAL EHWAL MURID DAN UNIT KURIKULUM PADA MASA
AKAN DATANG.
DIMINTA
PARA HADIRIN BERDIRI TEGAK UNTUK NYANYIAN LAGU
SEKOLAH.
HADIRIN
DIPERSILAKAN DUDUK.
DENGAN
INI MAJLIS MEMPERSILAKAN TETAMU KEHORMAT KITA DIIRINGI BARISAN PENTADBIR UNTUK
BEREDAR KE BILIK KOKURIKULUM UNTUK MENIKMATI SEDIKIT KUDAPAN. DIPERSILAKAN.
SEKIAN
TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment