TEKS UCAPAN BULAN HAL EHWAL MURID 2011 (HEM)
Yang
berusaha, Pn. Rozita bt Ahmad, Pengetua SMK Cheras Jaya,
Yang
Dihormati, Pn. Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya,
Ustaz Othman
bin Omar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Anita
Mazlina bt Azman Arash, Penolong Kanan Kokurikulum,En.Azahari bin Mohd Yusof, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Guru-guru
kanan matapelajaran, guru-guru dan pelajar-pelajar yang
dikasihi
sekalian.
Assalamualikum
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kita berkumpul di dataran integrasi ini bagi merasmikan Bulan Hal Ehwal Murid
tahun 2011 dengan tema nya
“Kecemerlangan Sahsiah, Kesejahteraan Bersama”.
Guru-guru
dan pelajar sekalian,
Unit Hal
Ehwal Murid merupakan satu badan yang berfungsi untuk
membantu
dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
berfungsi
sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan
berkemahiran,
berfikiran kreatif dan kritis, memupuk potensi diri dan
kebolehan ke
tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan dalam
diri setiap
murid.
Objektif
unit Hal Ehwal Murid adalah :
·
membantu
perkembangan diri pelajar supaya berfungsi sebagai individu seimbang
·
memupuk
semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar
·
menyuburi potensi kepimpinan di kalangan pelajar
·
memberi peluang kepada pelajar mengembangkan
potensi diri ke tahap yang maksima
·
mendekatkan ibubapa/penjaga pelajar dengan sekolah
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
·
mengumpul
dana untuk membantu aktiviti-aktiviti unit di bawah Unit HEM melalui aktiviti karnival
penting di sekolah ini. Bagi merasmikan Bulan Hal Ehwal Murid tahun
2011, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Othman bin
Omar selaku penolong kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Cheras Jaya bagi menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan bulan Hal Ehwal Murid tahun 2011.
Dipersilakan.
Terima kasih
diucapkan kepada Ustaz Othman bin Omar atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.
Guru-guru
dan pelajar sekalian,
Untuk
makluman semua, tempoh perlaksanaan bulan Hal Ehwal Murid adalah pada
13 Jun sehingga 25 Jun 2011. Antara aktiviti yang telah dirancang
adalah :
·
ceramah
berkenaan kesihatan, bimbingan kerjaya,sahsiah dan keselamatan
·
karnival
seperti pameran, jualan,rumah hantu, senamrobik dan karaoke
·
lawatan
sambil belajar
·
pertandingan
seperti kuiz spontan, explorace dan teka silangkata
·
persembahan
Adalah diharapkan para pelajar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang kerana sesungguhnya setiap aktiviti yang dirancang adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri dan
memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan pelajar.
Semoga semua pelajar mendapat input yang berguna dalam aktiviti yang
akan dijalankan.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment