FATIMAH
PENGUMUMAN KETIBAAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON,
PENYELARAS KAWASAN
PARLIMEN SERDANG.
HADIRIN MOHON BERDIRI.
KATA ALU-ALUAN
BISMILLAH….HIM
YANG BERBAHAGIA,
DATO’ YAP PIAN HON,
PENYELARAS KAWASAN
PARLIMEN SERDANG.
YANG BERUSAHA
PUAN HASHIMAH BINTI
HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS
JAYA
YANG DIHORMATI
TUAN HAJI AZMAN BIN
IDRIS
YANG DIPERTUA PIBG SMK
CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
DR NASRI BIN SULAIMAN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SMK CHERAS JAYA
YANG DI HORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI
MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK
CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA
BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM
YANG DIHORMATI
ENCIK TERMIZI BIN MOHD
TAHIR
PENOLONG KANAN PETANG
YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD
YUSOP
PENOLONG KANAN
PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA
PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, PARA GURU DAN PARA
IBU BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
DAN SELAMAT SEJAHTERA.
PARA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
ALLAH
JUA YANG DIPUJI DENGAN LIDAH DAN HATI KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA KITA DIBERI
KESIHATAN DAN KELAPANGAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG
PIBG TAHUN 2012.
BAGI
MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN DENGAN PENUH
KEINSAFAN , SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA UNTUK KELANCARAN
MAJLIS INI. UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN BIN SAID
BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
BACAAN DOA
AMIN…AMIN….YA RABBAL
ALAMIN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN ATAS PIMPINAN BACAAN DOA
ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE
PENGHUJUNGNYA
SIDANG HADIRIN YANG
DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN
SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA
SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN
DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 1(PENGETUA)
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN
TERIMA KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA ATAS
KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI.
SETERUSNYA KITA DENGARKAN
PULA UCAPAN DARIPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA
PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.
UCAPAN 2(YDP)
MAJLIS MERAKAMKAN
BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG
DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN.
HADIRIN
SEKALIAN,
BERTONGGAKKAN ADAT, YANG
DATANG DISAMBUT,YANG PERGI DIIRINGI,SETERUSNYA MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI
MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON, PENYELARAS KAWASAN PARLIMEN
SERDANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012. MAJLIS
MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 3 (PERASMIAN)
BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN
MAJLIS
DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI –TINGGI TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG
BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON, MENYAMPAIKAN
UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012.
AZWANIS
TUAN-TUAN
DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI,BARISAN JAWATANKUASA PIBG MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN PELBAGAI PROGRAM UNTUK PEMBANGUNAN SEKOLAH INI. SEBAGAI CONTOH BERKAT KERJASAMA ERAT IBU BAPA DAN GURU-GURU SMK CHERAS JAYA TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN JAMUAN AMAL JALINAN KASIH PADA TANGGAL 7 MEI 2011 DI MANA SEBANYAK RM71 RIBU TELAH BERJAYA DIKUMPUL UNTUK MENGISI DANA PROJEK LINDUNGAN SURIA. PROJEK INI MENSASARKAN PEMBINAAN STRUKTUR BERBUMBUNG DI TAPAK PERHIMPUNAN.
HADIRIN
SEKALIAN,
SESUNGGUHNYA,
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT,SUMBANGAN MEREKA KAMI HARGAI. PIHAK SEKOLAH BERBESAR
HATI INGIN MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERAHATI SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA
BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG YANG TELAH MENYUMBANG TENAGA DAN BUAH FIKIRAN
SEPANJANG SESI 2011.UNTUK ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA, DATO’ YAP PIAN HON, DIIRINGI OLEH YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEPADA BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2011.
DIPERSILAKAN.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AJK
PIBG
MAJLIS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA,
DATO’ YAP PIAN HON KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAHATI
ITU TADI.
ANAK HARUAN BERLIMA-LIMA
MATI DITIMPA PUNGGUR BERDAUN
BUDI TUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTHAUN-TAHUN
SEBAGAI
TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, MAJLIS MEMPERSILAKAN TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN
CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO’. SESUNGGUHNYA KESUDIAN DATO’ HADIR KE
MAJLIS KAMI MERUPAKAN SATU SUNTIKAN SEMANGAT BUAT KAMI SEMUA DI SMK CHERAS JAYA
DAN PARA IBU BAPA UNTUK TERUS BERUSAHA DEMI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK YANG KAMI
KASIHI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA TUAN HAJI
AZMAN BIN IDRIS, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA DATO’.
MAJLIS
MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATO’ DIIRINGI OLEH PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID DAN GURU KANAN MATA PELAJARAN KE UNIT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
UNTUK SEDIKIT KUDAPAN.
PARA HADIRIN
YANG DIHORMATI,
KELEBIHAN NABI DENGAN MUKJIZAT
KELEBIHAN UMAT DENGAN MUAFAKAT
PISANG SESIKAT DIGULAI SEBELANGA
TERUSKAN MUAFAKAT BERSAMA-SAMA
DENGAN
INI MAJLIS DENGAN RENDAH HATI MEMOHON PARA HADIRIN SEKALIAN UNTUK MENYUMBANG
DENGAN SEIKHLAS HATI KEPADA TABUNG SUMBANGAN PIBG YANG SEDANG DIEDARKAN.
MAJLIS
DITERUSKAN DENGAN MESYUARAT AGUNG PIBG BAGI TAHUN 2012 YANG AKAN DIPENGERUSIKAN
OLEH YANG DIPERTUA PIBG TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS. DENGAN ITU SAYA DENGAN
HORMATNYA MENYERAHKAN MAJLIS INI KEPADA YANG DIPERTUA PIBG.NAZAREENA
TUAN-TUAN
DAN PUAN-PUAN,
DEMIKIAN
TADI MESYUARAT PIBG TAHUN 2012, DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN AHLIJAWATANKUASA
YANG BARU AKAN MENJADIKAN KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI MEMBANGUNKAN
SAHSIAH DAN MENINGKATKAN TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK SMK CHERAS JAYA.
SETERUSNYA
TIBA LAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA CABUTAN NOMBOR BERTUAH. MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM,
PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MEMBUAT 20 CABUTAN NOMBOR BERTUAH HADIRIN
SEKALIAN DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING. TUAN PUNYA NOMBOR YANG
DIUMUMKAN BOLEH MENUNTUT HADIAH MASING-MASING DI MEJA HADIAH DI SEBELAH KANAN
SAYA.
PANGGIL 20 NO BERTUAH
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA
KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM ATAS KESUDIAN MENCABUT NOMBOR BERTUAH
ITU TADI.
UMUM NO BERTUAH
HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN
CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN
2012. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU SECARA TIDAK
LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.
DENGAN
PENUH TAKZIM, MAJLIS TURUT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS
KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA SEHINGGA
MAJLIS INI BERJALAN DENGAN LANCAR.
KAIN YANG CARIK CUMA DUHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
No comments:
Post a Comment