Sunday 5 April 2015

PERKHEMAHAN MASA 4 MAC 2015



TEKS UCAPAN
PERKHEMAHAN MASA 2015

Yang dihormati,
Cik Rohana bt Ismail
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik
SMK Cheras Jaya

Yang dihormati,
Pn. Rashidah bt Yusof
Ketua Panitia Matematik

Yang dihormati,
Pn. Lee Lee Ee
Ketua Panitia Sains

Yang dihormati
Cik Rafidah bt Asmali
Mantan pelajar SMK Cheras Jaya

Rakan-rakan guru, fasilitator dan peserta-peserta perkhemahan Masa pada hari ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada anda semua kerana dapat menyertai perkhemahan MaSa pada hari ini. Sesungguhnya anda adalah dikalangan yang bertuah kerana berpeluang untuk menyertai dan mengenali dengan lebih dekat lagi dengan ilmu sains dan matematik dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.  

Bagi memberkati Program Perkhemahan MaSa  pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa oleh saudara Aidil Yakin bin Mohamad Saleh dari tingkatan 5 Amanah.
Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal’alamin………terima kasih diucapkan kepada saudara Aidil Yakin  atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan segala aktiviti yang dirancang pada hari ini dapat dijalankan dengan jayanya sehingga ke penghujungnya.

Tema perkhemahan MaSa pada tahun ini ialah
“Sains dan Matematik Pencetus Idea Cipta”

Untuk makluman semua, tahun ini adalah merupakan tahun ke-5 perkhemahan seumpama ini diadakan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh para guru yang bertujuan untuk menarik minat anda semua untuk lebih meminati, mendalami dan menguasai ilmu sains dan matematik.

Tanpa membuang masa, saya menjemput Guru  Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik , Cik Rohana bt Ismail untuk menyampaikan  ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana bt Ismail, semoga apa yang disampaikan sebentar tadi menjadi sumber inspirasi untuk anda semua menyahut cabaran untuk terus meningkatkan potensi dan bakat yang ada pada diri.

Seterusnya saya menjemput Cik Rafidah Asmali bt Marjuki.
Sebelum itu, saya perkenalkan Cik Rafidah Asmali bt Marjuki merupakan bekas pelajar SMK Cheras Jaya yang menduduki SPM pada tahun 2012 di sekolah ini. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke tingatan 6 di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 dan telah pun menerima keputusan peperiksaan STPM baru-baru ini dan kini menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

Dengan ini saya menjemput Cik Rafidah Asmali bt Marjuki untuk pengisian slot motivasi pada pagi ini.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rafidah Asmali bt Marjuki kerana sudi hadir pada pagi ini untuk menyampaikan slot motivasi. Semoga perkongsian yang disampaikan sebentar tadi menjadikan anda semua lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan berjaya dalam hidup. 
Untuk makluman anda semua, Cik Rafidah Asmali merupakan pelajar yang aktif di sekolah ini. Beliau sering menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik.
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan dari pihak sekolah, dengan ini saya menjemput Cik Rohana bt Ismail,  dengan diiringi oleh Pn. Rashidah bt Yusuf,  untuk menyampaikan cenderahati dan sijil kepada Cik Rafidah Asmali bt Marjuki.
Dipersilakan. 

Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana bt Ismail atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Untuk makluman semua, satu lagi aktiviti  koakademik anjuran Bidang Sains dan Matematik adalah  minggu Sains dan Matematik yang akan dilaksanakan pada 22- 31 Julai 2015.

Bagi meneruskan program pada pagi ini…saya serahkan kepada Pn. Rohana bt Abdul Samad untuk mengendalikan permainan Neuro-Telematch.
Dipersilakan.




No comments: