Yang
Berusaha
Encik
Sharuddin bin Yusof
Pengetua
SMK Cheras Jaya
Yang
Dihormati
Barisan
Penolong Kanan
SMK Cheras
Jaya
Barisan
Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang, rakan-rakan guru serta para
pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.
Bersyukur
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi kita dapat berkumpul
di dataran perhimpunan ini bagi menjayakan minggu Sains dan Matematik tahun
2014.
Sains dan matematik merupakan ilmu sejagat
yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya guru-guru sains dan
matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun
dalam kehidupan seharian.
Tujuan minggu Sains dan Matematik diadakan
adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar disamping mempelajari ilmu
sains dan matematik dengan lebih mendalam serta membentuk keyakinan dalam
diri pelajar bahawa sains dan matematik
bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar,
menarik dan menyeronokkan.
Tanggal 21 hingga 22 Jun 2014 yang lalu,
bidang Sains dan Matematik telah menganjurkan Program Perkhemahan MaSA yang
bertempat di Kem Herba, Sungai Congkak dengan 80 orang peserta yang dipilih
daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dengan masa yang lebih panjang iaitu 2
hari 1 malam, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya.
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan
dengan penyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sepanjang Perkhemahan MaSa
di Kem Herba, Sungai Congkak baru-baru ini.
Dengan ini saya dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha En. Sharudin bin Yusof, pengetua SMK Cheras Jaya dengan
diiringi Cik Rohana bt Ismail, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik
untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada
para pemenang.
Dipersilakan.
(baca
nama pemenang)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Sharuddin
kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima
hadiah sebentar tadi. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana ada
pelbagai aktiviti yang akan berlangsung nanti sempena minggu sains dan matamatik.
Para guru dan pelajar sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik dari Encik Sandera bin Abdul
Manaf dan pelajar-pelajarnya.
Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan eksperiment oleh
pelajar-pelajar aliran sains tingkatan 5.
Terima kasih diucapkan kepada En. Sandera dan pelajar-pelajarnya di
atas persembahan eksperiment sebentar tadi.
Untuk
pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, minggu Sains dan Matematik akan
bermula pada hari ini iaitu 14 julai sehingga 25 Julai 2014.
Aktiviti sepanjang minggu sains dan matematik ialah,
1 Pertunjukkan sains
2 Keceriaan makmal
3 Reka Cipta Glider
4 Kuiz Sains dan Matematik
5 Eksplorasi Taman Sumber
Sains
6 Pertandingan melukis komik antartika
7 Reka corak Patch Work
8 Reka bentuk robot
9 Pertandingan anggaran berat
buku dan bilangan kacang
10 Pertandingan papan tanda
makmal
11 Pameran sains dan matematik
Diharapkan
dengan adanya pelbagai aktiviti ini, para pelajar dapat menggunakan kesempatan
yang ada untuk melibatkan diri sepanjang minggu sains dan matematik.
Sekian, saya sudahi dengan ucapan
terima kasih.
No comments:
Post a Comment