YANG BERUSAHA ENCIK MOHAMAD ZULKIFLI BIN
AHMAD KHARMAN SHAH, PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA,
ENCIK OTHMAN BIN OMAR, PENOLONG KANAN
HEM SMK CHERAS JAYA,
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
ENCIK AZAHARI BIN MOHD. YUSUF, PENOLONG
KANAN PPKI, BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN,GURU-GURU CEMERLANG, GURU-GURU
DAN PELAJAR-PELAJAR YANG DISAYANGI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN
SALAM 1 MALAYSIA.
PELAJAR-PELAJAR YANG DISAYANGI SEKALIAN,
SETIAP PELAJAR DILAHIRKAN DENGAN
PELBAGAI KEMAHIRAN, KEUPAYAAN DAN KELEBIHAN DALAM PELBAGAI BIDANG. SEKOLAH
SEBAGAI SATU INSTITUSI PEMBELAJARAN MELALUI USAHA GIGIH PARA GURU BERUSAHA
UNTUK MENCUNGKIL BAKAT PARA PELAJAR MENGIKUT KEUPAYAAN TERSEBUT AGAR LAHIR
WARGA YANG BERKETERAMPILAN DALAM PELBAGAI BIDANG, BUKAN SAHAJA BIDANG KURIKULUM
MALAH BIDANG KOKURIKULUM JUGA. OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH TELAH MENGAMBIL
INISIATIF UNTUK MENGANJURKAN BULAN
AKADEMIK SEBAGAI SALAH SATU LANDASAN UNTUK PARA PELAJAR MENGEMBANGKAN POTENSI
YANG ADA. AKTIVITI DALAM BULAN INI
BERTUJUAN MEMUPUK SAHSIAH CEMERLANG DALAM DIRI PELAJAR DI SAMPING MEMUPUK
KERJASAMA ANTARA GURU DENGAN PELAJAR. BULAN AKADEMIK INI AKAN BERLANGSUNG MULAI
23 JUN 2014 SEHINGGA 21 JULAI 2014 DENGAN TEMANYA "ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA".
BAGI MELANCARKAN BULAN AKADEMIK 2014
SECARA RASMINYA DIPERSILAKAN ENCIK MOHAMAD ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH PENOLONG KANAN
SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN BULAN
AKADEMIK 2014.
(UCAPAN)
SEBAGAI GIMIK PERASMIAN, DIPERSILAKAN ENCIK MOHAMAD
ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH MENANDATANGANI KAIN RENTANG BULAN AKADEMIK
2014 DENGAN DIIRINGI ENCIK OTHMAN BIN OMAR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID..
(MENANDATANGANI KAIN RENTANG)
TERIMA KASIH DIUCAPAN KEPADA ENCIK MOHAMAD
ZULKIFLI ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN
ITU TADI.
SEBAGAI PERMULAAN AKTIVITI BULAN
AKADEMIK 2014, MARILAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NAZAM YANG BERTAJUK “ILMU
PERKASA GENERASI WIBAWA” . PERSEMBAHAN INI AKAN DISAMPAIKAN OLEH GABUNGAN
PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5.
UNTUK MAKLUMAN, NAZAM MERUPAKAN SEJENIS PUISI TRADISIONAL YANG HAMPIR PUPUS DAN JARANG DILAGUKAN. NAZAM YANG DILAGUKAN BERIRAMA SEAKAN-AKAN NASYID DAN MENERIMA PENGARUH ARAB.
TERIMALAH NAZAM ILMY PERKASA YANG LIRIKNYA DITULIS OLEH PUAN NORAINI MD YASSIN DAN DIBIMBING OLEH PN. ROBIANA IBRAHIM.
(PERSEMBAHAN NAZAM)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PEREMBAHAN SEBENTAR TADI.
MUNGKIN PELAJAR MASIH INGAT SEBELUM INI
SETIAP HARI ISNIN SETIAP PANITIA DAN SEKUMPULAN PELAJAR AKAN
MEMPERKENALKAN PETA PEMIKIRAN I-THINK.
DALAM USAHA UNTUK MEMBUGARKAN INGATAN PELAJAR TERHADAP PETA I-THINK,
DIPERSILAKAN KUMPULAN PELAJAR DARI TINGKATAN 5 UNTUK MEMBUAT
PERSEMBAHAN YANG BERTAJUK I-THINK.
(PERSEMBAHAN I-THINK)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA
PELAJAR YANG MEMBUAT PERSEMBAHAN ITU TADI.
UNTUK PERHATIAN SEMUA PELAJAR,
MINGGU PERTAMA BERMULA 23 JUN 2014
HINGGA 27 JUN 2014 AKAN DIADAKAN
AKTIVITI UNTUK BIDANG BAHASA
MINGGU KEDUA 30 JUN 2014 HINGGA 4 JULAI
2014 AKTIVITI BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
MINGGU KETIGA 7 JULAI 2014 HINGGA 11
JULAI 2014 PULA DIKAN ADA AKTIVITI BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
MINGGU EMPAT 14 JULAI 2014 HINGGA 18
JULAI 2014 DIADAKAN AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN
DIHARAP SEMUA PELAJAR MEREBUT PELUANG
UNTUK MENYERTAI SETIAP PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN OLEH SETIAP BIDANG BUKAN
SAHAJA UNTUK MENDAPAT PENGALAMAN DAN MENGASAH BAKAT TETAPI JUGA UNTUK
MENDAPATKAN HADIAH YANG DISEDIAKAN.
SEKIAN SAHAJA, SAYA SERAHKAN MAJLIS
KEMBALI KEPADA GURU BERTUGAS.
No comments:
Post a Comment