TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS.
|
IZINKAN SAYA MEMBACAKAN TOKOH ANUGERAH KHAS HARI GURU 2014.
BELIAU MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI SEORANG GURU PADA TANGGAL 1 JULAI
1983, MULA BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI PADA 16 OKTOBER 2011.
DI BAWAH PIMPINAN BELIAU, SMK CHERAS JAYA TELAH MENCIPTA
KEJAYAAN DALAM PELBAGAI BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM, KO-AKADEMIK DAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI).
|
PENCAPAIAN TERTINGGI DALAM PPKI YANG DIPEROLEHI DI BAWAH PIMPINAN BELIAU ADALAH :
· -
JOHAN DIPERINGKAT NEGERI PADA TAHUN 2012 DALAM PERTANDINGAN TILAWAH
AL-QURAN(L) DAN SETERUSNYA MEWAKILI KE PERINGKAT KEBANGSAAN.
·
-NAIB JOHAN DI PERINGKAT NEGERI PADA TAHUN 2014 DALAM PERTANDINGAN
TILAWAH AL-QURAN (LELAKI).
· -
NAIB JOHAN PADA TAHUN 2014 DALAM PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI
(LELAKI).
· -
MEWAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM ACARA TARIAN KEBUDAYAAN
1 MALAYSIA PADA TAHUN 2012 DAN 2013
|
PENCAPAIAN DALAM BIDANG KURIKULUM, SEKOLAH TELAH MENCAPAI :
·
PERATUSAN PELAJAR PMR YANG LULUS PADA TAHUN 2011 ADALAH SEBANYAK 64.01%
DAN PADA TAHUN 2012, 61.75% LULUS DALAM PMR.
·
SETERUSNYA PERATUSAN SPM YANG LULUS PADA TAHUN 2011 ADALAH 86.7% DAN
PADA TAHUN 2012 ADALAH SEBANYAK 89.4%.
|
DALAM BIDANG KOKURIKULUM
PULA, PENCAPAIAN TERTINGGI YANG DIPEROLEHI ADALAH :
·
-JOHAN PERTANDINGAN LALULINTAS, DE CARE CHALLLENGE, PERINGKAT KEBANGSAAN
2013
· -
NAIB JOHAN PERTANDINGAN YOUNG VOICE FOR CONVERSATION PERINGKAT
KEBANGSAAN 2013
· -
NAIB JOHAN PERTANDINGAN TEATER PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2011
· -
NAIB JOHAN DE CARE CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
·
- SINOGRAFI TERBAIK PERTANDINGAN TEATER PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2011
|
DAN DALAM BIDANG KO-AKADEMIK
PULA :
·
- JOHAN PERTANDINGAN SURAU 5 BINTANG 2012
· -
JOHAN YOUNG ENTREPRENUR SCHOOL 2013
· -
NAIB JOHAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT NEGERI 2011
|
SESUNGGUHNYA SEMUA KEJAYAAN YANG TERCATAT DALAM TINTA
SEJARAH SEKOLAH INI MERUPAKAN HASIL DORONGAN DAN SEMANGAT YANG TIDAK
PUTUS-PUTUS DARI BELIAU. BELIAU BERSEDIA MENYAHUT PELBAGAI CABARAN DENGAN
MOTO “BERPANTANG KALAH SEBELUM BERJUANG”.
BELIAU SENTIASA MEMBUKA PINTU PELUANG KEPADA SEMUA PELAJAR
UNTUK MENYERTAI PELBAGAI AKTIVITI MENGIKUT KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN SERTA
MINAT MASING-MASING.
|
UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS, DENGAN INI MEMPERSILAKAN DR.
NASRI BIN SULAIMAN, NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA DENGAN DIIRINGI
EN. MD. ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN
SHAH UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH.
***HADIRIN MOHON BERDIRI***
|
DENGAN INI, DIUMUMKAN ANUGERAH KHAS HARI GURU TAHUN 2014
DINOBATKAN KEPADA PN. HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA. DENGAN INI
DIPERSILAKAN PN. HASHIMAH NAIK KE PENTAS UNTUK MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN DAN
CENDERAHATI DARI PIHAK SEKOLAH.
|
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN, PIHAK MAJLIS MEMPERSILAKAN USTAZ
SHAHRIMAN BIN SAID UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA DR NASRI BIN
SULAIMAN KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PADA HARI INI.
TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA USTAZ SHAHRIMAN BIN SAID.
|
GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
|
Monday, 11 August 2014
ANUGERAH TOKOH HARI GURU 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment