TEKS UCAPAN
MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA
HJ ABDUL RAHMAN DAN HJH ESHAH
SUNGAI BAKAP 2017
4 SYAWAL 1438H
1
|
2.30 PTG
|
KETIBAAN
& PENDAFTARAN AHLI KELUARGA
KETIBAAN
TETAMU JEMPUTAN
|
TETAMU MENDAFTAR DAN TERIMA CENDERAHATI
|
Sayang
kumbang mencari makan,
Terbang
seiring di tepi kali;
Selamat
datang kami ucapkan,
Moga
diiring restu Ilahi.
Ke Pekan
Kuala membeli bingka,
Sayang
pesanan terlupa sudah;
Majlis
bermula tirai dibuka,
Dengan
alunan madah yang indah.
YANG
BERBAHAGIA
DATO’ HJ
MAKHTAR BIN HJ SHAPEE
TIMBALAN
SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PULAU PINANG
MERANGKAP
ADUN SUNGAI BAKAP
YANG BERHORMAT
TUAN
HAJI ABDUL RAHIM BIN AFFENDY
PENGETUA
SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH
SUNGAI
BAKAP
YANG
BERUSAHA
TUAN
HAJI MOHD RADZI BIN HAJI HARON
PENGERUSI
KELAB MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA
HJ ABD
RAHMAN DAN HJH ESHAH
YANG
DIHORMATI
BARISAN
IBU SAUDARA DAN BAPA SAUDARA SERTA SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN
ASSALAMUALAIKUM
WHT
Buat
ketupat bersama rendang
Jadi
hidangan di pagi hari
Saya
bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Ke
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri
ALHAMDULILLAH
PUJI DAN SYUKUR KEHADRAT ILAHI DI ATAS LIMPAH DAN KURNIANYA KITA BEROLEH
KESIHATAN YANG BAIK UNTUK BERKUMPUL DI DEWAN YANG SERBA INDAH INI BAGI
MENJAYAKAN MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA HJ ABDUL RAHMAN DAN HJH ESHAH TAHUN
2017.
MAJLIS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU YANG
HADIR PADA PETANG INI.
|
TIMAH
|
||
2
|
2.45 PTG
|
TAHLIL
& DOA SELAMAT
|
MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DIKETUAI OLEH YB DATO’
HJ MAKHTAR BIN HJ SHAPEE TIMBALAN SPEAKER DUN PULAU PINANGMERANGKAP ADUN
SUNGAI BAKAP
|
PARA
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS
YANG JULUNG KALINYA DIADAKAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MERAPATKAN DAN
MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA AHLI KELUARGA. IBARAT KATA PEPATAH YANG JAUH KITA
DEKAT-DEKATKAN YANG DEKAT KITA RAPAT-RAPATKAN.
MAJLIS
PADA PETANG INI AKAN DIMULAKAN DENGAN BACAAN TAHLIL DAN DOA SELAMAT YANG AKAN
DIKETUAI OLEH YANG BERHORMAT DATO’ HJ MAKHTAR BIN HJ SHAPEE .
DIPERSILAKAN.
|
TIMAH
|
||
3
|
3.15 PTG
|
UCAPAN
ALUAN
|
|
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
ANAK HARUAN BERLIMA-LIMA
MATI DITIMPA PUNGGUR BERDAUN
BUDI TUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTAHUN-TAHUN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA YANG BERHORMAT DATO’ HJ MAKHTAR BIN HJ SHAPEE KERANA SUDI MENGETUAI
MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEBENTAR TADI.
MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT
TUAN HAJI MOHD RADZI BIN HJ HARON
SELAKU PENGERUSI MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA
HJ ABD RAHMAN DAN HJH ESHAH TAMPIL KE
PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
-------------------------------------------------------------------------
MAJLIS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN HAJI MOHD
RADZI BIN HJ HARON ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
|
IJAN
|
||
4
|
3.30 PTG
|
MEMPERKENALKAN
AHLI KELUARGA
|
|
PARA
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
KINI
TIBALAH SAAT YANG DINANTI-NANTIKAN IAITU SESI MEMPERKENALKAN AHLI KELUARGA,
DIMULAI
DENGAN KELUARGA
1. MAK LONG MAIMUNAH
UNTUK
ITU MAJLIS MENJEMPUT KELUARGA MAK LONG UNTUK TAMPIL KE PENTAS UTAMA UNTUK
SESI MEMPERKENALKAN AHLI KELUARGA.
DAN ATURCARA
MAJLIS JUGA DITERUSKAN DENGAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI SAMBIL KELUARGA
YANG LAIN MEMPERKENALKAN DIRI.
PARA
HADIRIN DAN SEMUA TETAMU JEMPUTAN DIPERSILAKAN MENIKMATI JUADAH DAN HIDANGAN
YANG DISEDIAKAN.
SETERUSNYA KELUARGA
2. PAK NGAH HARON
3. MAK LANG SEPIAH
4. MAK NJANG AMNAH
5. PAK NDAK MOHAMED
6. MAK TAM ROGAYAH
7. PAK TEH DIN/AHMAD
8. MAK CIK ABIBAH
9. PAK SU NOH
10. PAK CHIK YUSOF
11.PAK SU ZAKI
PIHAK
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KAUM KELUARGA YANG TAMPIL
MEMPERKENALKAN KELUARGA MASING-MASING SEBENTAR TADI.
|
IJAN DAN
TIMAH
|
||
5
|
4.30 PTG
|
PENYAMPAIAN
DUIT RAYA
|
|
MAJLIS
DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK YANG BERUMUR 17 TAHUN KE BAWAH. DUIT RAYA AKAN
DISAMPAIKAN OLEH MAK TAM ROGAYAH DAN MAK CIK ABIBAH. OLEH ITU MAJLIS
MENJEMPUT MAK TAMROGAYAH DAN MAK CIK ABIBAH UNTUK KE PENTAS UTAMA.
DIPERSILAKAN.
-------------------------------------------------------------------------
ANAK-ANAK
YANG AKAN MENERIMA DUIT RAYA HENDAKLAH BERBARIS MENGIKUT BARISAN.
-------------------------------------------------------------------------
PIHAK
MAJLIS MENGUCAPKAN SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MAK TAM ROGAYAH, MAK
CHIK ABIBAH DAN PAK SU ZAKI YANG MENYAMPAIKAN DUIT RAYA SEBENTAR TADI
|
TIMAH
|
||
6
|
5.00 PTG
|
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA KHAS KEPADA EMAK SAUDARA DAN IBU SAUDARA
|
|
PARA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
ACARA
SETERUSNYA IALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA KHAS KEPADA EMAK SAUDARA DAN BAPA
SAUDARA.
UNTUK
ITU DIPERSILAKAN SEMUA EMAK SUDARA DAN BAPA SAUDARA NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI KERUSI YANG
DISEDIAKANMENGIKKUT TURUTAN.
1. MAK NDAK ZAINAB (TH)
UNTUK
TAMPIL KE PENTAS…
SETERUSNYA
2. MAK TAM ROGAYAH
3. PAK TAM JAMIL
4. MAK TEH ZAUYAH
5. MAK CHIK ABIBAH
6. MAK SU PARIDAH
7. MAK CHIK NAZIRAH
8. PAK CHIK MD IBRAHIM
9. PAK SU ZAKI
10. MAK SU ROGAYAH
BAGI
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA, PIHAK MAJLIS MENJEMPUT TUAN HAJI HASSAN BIN HAJI HASHIM SELAKU ANAK SAUDARA YANG PALING TUA UNTUK
TAMPIL KE PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA EMAK SAUDARA DAN BAPA
SAUDARA. PENYAMPAIAN CENDERAMATA DIMULAKAN DENGAN MAK TAM ROGAYAH………
-------------------------------------------------------------
PIHAK
MAJLIS MENGUCAPKAN SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN HAJI HASSAN BIN HAJI HASHIM ATAS PENYAMPAIAN CENDERAMATAI
ITU TADI. SEMUA EMAK SAUDARA DAN BAPA SAUDARA KEKAL DI TEMPAT DUDUK
MASING-MASING.SETERUSNYA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA KETUA KELUARGA. UNTUK
ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN MAK SU PARIDAH UNTUK TAMPIL MENYEMPURNAKAN MAJLIS……
TERIMA
KASIH DIUCAPKAN KEPADA MAK SU PARIDAH KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN MAJIS.
|
IJAN
|
||
7
|
5.15 PTG
|
SESI
BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI
|
|
PARA
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
KITA
HAMPIR SAMPAI KE ACARA KEMUNCAK IAITU SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI SEBAGAI
TANDA KENANG-KENANGAN. OLEH ITU MAJLIS MENJEMPUT SEMUA TETAMU YANG HADIR
UNTUK TAMPIL KE PENTAS UTAMA DAN BERIDIRI DI BELAKANG EMAK SAUDARA DAN BAPA
SAUDARA DAN KANAK-KANAK DUDUK DI BARISAN HADAPAN.
|
TIMAH
|
||
8
|
5.30 PTG
|
SESI RAMAH
MESRA DAN BERSURAI
|
|
DEMIKIAN
TADI SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI KELUARGA BESAR HJ ABDUL RAHMAN DAN HJH
ESHAH. SEMOGA PERJUMPAAN PADA KALI INI AKAN LEBIH MENGERATKAN LAGI IKATAN
UKWAH ANTARA KITA SEMUA.
DENGAN
PENUH TAKZIM, SAYA MEWAKILI PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN ATAS KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA HADIRIN YANG SANGGUP
MELUANGKAN MASA DAN MEMBERI KERJASAMA SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN
LANCAR.
MADAH DI
UNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN
DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH
DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI
AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN
YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT
ALAS MENGELAP KENDI
BUDI
YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
MASA HADAPAN
BERJUMPA LAGI
PARA
HADIRIN BOLEHLAH BERAMAH MESRA DENGAN TETAMU-TETAMU YANG HADIR.
SEKIAN SAYA
SUDAHI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
|
TIMAH
|
1 comment:
Hard Rock Hotel & Casino Baltimore - Mapyro
Find 창원 출장안마 all details for Hard Rock 울산광역 출장안마 Hotel & Casino Baltimore in Maryland. 세종특별자치 출장마사지 in 군산 출장마사지 East Baltimore, 아산 출장안마 Maryland. Get directions, reviews, phone numbers, hours,
Post a Comment