MASA : 8 PAGI - 12 TGH
YANG BERBAHAGIA
TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS
YANG
DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA
YANG
BERUSAHA
PUAN
HASHIMAH BINTI HASHIM
PENGETUA
SMK CHERAS JAYA
YANG
DIHORMATI
ENCIK
LOOI CHEE CHOONG
COO
KOLEJ PORTMAN, SRI KEMBANGAN
YANG
DI HORMATI
BARISAN
PENOLONG KANAN
SMK
CHERAS JAYA
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG,
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU KAUNSELING, GURU-GURU DAN PARA IBU
BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA.
|
ALHAMDULILLAH DIPANJATKAN
KESYUKURAN KERANA DENGAN IZIN SERTA RAHMATNYA KITA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK
BERHIMPUN DALAM MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK CHERAS JAYA KALI
KE-14. SEMOGA MAJLIS INI MENJADI BERTAMBAH MERIAH, PENUH CEMERLANG DAN
MEMBAWA MAKNA KEPADA KITA SEMUA.
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA
KASIH DIUCAPKAN KEPADA PARA IBU BAPA KERANA DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK
BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS INI.
Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang di ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.
|
BAGI MEMULIAKAN MAJLIS, MARILAH KITA
SAMA-SAMA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN MEMOHON KEBERKATAN ILAHI DENGAN PENUH
KEINSAFAN , SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA UNTUK KELANCARAN
MAJLIS INI. UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN BIN SAID BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
~
BACAAN DOA~
AMIN…AMIN….YA RABBAL ALAMIN……
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ SHAHRIMAN
BIN SAID ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA
PADA PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.
|
SIDANG
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS PADA PAGI INI DIMULAKAN DENGAN
MENJEMPUT YANG DIHORMATI ENCIK OTHMAN
BIN OMAR, PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID, SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN TAKLIMAT SARANA.
MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA
HORMATNYA.
~ UCAPAN 1 (TAKLIMAT SARANA) ~
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG
DIHORMATI
ENCIK
OTHMAN BIN OMAR ATAS TAKLIMAT SARANA SEBENTAR TADI.
|
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA KITA AKAN SAKSIKAN PULA DENGAN TAYANGAN MULTIMEDIA BERKENAAN DENGAN PROGRAM I-THINK YANG SEDANG
DILAKSANAKAN DI SEKOLAH INI.
SAMA-SAMA
KITA SAKSIKAN.
~TAYANGAN
MULTIMEDIA 1~
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN MULTIMEDIA BERKENAAN DENGAN PROGRAM I-THINK. UNTUK
PENGETAHUAN PARA HADIRIN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA ITU TADI DISEDIAKAN OLEH EN.
SANDERA BIN ABDUL MANAF. TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
|
PARA HADIRIN YAG DIHORMATI,
SETERUSNYA
KITA AKAN DISAJIKAN PULA DENGAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG MEMAPARKAN SEGALA
AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG SEPANJANG
TAHUN. MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.
~TAYANGAN
MULTIMEDIA 2 ~
PARA HADIRIN,
PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ATAU LEBIH DIKENALI PPKI BERMULA DI SMK CHERAS JAYA
PADA TANGGAL 2 JAN 2001. BERMULA DENGAN 6 ORANG PELAJAR DAN 3 ORANG TENAGA
PENGAJAR. PROGRAM INI PADA KETIKA ITU DIKENALI SEBAGAI PENDIDIKAN KHAS
MASALAH PEMBELAJARAN. PROGRAM INI BERFOKUS KEPADA PELAJAR-PELAJAR KHAS YANG
MEMPUNYAI MASALAH PEMBELAJARAN DARIPADA PELBAGAI KATEGORI YANG MEMERLUKAN
PERHATIAN YANG LEBIH.
DARI TAHUN KE
TAHUN BILANGAN PELAJAR YANG MEMASUKI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INI SEMAKIN
BERTAMBAH. TAHUN INI SAHAJA BILANGAN PELAJAR PPKI TELAH MENCECAH SERAMAI 111
ORANG. NISBAH YANG DIBENARKAN DALAM 1 KELAS HANYA ANTARA 5 HINGGA 6 ORANG
SAHAJA. DENGAN KELUASAN KELAS 2.5 KELAS BIASA TERPAKSA MENAMPUNG 111 ORANG
PELAJAR.
UNTUK
MENGATASI MASALAH KESESAKAN INI, PIHAK SEKOLAH TELAH MEMBINA 2 BUAH WAKAF,
NAMUN IANYA MASIH TIDAK DAPAT MEMBERI KEADAAN YANG KONDUSIF UNTUK
PELAJAR-PELAJAR TERSAYANG INI. DALAM KEADAAN SERBA KEKURANGAN INI PUN,
PELAJAR-PELAJAR PPKI MAMPU MENCAPAI KECEMERLANGAN. NAMUN KITA BERHARAP AGAR
MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA MASA HADAPAN.
SEJAK BEBERAPA
TAHUN KEBELAKANGAN INI, PIHAK SEKOLAH TELAH BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN KABIN
DARI PIHAK BERWAJIB,NAMUN MASIH BELUM MEMPEROLEHINYA KERANA SEHINGGA KINI
PERUNTUKAN DIBEKUKAN.
SEBAGAI JALAN
PENYELESAIAN, PIHAK SEKOLAH INGIN MEMBELI SENDIRI 2 BUAH KABIN, MEMANDANGKAN KOSNYA
TERLALU TINGGI MAKA KAMI TIDAK MAMPU MENAMPUNG KESEMUA KOS TERSEBUT.
UNTUK
MEREALISASIKAN HARAPAN SEKOLAH TERCAPI, BESARLAH HARAPAN KAMI AGAR PIHAK IBU
BAPA DAPAT MEMBERI SEDIKIT BANTUAN KEWANGAN BAGI MENAMPUNG SEBAHAGIAN KOS
TERSEBUT.
JIKA ADA
DALAM KALANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG BAIK
DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT TERTENTU YANG BOLEH MENDERMA SEBUAH KABIN AMATLAH
KAMI HARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
UNTUK ITU,
MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PULA TAYANGAN MULTIMEDIA YANG MEMAPARKAN
MASALAH KESESAKAN PELAJAR-PELAJAR PPKI INI.
~TAYANGAN
MULTIMEDIA 3 ~
UNTUK
MAKLUMAN HADIRIN, TAYANGAN MULTIMEDIA SEBENTAR TADI TELAH DISEDIAKAN OLEH PN. MAZIDAH BT BAHARUDDIN DENGAN
KERJASAMA RAKAN-RAKAN MULTIMEDIA SMK
CHERAS JAYA. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.
|
BAGI MENERUSKAN ACARA, PARA HADIRIN AKAN
DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN DARI
PELAJAR-PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DENGAN TAJUK PERSEMBAHAN “CERITERA RAJA HATI”.
DIPERSILAKAN.
~ PERSEMBAHAN DARI PELAJAR-PELAJAR PPKI ~
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENGHIBURKAN SEBENTAR TADI. PERSEMBAHAN
ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PN.
NURUL HUDA BT TASRIF DAN EN. SHAMIM BIN
SHAMSUDDIN. MUDAH-MUDAHAN MASALAH
KESESAKAN PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI INI DAPAT DI ATASI DENGAN
BANTUAN ANDA SEMUA. TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN YANG DIBERIKAN.
|
PARA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN TAKLIMAT DARI
COO KOLEJ PORTMAN. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT ENCIK LOOI CHEE CHOOI, UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA
BERKENAAN DENGAN PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE KOLEJ PORTMAN.
DIPERSILAKAN.
~UCAPAN 2 (WAKIL PORTMAN)~
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK
LOOI CHEE CHOOI ATAS TAKLIMAT SEBENTAR
TADI.
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN, PIHAK MAJLIS
MENJEMPUT EN. MOHD ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH,
PENOLONG KANAN SMK CHERAS DENGAN DIIRINGI ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSUF,
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERAMATA
KEPADA ENCIK LOOI CHEE CHOOI TERIMA KASIH DIUCAPKAN
KEPADA ENCIK MOHD ZULKIFLI BIN AHMAD
KHARMAN SHAH.
|
HADIRIN
YANG DIHORMATI,
SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG
BERUSAHA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~ UCAPAN 3(PENGETUA)~
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA ATAS
KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI.
|
SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA UCAPAN
DARIPADA YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG
DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MELANCARKAN LAMAN
WEB SEKOLAH SERTA MERASMIKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI.
DIPERSILAKAN.
~ UCAPAN 4(YDP) ~
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH
KEPADA YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, ATAS
KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MELANCARKAN LAMAN WEB SEKOLAH SERTA
MERASMIKAN MAJLIS INI.
|
TUAN-TUAN
DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI,
BARISAN JAWATANKUASA PIBG MEMAINKAN PERANAN
YANG SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN PELBAGAI PROGRAM UNTUK PEMBANGUNAN
SEKOLAH INI. DENGAN KERJASAMA SEMUA PELBAGAI PERKARA DAPAT DILAKSANAKAN
DENGAN JAYANYA.
TANPA MEMBUANG MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS DIIRINGI OLEH YANG BERUSAHA PN. HASHIMAH BT HASHIM BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN
SIJIL DAN CENDERAMATA KEPADA BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2013.
DIPERSILAKAN.
~ PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG ~
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN UPACARA
PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI.
****DISINI
ADA SATU PENGUMUMAN, SILA KEMBALIKAN BORANG SOAL SELIDIK SARANA KE DALAM
KOTAK YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN BELAKANG ASTAKA JAYA INI. KERJASAMA ANDA
SEMUA DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
|
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS AKAN DITERUSKAN DENGAN MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-14 YANG AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS. DENGAN ITU SAYA DENGAN HORMATNYA MENYERAHKAN MAJLIS
INI KEPADA YANG DIPERTUA PIBG.
~MESYUARAT PIBG BERLANGSUNG~
|
TUAN-TUAN
DAN PUAN-PUAN,
DEMIKIAN TADI MESYUARAT PIBG TAHUN 2014,
DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA YANG BARU AKAN MENJADIKAN
KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN MENINGKATKAN
TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK SMK CHERAS JAYA.
SETERUSNYA TIBA LAH MASA YANG
DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA CABUTAN NOMBOR BERTUAH. MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PUAN
HASHIMAH BINTI HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN
NOMBOR BERTUAH HADIRIN SEKALIAN DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING.
UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN SETERUSNYA DIPERSILAKAN TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS UNTUK MEMBUAT CABUTAN.
TUAN PUNYA NOMBOR YANG DIUMUMKAN BOLEH
MENUNTUT HADIAH MASING-MASING DI MEJA HADIAH DI SEBELAH KANAN SAYA.
~ PANGGIL 20 NO BERTUAH ~
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN
HASHIMAH BINTI HASHIM DAN TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS ATAS KESUDIAN MENCABUT
NOMBOR BERTUAH ITU TADI DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN YANG BERTUAH
PADA HARI INI.
HADIRIN
SEKALIAN,
DENGAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI,
MAKA BERAKHIRLAH MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2014. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA
PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH
MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.
DENGAN PENUH TAKZIM, MAJLIS TURUT
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA
IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN
LANCAR.
MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
SEKIAN TERIMA KASIH.
|
No comments:
Post a Comment