CERAMAH
KESIHATAN
PROGRAM
PEMBINAAN INSAN INTEGRASI
TARIKH : 25 FEB 2013 (ISNIN)
TARIKH : 25 FEB 2013 (ISNIN)
SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
YANG BERUSAHA
PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK MOHD NAZARUDDIN
BIN MD RAAEE
PENOLONG PEGAWAI
KESIHATAN PERSEKITARAN U29PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT
YANG DIHORMATI
CIK NOORUL AZRIN BT KHALID
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT
YANG DI HORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, PARA GURU, PEGAWAI-PEGAWAI KESIHATAN DAN PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
PUJI DAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT BERKUMPUL DI DATARAN INTEGRASI INI UNTUK MENDENGAR CERAMAH KESIHATAN DARI DUA ORANG PENCERAMAH DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT.
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR KERANA HADIR PADA HARI INI DAN BERPELUANG UNTUK MENDENGAR CERAMAH YANG AKAN DISAMPAIKAN NANTI.
TANPA MEMBUANG MASA, DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT CIK NOORUL AZRIN BT KHALID, PENOONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29, PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BERKENAAN DENGAN PENYAKIT TB ATAU BATU KERING.
DIPERSILAKAN.
CERAMAH 1
PIHAK
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA CIK NOORUL AZRIN ATAS KESUDIAN
MENYAMPAIKAN CERAMAH SEBENTAR TADI.
“MENCEGAH LEBIH BAIK DARI
MENGUBATI.”
SETERUSNYA KITA
DENGARKAN PULA CERAMAH BERKENAAN DENGAN PENYAKIT HIV YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH
ENCIK MOHD NAZARUDDIN BIN MD RAAEE, PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN U29.
DIPERSILAKAN.
CERAMAH 2
TERIMA KASIH DIUCAPKAN
KEPADA ENCIK MOHD NAZARUDDIN BIN MD RAAEE. SEMOGA DEGAN APA YANG
DISAMPAIKAN TADI KITA JADIKAN IKTIBAR
DAN PEDOMAN DALAM MENJALANI KEHIDUPAN INI.SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN, PIHK MAJLIS MENJEMPUT PN. HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS JAYA DIIRINGI EN. OTHMAN BIN OMAR, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERAHATI.
DIPERSILAKAN CIK NOORUL AZRIN BT KHALID UNTUK TAMPIL MENERIMA SIJIL DAN CENDERAHATI. SETERUSNYA, DIPERSILAKAN ENCIK MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD RAAEE.
PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PENGETUA SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERHATI SEBENTAR TADI.
MADAH DIUNGKAP SANTUN BICARA
PANTUN DILANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DIAMPUN SEIKHLAS HATI
UNTUK MAKLUMAN SEMUA,
PAMERAN KESIHATAN AKAN DIADAKAN DI RUANG LEGAR SEKOLAH. PARA PELAJAR BOLEH
MELAWAT PAMERAN TERSEBUT PADA MASA REHAT ATAU MASA PENDIDIKAN JASMANI.DENGAN ITU, MAKA BERAKHIRLAH PROGRAM PEMBINAAN INSAN INTEGRASI PADA PAGI INI. PIHAK MAJLIS MENJEMPUT PENCERAMAH DAN PEGAWAI-PEGAWAI KESIHATAN DIIRINGI BARISAN PENTADBIR UNUTK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN.
SEKIAN TERIMA KASIH.
1 comment:
assalamualaikum..izinkan saya copy
Post a Comment