TEKS
UCAPAN PESTA SEMARAK WARISAN PELBAGAI BUDAYA
TARIKH
: 25 MEI 2016
|
|
1
|
YANG BERUSAHA
ENCIK SHARUDDIN BIN YUSOF
PENGETUA SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
PUAN ZAHANA BINTI HAMZAH
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
MERANGKAP PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU KAUNSELING, RAKAN-RAKAN
GURU SERTA PARA PELAJAR SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
|
2
|
SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH S.W.T , TUHAN SEKALIAN ALAM DENGAN
IZIN-NYA
DAPAT KITA BERKUMPUL DI TAPAK LINDUNGAN SURIA INI UNTUK SAMA-SAMA
MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN PESTA SEMARAK WARISAN PELBAGAI BUDAYA.
|
3
|
PARA GURU DAN PARA PELAJAR SEKALIAN,
PESTA SEMARAK WARISAN INI
MERUPAKAN SALAH SATU AKTIVITI YANG DIRANGKA BAGI MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA
WARGA SEKOLAH KHUSUSNYA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 BERKENAAN DENGAN
NILAI-NILAI SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN.
PESTA SEMARAK WARISAN INI
ADALAH DI BAWAH ANJURAN KELAB RUKUN NEGARA SMK CHERAS JAYA.
TUJUAN UTAMA PROGRAM INI ADALAH UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG
BERSEMANGAT CINTAKAN NEGARA, PRIHATIN DAN BERTANGGNGJAWAB TERHADAP DIRI,
KELUARGA, SEKOLAH DAN MASYARAKAT.
SELAIN DARI ITU, IANYA ADALAH UNTUK MENYEMAI KEMBALI RASA CINTA
TERHADAP WARISAN BUDAYA MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH INI.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, PROJEK INI MELIBATKAN PERYERTAAN SECARA
AKTIF PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 4 SEBAGAI PENGISIAN AKTIVITI KOKURIKLUM.
|
4
|
GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN,
UNTUK TIDAK MELENGGAHKAN MASA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MENJEMPUT
YANG BERUSAHA ENCIK SHARUDDIN
BIN YUSOF , PENGETUA SMK CHERAS JAYA TAMPIL KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN
SEPATAH DUA KATA DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PESTA SEMARAK WARISAN PELBAGAI BUDAYA.
DIPERSILAKAN.
(BUNYI GONG)
|
5
|
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA ENCIK SHARUDDIN BIN YUSOF ATAS KESUDIAN MERASMIKAN MAJLIS, SEBAGAI TANDA
PENGHARGAAN, MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PUAN ANITA MAZLINA
BINTI AZMAN ARASH UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA ENCIK
SHARUDDIN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
KERANA SUDI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI SEBENTAR TADI.
|
6
|
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN,
DENGAN PUKULAN GONG ITU TADI MAKA RASMILAH SUDAH PESTA WARISAN
PELBAGAI BUDAYA.
SEBAGAI HIBURAN KITA BERSAMA MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN
PERSEMBAHAN TRADISIONAL KAUM CINA ATAU DIKENALI YOYO CINA DAN PERSEMBAHAN TARIAN PELBAGAI KAUM OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 2.
DIPERSILAKAN.
|
8
|
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN YANG SUNGGUH MENGASYIKKAN. PERSEMBAHAN YOYO
CINA ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PUAN NG LEE CHING DAN TARIAN DI BAWAH
BIMBINGAN PN. NORLIZA, PN. MEGALAI, PN. SUMATHI DAN JUGA PN. NG LEE CHING.
|
9
|
GURU-GURU DAN PARA PELAJAR SEKALIAN,
BERSEMPENA DENGAN PESTA SEMARAK
WARISAN PELBAGAI BUDAYA PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIRANCANG BAGI
MENGETENGAHKAN BEBERAPA ASPEK KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA.
ANTARA AKTIVITI YANG AKAN
DIJALANKAN ADALAH,
1. PERTANDINGAN GUBAHAN
HANTARAN
2. PERTANDINGAN MENGHIAS TANGLUNG
3. PERTANDINGAN MEMBUAT KOLAM
4. TELEMATCH WARISAN
5. PAMERAN MAKANAN WARISAN BUDAYA
6. PERMAINAN TRADISIONAL SEPERTI :
- BATU SEREMBAN
- BALING SELIPAR DAN
- PERMAINAN GULI
|
10
|
DENGAN PELBAGAI AKTIVITI YANG TELAH DISEDIAKAN INI, ADALAH MENJADI
HARAPAN AGAR PARA PELAJAR DAPAT MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF DAN DAPAT
MEMUPUK KERJASAMA DI ANTARA SATU SAMA LAIN SERTA KEYAKINAN DALAM DIRI SEMASA
MENGENDALIKAN TUGASAN ATAU PERTANDINGAN YANG AKAN DISERTAI NANTI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
|
Tuesday, 24 May 2016
PESTA SEMARAK WARISAN PELBAGAI BUDAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)