SEBELUM
MAJLIS BERMULA
|
||
|
·
MOHON PARA
HADIRIN PENUHKAN RUANG TEMPAT DUDUK DIHADAPAN
·
MATIKAN TELEFON
BIMBIT SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG
·
MOHON PARA
HADIRIN TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEHINGGA MAJLIS SELESAI KERANA INI
MERUPAKAN MAJLIS RASMI SEKOLAH DAN ADA CABUTAN BERTUAH DI AKHIR MAJLIS NANTI
·
DAN TETAMU DIMINTA
BERDIRI KETIKA VVIP BERJALAN MASUK
|
|
PEMBENTANGAN
PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI
|
FATIMAH
|
|
1
|
YANG DIHORMATI
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN,
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU KAUNSELING, RAKAN-RAKAN GURU DAN PARA
IBU BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
|
|
2
|
PUJI DAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA
DENGAN LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT BERKUMPUL DI PAGI YANG MULIA DAN INDAH INI
UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2016.
SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
SEKALIAN.
UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
PIHAK SEKOLAH AKAN MENERUSKAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI MURID TERUTAMANYA
DARI ASPEK AKADEMIK DAN KEMENJADIAN MURID. UNTUK MEMBENTANGKAN
PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI MURID, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT
PUAN
ASMA BT DERAHMAN, GURU KANAN MATA PELAJARAN KEMANUSIAAN, SMK CHERAS JAYA TAMPIL
KE PENTAS.
DIPERSILAKAN.
PEMBENTANGAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN ASMA ATAS PENERANGAN YANG BEGITU
JELAS. SEMOGA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DAPAT MEMBERI SEMANGAT KEPADA ANAK-ANAK
UNTUK MEREKA TURUT SERTA DALAM SETIAP PROGRAM YANG TELAH DIATURKAN OLEH PIHAK
SEKOLAH.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI, MAJLIS
AKAN DITERUSKAN DENGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16.
|
PN. ASMA
|
PENGUMUMAN
KETIBAAN
|
||
3
|
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA,
DATUK DR. HJ. MOHD FATHIL BIN
DAUD,PENYELARAS DEWAN UNDANGAN BANGI,
DENGAN DIIRINGI OLEH PENGETUA,
PENTADBIR SEKOLAH DAN DIF-DIF JEMPUTAN.
HADIRIN MOHON BERDIRI.
SEBAGAI TANDA CINTA AKAN NEGARA,
MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.
NYANYIAN
LAGU NEGARAKU
TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS NYANYIAN
SEBENTAR TADI.
HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.
|
-TUNGGU VIP DAN SEMUA PENTADBIR BERDIRI
DI TEMPAT DUDUK.
|
KATA
ALU-ALUAN
|
||
4
|
ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA,
PEMBUKA
KATA LIDAH BICARA,
IZINKAN
SAYA MULAKAN ACARA,
SEMOGA
MAJLIS DISAMBUT CERIA.
KOMPANG
BERGEMA PUSAKA BANGSA,
DIPALU
OLEH SI ANAK MUDA,
HADIR
TUAN MERIAH SUASANA,
KAMI
MENYAMBUT PENUH GEMBIRA.
YANG BERBAHAGIA,
DATUK DR. HJ. MOHD FATHIL BIN DAUD (DIWAKILI OLEH : DATO HAJI ABDUL KADIR
BIN SELAMAT)
DMSM, PJK, JP
(NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN
SERDANG)
PENYELARAS DEWAN UNDANGAN BANGI
YANG BERUSAHA
ENCIK SHARUDDIN BIN YUSOF
PENGETUA SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS
YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
DR MUHD SHAHARIN BIN UMAR
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
YANG DIHORMATI
ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR
PENOLONG KANAN PETANG
YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN,
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, GURU-GURU KAUNSELING, GURU-GURU DAN PARA IBU
BAPA YANG DIHORMATI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
ALHAMDULILLAH DIPANJATKAN KESYUKURAN,
KERANA DENGAN IZIN SERTA LIMPAH RAHMATNYA KITA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK
BERHIMPUN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2016.
SEMOGA MAJLIS INI MENJADI BERTAMBAH
MERIAH, PENUH CEMERLANG DAN MEMBAWA MAKNA KEPADA KITA SEMUA. PASTINYA
PERTEMUAN PADA HARI INI BERTUJUAN UNTUK BERTUKAR PANDANGAN DAN PEMIKIRAN
MEMBINA, KE ARAH MEMBANTU PIHAK SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK
KITA KHUSUSNYA DALAM BIDANG AKADEMIK DAN DUNIA PENDIDIKAN SETERUSNYA
MENJULANG NAMA SMK CHERAS JAYA SAMA ADA DI BIDANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM
MAHUPUN SAHSIAH PELAJAR.
|
FATIMAH
|
BACAAN
DOA
|
||
5
|
BAGI MEMBERKATI MAJLIS, MARILAH
SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN KEHAMBAAN DENGAN PENUH KEINSAFAN, SEMOGA ALLAH
MELIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA UNTUK KELANCARAN MAJLIS PADA HARI INI.
UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHIL
USTAZ ADIB BIN RAMLI BAGI MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
BACAAN DOA
AMIN…AMIN….YA RABBAL ALAMIN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ ADIB BIN RAMLI ATAS PIMPINAN BACAAN DOA
ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE
PENGHUJUNGNYA.
|
USTAZ ADIB
- AINI
|
PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA
|
||
6
|
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI,
BARISAN JAWATANKUASA PIBG MEMAINKAN
PERANAN YANG SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN PELBAGAI PROGRAM UNTUK
PEMBANGUNAN SEKOLAH INI. DENGAN KERJASAMA SEMUA, PELBAGAI PERKARA DAPAT
DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.
PELBAGAI AKTIVITI TELAH DILAKSANAKAN
SEPANJANG TAHUN 2015 SEHINGGA MAC 2016 YANG MELIBATKAN PENCAPAIAN DAN
PENGLIBATAN DALAM UNIT KURIKULUM, KOKURIKULUM MAHUPUN UNIT HAL EHWAL MURID.
SELAIN DARI ITU PELBAGAI AKTIVITI LAGI YANG MELIBATKAN PERKEMBANGAN DAN
PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH DARI SEGI TANDAS PELAJAR, BUMBUNG LINDUNGAN
SURIA, KANTIN DAN GELANGGANG SERBAGUNA.
TANPA MEMBUANG MASA, MARILAH SAMA-SAMA
KITA SAKSIKAN TAYANGAN MULTIMEDIA AKTIVITI DAN PROJEK YANG TELAH DILAKSANAKAN
OLEH PIHAK SEKOLAH DENGAN BANTUAN DAN SOKONGAN PARA IBU BAPA SEKALIAN.
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
DEMIKIAN TADI TAYANGAN MULTIMEDIA
.
|
HANIZA
- FATIMAH
|
UCAPAN
1(PENGETUA)
|
||
7
|
SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA
MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, ENCIK
SHARUDDIN BIN YUSOF, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
ALU-ALUAN. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 1(PENGETUA)
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA ENCIK SHARUDDIN BIN YUSOF,
PENGETUA SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN ITU
TADI.
|
UCAPAN PENGETUA
- AINI
|
UCAPAN
2(YDP)
|
||
8
|
SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA UCAPAN
DARIPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA
PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.
UCAPAN 2(YDP)
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH
KEPADA YANG DIHORMATI TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, ATAS KESUDIAN
MENYAMPAIKAN UCAPAN SEBENTAR TADI.
|
UCAPAN YDP PIBG
- FATIMAH
|
UCAPAN
3 (PERASMIAN)
|
||
9
|
HADIRIN SEKALIAN,
BERTONGGAKKAN ADAT, YANG DATANG
DISAMBUT,YANG PERGI DIIRINGI,
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI
MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA, DATUK DR. HJ. MOHD FATHIL BIN DAUD
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16. MAJLIS
MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
UCAPAN 3 (PERASMIAN)
BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN
SETINGGI –TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERBAHAGIA, DATUK DR. HJ. MOHD FATHIL BIN DAUD
, MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA
MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16.
|
UCAPAN VIP
- AINI
|
TARIAN
ZAPIN GERUA
|
||
10
|
HADIRIN SEKALIAN,
BAGI MENERUSKAN ACARA, MARILAH
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN TARIAN ZAPIN
GERUA YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN
OLEH ANAK-ANAK KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI).
DIPERSILAKAN.
TARIAN ZAPIN GERUA
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI. SESUNGGUHNYA WALAUPUN MEREKA DI BAWAH PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, MEREKA MAMPU MELAKUKAN YANG TERBAIK. UNTUK
PENGETAHUAN PARA HADIRIN, PERSEMBAHAN ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PUAN
SYAMSUZANA DAN PUAN NURUL HUDA.
|
SYAMSUZANA
- FATIMAH
|
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG
|
||
11
|
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG
BERBAHAGIA, DATUK DR. HJ. MOHD FATHIL
BIN DAUD, PENYELARAS DUN BANGI,
DENGAN DIIRINGI OLEH YANG DIHORMATI TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA BAGI
MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEPADA BARISAN AHLI
JAWATANKUASA PIBG SESI 2015/2016****
DIPERSILAKAN.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG
BERBAHAGIA, DATUK DR. HJ. MOHD FATHIL BIN DAUD KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN
UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAHATI ITU TADI.
ANAK HARUAN BERLIMA-LIMA
MATI DITIMPA PUNGGUR BERDAUN
BUDI TUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTAHUN-TAHUN
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA
KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, MAJLIS MEMPERSILAKAN TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA
UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK DR. HJ. MOHD FATHIL,
SESUNGGUHNYA KESUDIAN DATUK HADIR KE MAJLIS KAMI MERUPAKAN SATU SUNTIKAN
SEMANGAT BUAT KAMI SEMUA DI SMK CHERAS JAYA DAN PARA IBU BAPA UNTUK TERUS
BERUSAHA DEMI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK YANG KAMI KASIHI. TERIMA KASIH SEKALI
LAGI. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS, ATAS
KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA DATUK.
PILIH ANTAH BUANGKAN DEDAK,
BERAS SEGANTANG PULANG DISANJUNG,
ENTAH TERBALAS ENTAH TIDAK,
JASAMU TUAN TETAP DISANJUNG.
SETERUSNYA KEBERANGKATAN PULANG DATUK
DR. HJ. MOHD FATHIL BIN DAUD, DENGAN DIIRINGI OLEH BARISAN PENTADBIR SMK
CHERAS JAYA.
|
VIP DAN YDP PIBG
|
MESYUARAT
AGUNG PIBG
|
||
12
|
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS MEGALU-ALUKAN KEHADIRAN PENGETUA SMK CHERAS JAYA, YANG DIPERTUA
PIBG, NAIB YANG DIPERTUA PIBG, BARISAN EX-OFICIO DAN BARISAN AHLI
JAWATANKUASA PIBG.
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MESYUARAT
AGUNG PIBG TAHUN 2016 YANG AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS. DENGAN ITU SAYA DENGAN HORMATNYA MENYERAHKAN MAJLIS INI
KEPADA YANG DIPERTUA PIBG.
MESYUARAT
AGUNG PIBG
|
SUSUN KERUSI DI PENTAS. SEMUA DUDUK
BARU MULA.
|
CABUTAN
NOMBOR BERTUAH
|
||
13
|
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
DEMIKIAN TADI MESYUARAT AGUNG PIBG
TAHUN 2016, DIHARAPKAN DENGAN PERLANTIKAN AHLIJAWATANKUASA YANG BAHARU AKAN
MENJADIKAN KITA SEMUA LEBIH BERSATU PADU DEMI MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN
MENINGKATKAN TAHAP KECEMERLANGAN ANAK-ANAK SMK CHERAS JAYA.
SETERUSNYA TIBA LAH MASA YANG
DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA CABUTAN NOMBOR BERTUAH. MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MENJEMPUT YANG DIHORMATI TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS, YANG
DIPERTUA PIBG UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN NOMBOR BERTUAH. HADIRIN SEKALIAN
DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING.
PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH
UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN SETERUSNYA
DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA ENCIK
SHARUDDIN BIN YUSOF, PENGETUA
SMK CHERAS JAYA UNTUK MEMBUAT CABUTAN.
TUAN PUNYA NOMBOR YANG DIUMUMKAN BOLEH
MENUNTUT HADIAH MASING-MASING DI MEJA HADIAH DI SEBELAH KANAN SAYA.
PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK SHARUDDIN BIN YUSOF DAN TUAN HAJI AZMAN BIN IDRIS ATAS
KESUDIAN MENCABUT NOMBOR BERTUAH ITU TADI DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
HADIRIN YANG BERTUAH PADA HARI INI.
HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI,
MAKA BERAKHIRLAH MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2016. SAYA MEWAKILI JAWATANKUASA
PELAKSANA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG TELAH
MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS
INI.
DENGAN PENUH TAKZIM, MAJLIS TURUT
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN PARA
IBU BAPA YANG SANGGUP MELUANGKAN MASA SEHINGGA MAJLIS INI BERJALAN DENGAN
LANCAR.
MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
SEKIAN TERIMA KASIH.
|
CABUTAN NOMBOR BERTUAH
|
Wednesday, 9 March 2016
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 ( 5 MAC 2016)
Subscribe to:
Posts (Atom)