TEKS
UCAPAN
PERKHEMAHAN
MASA 2015
Yang dihormati,
Cik Rohana bt Ismail
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik
SMK Cheras Jaya
Yang dihormati,
Pn. Rashidah bt Yusof
Ketua Panitia Matematik
Yang dihormati,
Pn. Lee Lee Ee
Ketua Panitia Sains
Yang dihormati
Cik Rafidah bt Asmali
Mantan pelajar SMK Cheras Jaya
Rakan-rakan guru, fasilitator dan peserta-peserta
perkhemahan Masa pada hari ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada
anda semua kerana dapat menyertai perkhemahan MaSa pada hari ini. Sesungguhnya
anda adalah dikalangan yang bertuah kerana berpeluang untuk menyertai dan
mengenali dengan lebih dekat lagi dengan ilmu sains dan matematik dalam
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti.
Bagi memberkati Program Perkhemahan MaSa pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa oleh saudara Aidil Yakin bin Mohamad Saleh dari tingkatan 5
Amanah.
Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal’alamin………terima kasih diucapkan
kepada saudara Aidil Yakin atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Mudah-mudahan segala aktiviti yang dirancang pada hari ini dapat dijalankan
dengan jayanya sehingga ke penghujungnya.
Tema perkhemahan MaSa pada tahun ini ialah
“Sains dan
Matematik Pencetus Idea Cipta”
Untuk makluman semua, tahun ini adalah merupakan tahun
ke-5 perkhemahan seumpama ini diadakan dengan pelbagai aktiviti yang telah
dirancang oleh para guru yang bertujuan untuk menarik minat anda semua untuk
lebih meminati, mendalami dan menguasai ilmu sains dan matematik.
Tanpa membuang masa, saya menjemput Guru
Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik , Cik Rohana bt Ismail untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana bt Ismail, semoga apa yang disampaikan sebentar tadi
menjadi sumber inspirasi untuk anda semua menyahut cabaran untuk terus
meningkatkan potensi dan bakat yang ada pada diri.
Seterusnya saya menjemput Cik Rafidah Asmali bt Marjuki.
Sebelum itu, saya perkenalkan Cik Rafidah Asmali bt Marjuki merupakan
bekas pelajar SMK Cheras Jaya yang menduduki SPM pada tahun 2012 di sekolah ini. Seterusnya
beliau melanjutkan pelajaran ke tingatan 6 di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 dan
telah pun menerima keputusan peperiksaan STPM baru-baru ini dan kini menunggu
keputusan untuk melanjutkan pelajaran.
Dengan ini saya menjemput Cik Rafidah Asmali bt Marjuki untuk
pengisian slot motivasi pada pagi ini.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Rafidah Asmali bt Marjuki kerana sudi hadir pada pagi ini untuk
menyampaikan slot motivasi. Semoga perkongsian yang disampaikan sebentar tadi menjadikan anda semua lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan berjaya dalam hidup.
Untuk makluman anda semua, Cik Rafidah Asmali merupakan pelajar yang aktif di sekolah ini. Beliau sering menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik.
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan dari
pihak sekolah, dengan ini saya menjemput Cik
Rohana bt Ismail, dengan diiringi oleh Pn. Rashidah bt Yusuf, untuk menyampaikan cenderahati dan sijil kepada Cik Rafidah Asmali bt Marjuki.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Rohana bt Ismail atas penyampaian cenderahati itu tadi.
Untuk makluman semua, satu lagi aktiviti koakademik anjuran Bidang Sains dan Matematik adalah minggu Sains dan Matematik yang akan dilaksanakan pada 22- 31 Julai 2015.
Bagi meneruskan program pada pagi ini…saya serahkan
kepada Pn. Rohana bt Abdul Samad
untuk mengendalikan permainan Neuro-Telematch.
Dipersilakan.