MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA DATO’ HOH HEE LEE, PENASIHAT PEMADAM DAERAH HULU LANGAT, DENGAN DIIRINGI BARISAN PENTADBIR SMK CHERAS JAYA MASUK KE DEWAN DAN SETERUSNYA MENGAMBIL TEMPAT DI HADAPAN PENTAS.
SEBAGAI TANDA CINTA AKAN NEGARA, MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU
NEGARAKU.
~~~~~NYANYIAN
LAGU NEGARAKU~~~~~
MOHON PARA HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT.
ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
PEMBUKA
KATA LIDAH BICARA
IZINKAN
SAYA MULAKAN ACARA
SEMOGA
MAJLIS DISAMBUT CERIA
KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU
OLEH SI ANAK MUDA
HADIR
TUAN MERIAH SUASANA
KAMI
MENYAMBUT PENUH GEMBIRA
YANG BERBAHAGIA
DATO’ HOH HEE LEE
PENASIHAT PEMADAM DAERAH HULU LANGAT
YANG BERUSAHAPUAN HASHIMAH BT HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS JAYA
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
YANG DIHORMATI
EN.TERMIZI BIN MOHD TAHIR
PENOLONG KANAN PETANG
YANG DIHORMATI
EN.AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, RAKAN-RAKAN
GURU, PARA IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YANG DIRAIKAN SEKALIAN.
MAJLIS
TERLEBIH DAHULU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO’ HOH HEE LEE
KE MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2013 DENGAN
TEMA PADA TAHUN INI ‘KECEMERLANGAN PEMACU KEJAYAAN’. MAJLIS
JUGA TURUT MERAKAMKAN SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN DAN
KESUDIAN PARA IBU BAPA DAN PENJAGA UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS INI.
BUNGA
MAWAR CANTIK TERSEMAT,
DIPETIK
GADIS DI TEPIAN TITI,
DOA
DIBACA MEMOHON RAHMAT,
SEMOGA
MAJLIS SENTIASA DIBERKATI
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA PAGI INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA
MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH USTAZ
SHAHRIMAN BIN SAID.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN USTAZ NAIK KE PENTAS.
~~~~~BACAAN
DOA~~~~~
AMIN…AMIN….YA RABBAL ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA USTAZ SHAHRIMAN BIN SAID ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI.
MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI MENDAPAT RAHMAT HINGGA PENGHUJUNGNYA.
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA INI IALAH MAJLIS PENGIKTIRAFAN YANG
DIBERIKAN OLEH PIHAK SEKOLAH KEPADA PARA PELAJAR YANG MENUNJUKKAN KOMITMEN YANG
PADU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN. PIHAK SEKOLAH BERHARAP PENGIKTIRAFAN
INI DAPAT MENJADI MOTIVASI DAN SEMANGAT KEPADA SETIAP MURID UNTUK MENCONTOHI
ATAU MENGULANGI KEJAYAAN YANG SAMA ATAU LEBIH BAIK PADA TAHUN-TAHUN BERIKUTNYA.
SESUNGGUHNYA PIHAK SEKOLAH AMAT MENGHARGAI SUMBANGAN YANG TELAH DICURAHKAN OLEH
PARA PELAJAR DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2013.
HARAPAN SEKOLAH JUGA, DENGAN ADANYA MAJLIS SEUMPAMA INI, DAPAT
MENYUNTIK SEMANGAT PARA PELAJAR AGAR MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT SEKOLAH
TERCINTA. JANGAN TANYA APA YANG SEKOLAH BERI KEPADA ANDA TETAPI, TANYALAH APA
YANG TELAH ANDA BERI KEPADA SEKOLAH.
HADIRIN YANG BUDIMAN,
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2013 DITERUSKAN LAGI DENGAN UCAPAN ALU-ALUAN
DARIPADA YANG BERUSAHA PUAN HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS
JAYA. DENGAN SEGALA HORMATNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN PN. HASHIMAH NAIK KE
PENTAS.
~~~~UCAPAN
1 (PENGETUA)~~~~
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA PUAN HASHIMAH BT HASHIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN
SEBENTAR TADI.
HADIRIN SEKALIAN,
BAGI MENERUSKAN MAJLIS, KITA DENGARKAN PULA UCAPAN DARIPADA TETAMU KEHORMAT KITA. SEBELUM
ITU, IZINKAN SAYA MEMBACAKAN BIODATA RINGKAS YANG BERBAHAGIA DATO’ HOH HEE LEE.
~~~~~BACA
BIODATA VVIP~~~~~
UNTUK ITU MAJLIS BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATO’ HOH HEE LEE, PENASIHAT PEMADAM DAERAH HULU LANGAT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN
SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2013.
DIPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA
DATO’ HOH HEE LEE NAIK KE PENTAS.
~~~~~UCAPAN
2 (VVIP)~~~~~
~~~~~PERSEMBAHAN
1~~~~~(GIMIK)
PERSEMBAHAN
3 SERANGKAI (KOMPANG, FORMASI RINGKAS KAWAD KAKI KRS & AEROBIK)
PERSEMBAHAN
POWER POINT (AKTIVITI LUAR KOKU, HEM & PPKI)~~~~~
BUAH
SELASIH DI DALAM PUAN,
DIBAWA
GADIS KE TENGAH LAMAN,
TAKKAN
HILANG JASAMU TUAN,
JADI
INGATAN SEPANJANG ZAMAN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO’ HOH HEE LEE, ATAS UCAPAN DAN KESUDIAN
UNTUK MERASMIKAN MAJLIS SEBENTAR TADI. UNTUK PENGETAHUAN PARA HADIRIN, BELIAU
JUGA MERUPAKAN JAWATANKUASA PEMULIHAN DAN RAWATAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
(ADDK).
HADIRIN SEKALIAN,
ACARA SETERUSNYA MERUPAKAN ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU UPACARA
PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG YANG PERTAMA.
DIMULAI DENGAN ANUGERAH
PENTAULIAHAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS). ANUGERAH INI DIBERIKAN
KEPADA PELAJAR YANG TELAH MENJALANI UJIAN KELAYAKKAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT
DARI KOPRAL KE STAF SARJAN DAN SETERUSNYA KE PANGKAT PEGAWAI WARAN 2.
UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR,
PENOLONG KANAN PETANG, UNTUK MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH DENGAN
DIIRINGI ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOF, PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS.
~~~~~PENYAMPAIAN
ANUGERAH SIDANG 1~~~~~
~~~BACA
PENTAULIAHAN KRS DAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG~~~~~
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR ATAS
KESUDIAN MENYAMPAKAN ANUGERAH KEPADA PARA PELAJAR. SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN
MAJLIS MEMPERSILAKAN ENCIK AZAHARI BIN
MOHD YUSOF UNTUK MEYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA EN. TERMIZI BIN MOHD TAHIR.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK
AZAHARI BIN MOHD YUSOF.
HADIRIN SEKALIAN,
SMK CHERAS JAYA TIDAK PERNAH KETANDUSAN DALAM MELAHIRKAN
PELAJAR-PELAJAR YANG BERBAKAT DALAM PELBAGAI BIDANG. SETERUSNYA TERIMALAH
PERSEMBAHAN SEMARAK TEATER YANG BERTAJUK
BUKAN BUANGAN YANG AKAN DISAMPAIKAN
OLEH PELAJAR-PELAJAR SESI PAGI SMK CHERAS JAYA.
MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN,
~~~~~PERSEMBAHAN
2 (SEMARAK TEATER - BUKAN BUANGAN)~~~~~
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENGHIBURKAN
SEBENTAR TADI. PERSEMBAHAN ITU TADI
ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PUAN NORLIZA BT ZULKAPLI. UNTUK PENGETAHUAN PARA
HADIRIN PERSEMBAHAN ITU TADI TELAH MEWAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN SEMARAK
TEATER YANG DI ADAKAN DI DEWAN MPAJ DAN WATAK PAK YOL DICALONKAN SEBAGAI
PELAKON LELAKI TERBAIK.
HADIRIN SEKALIAN,
ANUGERAH BERIKUTNYA IALAH ANUGERAH
KEPIMPINAN CEMERLANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG
MENUNJUKKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN DALAM MEMBANTU GURU UNTUK MELANCARKAN
PERJALANAN UNIT MASING-MASING.
DENGAN INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI ENCIK OTHMAN BIN OMAR, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, DIIRINGI ENCIK TERMIZI BIN MOHD TAHIR, PENOLONG
KANAN PETANG UNTUK MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH BAGI SIDANG YANG
KE DUA.
~~~~~PENYAMPAIAN
ANUGERAH SIDANG 2~~~~~
~~~~~BACA
ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG~~~~~
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK OTHMAN BIN OMAR, ATAS KESUDIAN MENYAMPAKAN ANUGERAH KEPADA
PARA PELAJAR.PIHAK MAJLIS MEMPERSILAKAN EN.TERMIZI
BIN MOHD TAHIR UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA ENCIK OTHMAN BIN OMAR. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN.TERMIZI BIN MOHD TAHIR.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS BERHENTI SEKETIKA UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PERSEMBAHAN
PELAJAR. UNTUK ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN GUZHEN YANG AKAN DIMAINKAN OLEH ADIK MAH JIN MIN DAN DIIRINGI DENGAN TARIAN KIPAS DARI PELAJAR-PELAJAR PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SERTA NYANYIAN SOLO YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH
SAUDARA AMEER KHUSYAIRI BIN ZILKARNAIN DENGAN TAUK LAGU ‘BAHAGIAMU DERITAKU’.
UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~~~~~PERSEMBAHAN
3~~~~~
(PERSEMBAHAN
PPKI – ALAT MUZIK GUZHEN OLEH MAH JIN MIN DIIRINGI TARIAN KIPAS DAN NASYID)
DEMIKIAN TADI BAKAT PERSEMBAHAN BERMAIN GUZHEN YANG ADA PADA ADIK MAH
JIN MIN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MEMBAT PERSEMBAHAN
ITU TADI. UNTUK MAKLUMAN SEMUA PERSEMBAHAN KIPAS ITU TADI ADALAH DI BAWAH
BIMBINGAN PN. SYAMSUZANA BT SAMSUDIN
DAN PN. NURULHUDA BT MOHD TASRIF.
HADIRIN YANG BUDIMAN,
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENGANUGERAHAN BERIKUTNYA. ANUGERAH BERIKUTNYA IALAH ANUGERAH KELAS TERBERSIH. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA KELAS YANG MENCATAT REKOD KEBERSIHAN PALING BANYAK BERMULA BULAN JAN SEHINGGA BULAN OGOS.
BAGI MENYAMPAIKAN ANUGERAH, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG DIHORMATI PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT, PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA, DIIRINGI ENCIK OTHMAN BIN OMAR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SMK CHERAS JAYA.
DIPERSILAKAN.
~~~~~PENYAMPAIAN
ANUGERAH SIDANG 3~~~~
PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT ATAS KESUDIAN
MENYAMPAIKAN ANUGERAH KEPADA PARA PELAJAR SEBENTAR TADI.SEBAGAI TANDA
PENGHARGAAN, DIPERSILAKAN ENCIK OTHMAN
BIN OMAR UNTUK MENYAMPAIAKN CENDERAMATA KEPADA PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK
OTHMAN BIN OMAR
PARA HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA SUARA MERDU NYANYIAN DUET YANG AKAN
DIPERSEMBAHKAN OLEH SAUDARA AMEER QUSYAIRI DAN SAUDARA ISMAWI ISMAIDI DENGAN LAGU YANG BERTAJUK KEKASIH AWAL DAN AKHIR SERTA TARIAN TANDAK
SEIRAMA 1 MALAYSIA DARI PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS.
DIPERSILAKAN.
~~~~~
PERSEMBAHAN 4(NYANYIAN DUET DAN PERSEMBAHAN PPKI
–TARIAN
TANDAK SEIRAMA 1 MALAYSIA)~~~~
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DUET DAN TARIAN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH
PELAJAR-PELAJAR SMK CHERAS JAYA. SESUNGGUHNYA PELAJAR SMK CHERAS JAYA
,MEMPUNYAI PERMATA YANG BERKILAU JIKA DI ASAH DENGAN PENUH KESABARAN.HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS PENGANUGERAHAN DITERUSKAN LAGI DENGAN ANUGERAH KELAB, PERSATUAN,
UNIT BERUNIFORM DAN KELAB SUKAN / PERMAINAN YANG PALING AKTIF DALAM MENJALANKAN
AKTIVITI DALAM UNIT MASING-MASING.
BAGI MENYAMPAIKAN ANUGERAH, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
YANG BERUSAHA PN. HASHIMAH BT HASHIM, PENGETUA SMK CHERAS
JAYA DIIRINGI PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA.
DIPERSILAKAN.
~~~~~PENYAMPAIAN
ANUGERAH SIDANG 4~~~~~
~~~~~BACA
ANUGERAH BINTANG SUKAN~~~~
PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN. HASHIMAH BT HASHIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN ANUGERAH KEPADA
PARA PELAJAR SEBENTAR TADI.SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN, DIPERSILAKAN PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT UNTUK
MENYAMPAIAKN CENDERAMATA KEPADA PN. HASHIMAH.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN SOFIA NOR BT MOLHIT.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA KITA SAKSIKAN PULA PERSEMBAHAN PUISI DAN LAGU YANG BERTAJUK
POTRET DIIKUTI LAGU ‘HANYA AKU’ YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH SAUDARI AIDA
SHAFINAZ BT KHAIRUDDIN DAN SAUDARA ISMAWI BIN ISMAIDI.
MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA.
~~~~~PERSEMBAHAN
5 (PUISI & LAGU (SAJAK DAN LAGU BERTAJUK POTRET & LAGU HANYA AKU)~~~~~~
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENGHIBURKAN. SESUNGGUHNYA
PELAJAR-PELAJAR INI JIKA DIASUH DAN DIDIDIK OLEH GURU-GURU YANG DEDIKASI MEREKA
MAMPU MENONJOLKAN BAKAT DALAM PELBAGAI BIDANG.
SETERUSNYA MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN POWER POINT BAGI
ANUGERAH KHAS JURI.
~~~~~PERSEMBAHAN
POWER POINT (ANUGERAH KHAS JURI)~~~~
HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2013 TIBA DI KEMUNCAKNYA IAITU PENYAMPAIAN
ANUGERAH BAGI KATEGORI BINTANG SUKAN. ANUGERAH INI DIANUGERAHKAN KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA
MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI MAHUPUN KEBANGSAAN. MUDAH-MUDAHAN MEREKA
AKAN TERUS MENJADI BINTANG YANG BERKILAU DAN SETERUSNYA MENJULANG NAMA SEKOLAH
DI PERSADA SUKAN TANAH AIR.
BAGI MENYAMPAIKAN ANUGERAH, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATO’ HOH LEE LEE, DIIRINGI OLEH PENGETUA SMK CHERAS JAYA, PN. HASHIMAH BT HASHIM UNTUK MENYEMPURNAKAN
PENYAMPAIAN ANUGERAH BERIKUTNYA.
~~~~~PENYAMPAIAN
HADIAH SLOT 5~~~~~
~~~~~BACA
ANUGERAH BINTANG SUKAN~~~~
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATO’ HOH LEE LEE, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN ANUGERAH.SEBAGAI
TANDA PENGHARGAAN YG TIDAK TERHINGGA, PIHAK MAJLIS MENJEMPUT PN. HASHIMAH BT HASHIM UNTUK
MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YANG
BERBAHAGIA DATO’ HOH LEE LEE.
~~~~TUNGGU
VVIP DUDUK~~~~~
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU YANG
TELAH MENERIMA ANUGERAH PADA HARI INI. SEMOGA ANUGERAH YANG DITERIMA DAPAT
MELONJAKKAN PRESTASI SEKOLAH PADA MASA AKAN DATANG.
MADAH
DIUNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN
DILANTUN MENGUSIK HATI,
SALAH
DAN SILAP TUTUR BICARA,
POHON
DIAMPUN SEIKHLAS HATI.
TENANG-TENANG
AIR DI LAUT,
SAMPAN
KOLEK MUDIK KE TANJUNG,
HATI
TERKENANG MULUT MENYEBUT,
BUDI
TUAN RASA NAK JUNJUNG
MAJLIS BAGI PIHAK TUAN RUMAH SMK CHERAS JAYA MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA
KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA HADIRIN ATAS KESUDIAN BERSAMA-SAMA
MERAIKAN MAJLIS PADA HARI INI. KAMI DARI PIHAK MAJLIS JUGA MEMOHON KEMAAFAN
JIKA TERDAPAT SEBARANG KECACATAN SEPANJANG PERJALANAN MAJLIS INI.
BAGI MENUTUP
TIRAI MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2013, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYANYIKAN
LAGU TERIMA KASIH DAN LAGU NYALAKAN TEKAD.
HADIRIN
DIMINTA BERADA DI TEMPAT DUDUK MASING-MASING.
~~~~~NYANYIAN LAGU
TERIMA KASIH & NYALAKAN TEKAD~~~~~
DENGAN
NYANYIAN ITU TADI,MAKAN BERAKHIRLAH MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2013 DENGAN
TEMA KECEMERLANGAN PEMACU KEJAYAAN.
HADIRIN SEKALIAN,
DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN TETAMU KEHORMAT KITA DIIRINGI BARISAN
PENTADBIR UNTUK BEREDAR KE BILIK JAMUAN UNTUK MENIKMATI HIDANGAN TENGAHARI.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
PARA HADIRIN JUGA DIPERSILAKAN UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAMU SELERA DI DATARAN
INSPEN.
SEKIAN TERIMA KASIH.