TEKS UCAPAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA 2018
SMK CHERAS JAYA
TARIKH : 27 OKTOBER 2018
1
|
PENGUMUMAN DAN PEMAKLUMAN
|
FATIMAH
|
|
SIDANG
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DI HORMATI SEKALIAN…………….
SEBELUM
MAJLIS DIMULAKAN, DISINI ADA BEBERAPA PENGUMUMAN DAN PEMAKLUMAN UNTUK
SAMA-SAMA KITA BERIKAN PERHATIAN…….
PENGUMUMAN
PERTAMA…….
MOHON
KERJASAMA SIDANG HADIRIN SEKALIAN UNTUKMENGAMBIL TEMPAT YANG DISEDIAKAN
KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI…….
PEMAKLUMAN
KE DUA….
MAJLIS
JUGA MEMINTA KERJASAMA SIDANG HADIRIN SEKALIAN UNTUK BERADA BERSAMA SEHINGGA
MAJLIS TAMAT BAGI MERAIKAN ANAK-ANAK KITA YANG AKAN MENERIMA ANUGERAH PADA
HARI INI….MAKAN TENGAHARI DI SEDIAKAN UNTUK SEMUA HADIRIN…….
PEMAKLUMAN
KE TIGA….
MAJLIS
JUGA MEMINTA KERJASAMA SIDANG HADIRIN SEKALIAN UNTUK SAMA-SAMA BERDIRI KETIKA
TETAMU KEHORMAT MASUK KE ARENA MAJLIS……..
SEKIAN
TERIMA KASIH………
|
|
2
|
UMUM KETIBAAN VIP
|
FATIMAH
|
|
MENGUMUMKAN
KETIBAAN YANG BERBAHAGIA IR HAJI MAT
ZAIN BIN HUSSAIN, NAIB YANG
DIPERTUA PIBG, SMK CHERAS JAYA DENGAN DIIRINGI BARISAN PENTADBIR SMK CHERAS
JAYA KE ARENA MAJLIS….
HADIRIN
DI MINTA BERDIRI…..
|
|
3
|
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
|
FATIMAH
|
|
SEBAGAI TANDA CINTA AKAN NEGARA,
MAJLIS DI MULAKAN DENGAN NYAYIAN LAGU NEGARAKU……
DI PERSILAKAN…
**********NYANYIAN
LAGU NEGARAKU************
MOHON
YANG BERBAHAGIA DAN PARA HADIRIN
MENGAMBIL TEMPAT……..
|
|
4
|
KATA-KATA ALUAN
|
FATIMAH
|
|
ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
PEMBUKA
KATA LIDAH BICARA
IZINKAN
SAYA MULAKAN ACARA
SEMOGA
MAJLIS DISAMBUT CERIA
KOMPANG
BERGEMA PUSAKA BANGSA
DIPALU
OLEH SI ANAK MUDA
HADIR
TUAN MERIAH SUASANA
KAMI
MENYAMBUT PENUH GEMBIRA
YANG
BERBAHAGIA
IR HAJI
MAT ZAIN BIN HUSSAIN
NAIB
YANG DIPERTUA PIBG
SMK
CHERAS JAYA
YANG
BERUSAHA
PUAN HJH
ZURHIATI BINTI SAAD
PENGETUA
SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
PUAN
SORAH BINTI ISMAIL
PENOLONG
KANAN HAL EHWAL MURID
SMK
CHERAS JAYA
PUAN
AIDA BINTI ZAKARIA
PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM
SMK
CHERAS JAYA
ENCIK
ABDUL MANAF BIN ABDULLAH
PENOLONG
KANAN PETANG
ENCIK
AZAHARI BIN YUSOF
PENOLONG
KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN
GURU KANAN MATA PELAJARAN, BARISAN GURU KAUNSELING, GURU-GURU, PARA IBU BAPA
DAN SETERUSNYA PARA PELAJAR YANG DIRAIKAN SEKALIAN…..
MAJLIS
TERLEBIH DAHULU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA YANG BERBAHAGIA IR HAJI MAT ZAIN BIN HUSSAIN KE MAJLIS ANUGERAH
KUALITI JAYA 2018 DENGAN TEMA PADA TAHUN INI “SEDERAP MENCIPTA JAYA”. MAJLIS JUGA TURUT MERAKAMKAN SEKALUNG
UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN DAN KESUDIAN PARA IBU BAPA DAN PENJAGA
UNTUK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS PADA HARI INI.
|
|
5
|
BACAAN DOA
|
FATIMAH
|
|
BUNGA
MAWAR CANTIK TERSEMAT
DIPETIK
GADIS DI TEPIAN TITI
DOA
DIBACA MEMOHON RAHMAT
SEMOGA
MAJLIS SENTIASA DIBERKATI
BAGI
MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA PAGI INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMINKAN
DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH USTAZ
AHMAD SUFI BIN IDRUS.
MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN USTAZ NAIK KE PENTAS.
*******************BACAAN DOA**********************
AMIN…AMIN….YA
RABBAL ALAMIN….
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ AHMAD SUFI BIN IDRUS ATAS
PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS KITA PADA HARI INI
MENDAPAT RAHMAT HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.
|
|
6
|
UCAPAN ALU-ALUAN
|
HARINA
|
|
SIDANG
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN…..
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA MERUPAKAN
GABUNGAN ANUGERAH UNIT KO-KURIKULUM
DAN UNIT HAL EHWAL MURID. MAJLIS INI ADALAH PENGIKTIRAFAN YANG
DIBERIKAN OLEH PIHAK SEKOLAH KEPADA PARA PELAJAR YANG MENUNJUKKAN KOMITMEN YANG
PADU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN.
SEMUANYA INI BERPERANAN UNTUK
MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERPENGETAHUAN, KREATIF SERTA MENYUBURKAN POTENSI
KEPIMPINAN DALAM DIRI PARA PELAJAR.PIHAK SEKOLAH BERHARAP PENGIKTIRAFAN INI
DAPAT MENJADI MOTIVASI DAN SEMANGAT KEPADA SETIAP MURID UNTUK MENCONTOHI ATAU
MENGULANGI KEJAYAAN YANG SAMA ATAU LEBIH BAIK PADA TAHUN-TAHUN BERIKUTNYA.
MAJLIS
ANUGERAH KUALITI JAYA INI JUGA BAGI
MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN PARA PELAJAR YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA
SEKOLAH DI PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH, NEGERI MAHU PUN KEBANGSAAN DALAM BIDANG
…KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH….SESUNGGHUNYA PIHAK SEKOLAH AMAT MENGHARGAI SETIAP
SUMBANGAN YANG TELAH DICURAHKAN OLEH PARA PELAJAR DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI
SEPANJANG TAHUN 2018.
HARAPAN SEKOLAH JUGA, DENGAN ADANYA
MAJLIS SEUMPAMA INI, DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT PARA PELAJAR AGAR MEMBERIKAN
YANG TERBAIK BUAT SEKOLAH TERCINTA.
|
|
7
|
UCAPAN PENGETUA
|
USTAZ
ZUL
|
|
HADIRIN
DAN HADIRAT YANG DIHORMATI
MAJLIS
ANUGERAH KUALITI JAYA 2018 DITERUSKAN DENGAN UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA YANG BERUSAHA PN HJH ZURHIATI BINTI SAAD,
PENGETUA SMK CHERAS JAYA. DENGAN SEGALA HORMATNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN PN HJH ZURHIATI NAIK KE PENTAS.
~~~~~~~~~~UCAPAN
1 (PENGETUA)~~~~~~~~~~~~~
DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG DISAMPAIKAN
OLEH PENGETUA SMK CHERAS JAYA. MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG
BERUSAHA PN HJH ZURHIATI BT SAAD ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN
UCAPAN SEBENTAR TADI.
|
|
8
|
UCAPAN PERASMI & GIMIK & PERSEMBAHAN 1
|
FATIMAH
|
|
HADIRIN
DAN HADIRAT SEKALIAN,
BAGI
MENERUSKAN MAJLIS, KITA DENGARKAN PULA
UCAPAN DARIPADA TETAMU KEHORMAT KITA. SEBELUM ITU, IZINKAN SAYA
MEMBACAKAN BIODATA YANG BERBAHAGIA IR HJ
MAT ZAIN BIN HUSSAIN.
*******************BACA BIODATA PERASMI( BIODATA
1)**********
UNTUK
ITU MAJLIS BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN YANG
BERBAHAGIA IR HAJI MAT ZAIN BIN
HUSSAIN, NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN DAN SETERUSNYA MEWAKILI TUAN
HAJI AZMAN BIN IDRIS BAGI MERASMIKAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI JAYA
2018.
DIPERSILAKAN.
**********UCAPAN 2 (PERASMI) *********************************
********** VIP AKAN TURUN ************************************
**********GIMIK DAN PERSEMBAHAN
1***************************
BUAH
SELASIH DI DALAM PUAN,
DIBAWA
GADIS KE TENGAH LAMAN,
TAKKAN
HILANG JASAMU TUAN,
JADI
INGATAN SEPANJANG ZAMAN.
MAJLIS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UNGKAPAN TULUS SEKALUNG BUDI
KEPADA YG BERBAHAGIA IR HAJI MAT ZAIN
BIN HUSSAIN ATAS UCAPAN DAN KESUDIAN MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KUALITI
JAYA 2018 SERTA GIMIK PERASMIAN SEBENTAR TADI.
UNTUK
PENGETAHUAN PARA HADIRIN, LAI JIEN
WENG TELAH MENYERTAI PERMAINAN YOYO DI PERINGKAT ANTARABANGSA DALAM INTERNATIONAL DIABOLO TOURNAMENT
CHENGDU INVITATION PADA 3 OGOS YANG LALU DI CHENGDU, CHINA DENGAN PENCAPAIAN
JOHAN PERSEORANGAN BAWAH UMUR 16 TAHUN, JOHAN KUMPULAN DAN JOHAN SINGLE
DIABOLO.PERSEMBAHAN YOYO CINA ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PN. NG LEE CHING.
SETERUSNYA
MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN ALUA-ALUAN DARI PELAJAR-PELAJAR
PPKI.
DIPERSILAKAN….
****************PERSEMBAHAN
1**************************
DEMIKIAN
TADI PERSEMBAHAN TARIAN SERUMPUN OLEH PELAJAR-PELAJAR PPKI. SEKALUNG UCAPAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
UNTUK
MAKLUMAN SEMUA, TARIAN SERUMPUN ITU TADI MENDAPAT JOHAN KATEGORI TARIAN DALAM
KARNIVAL KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH HULU LANGAT DI BAWAH PIMPINAN PUAN SYAMSUZANA SAMSUDIN.
TAHNIAH
DAN SYABAS DIUCAPKAN.
|
|
9
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG 1
|
HARINA
|
|
HADIRIN
SEKALIAN,
ACARA
SETERUSNYA MERUPAKAN ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU ACARA PENYAMPAIAN
ANUGERAH SIDANG PERTAMA.
ANUGERAH
DI MULAKAN DENGAN ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN
KEPADA PARA PELAJAR YANG MENUNJUKKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN DALAM MEMBANTU GURU
UNTUK MELANCARKAN PERJALANAN UNIT MASING-MASING….PENERIMA ANUGERAH AKAN
MENERIMA MEDAL DAN SIJIL.
DENGAN
INI MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DI
HORMATI PUAN AIDA BT ZAKARIA,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DENGAN DIIRINGI
OLEH PN. NORAINI BT MOHD YASIN, GURU KANAN BAHASA UNTUK MENYEMPURNAKAN
PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG PERTAMA……..
************PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG
1*************
(BACA – ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG PENGAWAS
DIANUGERAHKAN KEPADA…………………..)
MAJLIS
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA
PUAN AIDA BT ZAKARIA ATAS
KESUDIAN MENYAMPAKAN ANUGERAH KEPADA PARA PELAJAR.
MAJLIS
MEMPERSILAKAN PN NORAINI BT MOHD YASIN
UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG DIHORMATI PN AIDA BT ZAKARIA
SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH.
|
|
10
|
PERSEMBAHAN 2
|
USTAZ
ZUL
|
|
PARA
HADIRIN YANG DI HORMATI,
MAJLIS
BERHENTI REHAT UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PERSEMBAHAN PELAJAR . UNTUK ITU,
MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN SOLO YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH SAUDARA MUHAMMAD DANISH HISHAM B ASRUL HISHAM DENGAN TAJUK LAGU “KU TAK
BISA” DAN “APOKALIPS” SERTA NYANYIAN DARI SAUDARA MUHD IYAD AMIN B RUZLAN DENGAN TAJUK LAGU “HATI
EMAS”.
DI
PERSILAKAN……
-------------------------------PERSEMBAHAN
PELAJAR--------------------------
MAJLIS
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENGHIBURKAN
SEBENTAR TADI. PERSEMBAHAN ITU TADI
ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PN NORAAISYA
YAACOB.
|
|
11
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG 2
|
HARINA
|
|
HADIRIN
SEKALIAN,
MAJLIS
DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG KEDUA.
DENGAN
INI MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DI
HORMATI PUAN SORAH BT ISMAIL, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DENGAN
DIIRINGI OLEH PN AZURA BT ABDUL RAOF,
GURU KANAN KEMANUSIAAN TAMPIL KE PENTAS UTAMA BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS.
**********BACA PENERIMA ANUGERAH (IKUT LAMPIRAN)**********
(BACA – ANUGERAH KEHADIRAN PENUH INDIVIDU
DIANUGERAHKAN KEPADA ……………………)
PIHAK
MAJLIS MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA
YANG DI HORMATI PUAN SORAH BT ISMAIL ATAS
KESUDIAN MENYAMPAKAN ANUGERAH KEPADA PARA PELAJAR.
MAJLIS MEMPERSILAKAN PN AZURA BT ABDUL RAOF UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG
DIHORMATI PN SORAH BT ISMAIL SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH.
|
|
12
|
PERSEMBAHAN 3
|
FATIMAH
|
|
PARA
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS
DITERUSKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN NASYID YANG BERTAJUK
“SYIAR
YANG SUCI DAN JAUHI DADAH”.
****************PESEMBAHAN NASYID******************
DEMIKIAN
TADI PERSEMBAHAN NASYID YANG
DISAMPAIKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR SMK CHERAS JAYA. TERIMA KASIH
DIUCAPKAN. UNTUK PENGETAHUAN HADIRIN, PERSEMBAHAN NASYID ITU TADI TELAH
MEWAKILI DAERAH HULU LANGAT KE PERINGKAT NEGERI BAGI PERTANDINGAN ANTI DADAH.PERSEMBAHAN
ITU TADI ADALAH DI BAWAH PIMPINAN PN
ROSMAWATI BT HAMDI. TAHNIAH DIUCAPKAN.
|
|
13
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG 3
|
USTAZ
ZUL
|
|
HADIRIN
YANG BUDIMAN,
MAJLIS
DITERUSKAN DENGAN PENGANUGERAHAN BERIKUTNYA. BAGI MENYAMPAIKAN ANUGERAH,
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG
BERUSAHA PUAN HJH ZURHIATI BT SAAD, PENGETUA SMK CHERAS JAYA DENGAN DIIRINGI
PUAN SORAH BINTI ISMAIL, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID NAIK KE PENTAS
UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH SIDANG KETIGA.
**********BACA
PENERIMA ANUGERAH (IKUT
LAMPIRAN)**********
PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA
KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PUAN HJ ZURHIATI
BT SAAD ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN ANUGERAH KEPADA PARA PELAJAR.
MAJLIS MEMPERSILAKAN PN SORAH BT ISMAIL UNTUK MENYAMPAIKAN
CENDERAHATI KEPADA YANG BERUSAHA PN
HJH ZURHIATI SAAD SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH.
|
|
14
|
PERSEMBAHAN 4
|
USTAZ
ZUL
|
|
HADIRIN
DAN HADIRAT SEKALIAN,
SETERUSNYA
KITA SAKSIKAN PULA PERSEMBAHAN TRIO DENGAN LAGU BUNYI GITAR, SUZANA DAN
RAGAMAN YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH SAUDARA MUHD IYAD, MUHAMMAD DANISH DAN NUR
IZZATI SYAFIEYA.
DIPERSILAKAN.
****************PESEMBAHAN TRIO******************
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN TRIO YANG
TELAH DISAMPAIKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR SMK CHERAS JAYA. SESUNGGUHNYA PELAJAR
SMK CHERAS JAYA MEMPUNYAI PERMATA YANG
BERKILAU JIKA DI ASAH DENGAN PENUH KESABARAN. UNTUK MAKLUMAN SEMUA,
PERSEMBAHAN ITU TADI ADALAH DIBAWAH BIMBINGAN PN NORAAISYA YAACOB.
|
|
15
|
PENYAMPAIAN ANUGERAH SIDANG 4
|
FATIMAH & USTAZ ZUL
|
|
HADIRIN
SEKALIAN,
MAJLIS
ANUGERAH KUALITI JAYA 2018 TIBA DI KEMUNCAKNYA IAITU PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH.
BAGI
MENYAMPAIKAN ANUGERAH, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA IR HAJI
MAT ZAIN BIN HUSSAIN, NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA DENGAN DIIRINGI
OLEH YANG BERUSAHA PUAN HJH ZURHIATI
BT SAAD, PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK TAMPIL KE PENTAS BAGI
MENYEMPURNAKAN MAJLIS.
DIPERSILAKAN.
BAGI ANUGERAH GURU MUDA TERBAIK MERUPAKAN
PENGHARGAAN YANG DIBERIKAN KEPADA GURU
MUDA YANG PALING BANYAK MEMBUAT BIMBINGAN KEPADA RAKAN-RAKAN SAMA ADA DI
DALAM KELAS MAHU PUN DI LUAR KELAS. GURU MUDA JUGA BERPERANAN MEMBIMBING
RAKAN SEBAYA DALAM MATA PELAJARAN TERTENTU.
DENGAN
INI DIUMUMKAN ANUGERAH GURU MUDA TERBAIK DIANUGERAHKAN KEPADA
MUHAMMAD IZWAN HAFIZ B MOHAMAD ROSLAN DARI TINGKATAN
5 FATONAH.
DIPERSILAKAN
MUHAMMAD IZWAN HAFIZ B MOHAMAD ROSLAN
UNTUK NAIK KE PENTAS UTAMA.
BERIKUT
DIBACAKAN BIODATA RINGKAS MUHAMMAD
IZWAN.
*****BACA BIODATA TOKOH GURU MUDA ( BIODATA 2)*******
DENGAN
INI DIPERSILAKAN PENERIMA ANUGERAH GURU MUDA TERBAIK MUHAMMAD IZWAN HAFIZ B MOHAMAD ROSLAN UNTUK MENERIMA HADIAH.
HADIAH MERUPAKAN PLUG, MEDAL DAN SIJIL PERNGHARGAAN.
BAGI ANUGERAH TOKOH PPKI, KRITERIA
PEMILIHAN TOKOH INI BERDASARKAN PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG SELARI
DENGAN BAKAT KEPIMPINAN YANG DI TONJOLKAN SELAIN AKTIF DALAM KOKURIKULUM.
ANUGERAH
TOKOH PPKI DIANUGERAHKAN KEPADA
MUHAMMAD ISMAIL B NAZRI DARI TINGKATAN 5 JUARA.
DIPERSILAKAN MUHAMMAD ISMAIL B NAZRI UNTUK NAIK
KE PENTAS.
BERIKUT
DIBACAKAN BIODATA RINGKAS MUHAMMAD
ISMAIL.
*****BACA BIODATA TOKOH PPKI ( BIODATA 3)**************
DENGAN
INI DIPERSILAKAN TOKOH PPKI, MUHAMMAD
ISMAIL B NAZRI UNTUK MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN TROFI DAN SIJIL
PENGHARGAAN.
SETERUSKAN
ANUGERAH TOKOH SAHSIAH SARJANA.
ANUGERAH INI DIBERI BERDASARKAN 5S IAITU SENYUM,SALAM, SAPA,SOPAN DAN SANTUN,
BERTANGGUNGJAWAB,BERKETRAMPILAN DAN MEMPUNYAI AKHLAK TERPUJI. DENGAN INI
TOKOH SAHSIAH SARJANA DIANUGERAHKAN KEPADA
MUHAMMAD AFIQ B MOHAMAD ZAMRI DARI TIGKATAN 5 INOVATIF.
DIPERSILAKAN
MUHAMMAD AFIQ B MOHAMAD ZAMRI UNTUK
NAIK KE PENTAS UTAMA.
BERIKUT
DIBACAKAN BIODATA RINGKAS MUHAMMAD
AFIQ B MOHAMAD ZAMRI.
*****BACA BIODATA TOKOH SAHSIAH SARJANA( BIODATA 4)********
DENGAN
INI DIPERSILAKAN MUHAMMAD AFIQ B
MOHAMAD ZAMRI UNTUK MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN TROFI DAN SIJIL
PENGHARGAAN.
ANUGERAH
SETERUSNYA IALAH ANUGERAH TOKOH
KEPIMPINAN. ANUGERAH INI DIBERI KEPADA PELAJAR YANG MEMPUNYAI SIFAT
KEPIMPINAN , BERWIBAWA,BERDISIPLIN DAN SENTIASA DISENANGI OLEH GURU-GURU.
PENERIMA ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN DIANUGERAHKAN KEPADA ELEZ BALQISH BT RUZELMAN DARI TINGKATAN 5 BESTARI.
DIPERSILAKAN
ELEZ BALQISH BT RUZELMAN NAIK KE
PENTAS UTAMA.
BERIKUT
DIBACAKAN BIODATA RINGKAS ELEZ BALQISH
BT RUZELMAN.
*****BACA BIODATA TOKOH KEPIMPINAN( BIODATA 5)**************
DENGAN
INI DIPERSILAKAN PENERIMA ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN, ELEZ BALQISH BT RUZELMAN UNTUK MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN
TROFI DAN SIJIL PENGHARGAAN.
SETERUSNYA
ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM.
ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG AKTIF DALAM KOKURIKULUM DENGAN
PENCAPAIAN TERTINGGI, MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT KEPIMPINAN YANG MENYERLAH, MENERIMA
KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN DALAM PERTANDINGAN SERTA MENUNJUKKAN KETRAMPILAN
DIRI, KETOKOHAN PEMIMPIN DAN MENJADI IKON PELAJAR.
ANUGERAH
TOKOH KEPIMPINAN DIANUGERAHKAN KEPADA SITI
NUR IRDINA AMALIN BT SHAHRUL NIZAM DARI TINGKATAN 5 AMANAH.
BERIKUT
DIBACAKAN BIODATA RINGKAS SITI NUR
IRDINA AMALIN BT SHAHRUL NIZAM.
*****BACA BIODATA TOKOH KOKURIKULUM( BIODATA 6)**************
DENGAN
INI DIPERSILAKAN PENERIMA ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN SITI NUR IRDINA AMALIN BT SHAHRUL NIZAM UNTUK MENERIMA HADIAH.
HADIAH MERUPAKAN TROFI DAN SIJIL PENGHARGAAN.
ANUGERAH
BERIKUTNYA IALAH ANUGERAH TOKOH SUKAN.
ANUGERAH INI DIBERIKAN BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG DALAM SUKAN DAN
KEKERAPAN PENYERTAAN DALAM KEGIATAN SUKAN DAN MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT
KEPIMPINAN, SOFTSKILL, DAN KETEKUNAN DALAM KEGIATAN SUKAN.
DAN
PENERIMA ANUERAH TOKOH SUKAN INI DIANUGERAHKAN KEPADA MUHAMMAD ADAM BIN MOHD ZAIDI DARI
TINGKATAN 5 DEDIKASI.
DIPERSILAKAN MUHAMMAD ADAM BIN MOHD ZAIDI UNTUK
NAIK KE PENTAS UTAMA.
BERIKUT
DIBACAKAN BIODATA RINGKAS MUHAMMAD
ADAM BIN MOHD ZAIDI.
*****BACA BIODATA TOKOH SUKAN( BIODATA 7)**************
DIPERSILAKAN
MUHAMMAD ADAM BIN MOHD ZAIDI UNTUK
MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN TROFI DAN SIJIL PENGHARGAAN.
HADIRIN
DAN HADIRAT SEKALIAN…….
SETERUSNYA
TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK, BAKAL
MENYANDANG TOKOH KUALITI JAYA PELAJAR ….PENERIMA ANUGERAH
INI MERUPAKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI KEPIMPINAN DAN SAHSIAH
YANG TERPUJI……..
DIUMUMKAN TOKOH KUALITI JAYA PELAJAR SMK CHERAS JAYA BAGI SESI 2018
DIANUGERAHKAN KEPADA SITI NUR IRDINA
AMALIN BT SHAHRUL NIZAM DARI TINGKATAN 5 AMANAH.
TAHNIAH
DAN SYABAS DI UCAPKAN……DI PERSILAKAN SITI
NUR IRDINA AMALIN UNTUK TAMPIL MENERIMA HADIAH. HADIAH MERUPAKAN PIALA
PUSINGAN, MEDAL DAN SIJIL PENGHARGAAN.
DAN
SETERUSNYA ANUGERAH TOKOH KUALITI JAYA
GURU SMK CHERAS JAYA SESI 2018.
BERIKUT
DIBACAKAN BIODATA BELIAU.
****BACA BIODATA ANUGERAH KUALITI JAYA GURU( BIODATA
8)*******
DENGAN
INI DIUMUMKAN ANUGERAH KUALITI JAYA GURU
DIANUGERAHKAN KEPADA CIK NUR AINI BT
SULIMAN. DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK NUR AINI BT SULIMAN UNTUK TAMPIL MENERIMA HADIAH. HADIAH
MERUPAKAN PIALA PUSINGAN, MEDAL DAN SIJIL PENGHARGAAN. TAHNIAH DIUCAPKAN.
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG
BERBAHAGIA IR HAJI MAT ZAIN BIN HUSSAIN, NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS
JAYA ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS.
|
|
16
|
SESI BERGAMBAR DAN CNDERAHATI VIP
|
USTAZ
ZUL
|
|
HADIRIN
AN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN
DENGAN SESI BERGAMBAR PENERIMA ANUGERAH TOKOH BERSAMA YANG BERBAHAGIA IR HAJI MAT ZAIN.
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA YANG BERBAHAGIA IR HJ MAT
ZAIN BIN HUSSAIN, NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK CHERAS JAYA ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS. DENGAN INI PIHAK MAJLIS
MEMPERSILAKAN PUAN ZURHIATI BT SAAD,
PENGETUA SMK CHERAS JAYA UNTUK
MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA EN. MAT ZAIN.
DEMIKIAN
TADI SESI BERGAMBAR DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI. DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN
YANG BERBAHAGIA IR HAJI MAT ZAIN BERSAMA BARISAN PENTADBIR KE KANTIN UNTUK
MENIKMATI MAKANAN YANG TELAH DISEDIAKAN.
|
|
17
|
PENUTUP
|
FATIMAH
|
|
TAHNIAH
DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU YANG TELAH MENERIMA
ANUGERAH PADA HARI INI. SEMOGA ANUGERAH YANG DITERIMA DAPAT MELONJAKKAN
PRESTASI SEKOLAH PADA MASA AKAN DATANG.
MADAH
DIUNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN
DILANTUN MENGUSIK HATI,
SALAH
DAN SILAP TUTUR BICARA,
POHON
DIAMPUN SEIKHLAS HATI.
TENANG-TENANG
AIR DI LAUT,
SAMPAN
KOLEK MUDIK KE TANJUNG,
HATI
TERKENANG MULUT MENYEBUT,
BUDI
TUAN RASA NAK JUNJUNG
MAJLIS
BAGI PIHAK TUAN RUMAH SMK CHERAS JAYA MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA HADIRIN ATAS KESUDIAN BERSAMA-SAMA
MERAIKAN MAJLIS PADA HARI INI. KAMI DARI PIHAK MAJLIS JUGA MEMOHON KEMAAFAN
JIKA TERDAPAT SEBARANG KECACATAN SEPANJANG PERJALANAN MAJLIS INI.
PARA
TETAMU DAN PELAJAR DIMINTA MENGAMBIL MAKANAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI KANTIN
SEKIAN,TERIMA
KASIH.
|
|