Sunday 25 August 2013

Kejohanan Balapan dan Padang


Teks Pengacara

Kejohanan Balapan dan Padang SMK CHERAS JAYA  KALI KE - 9

Di

Stadium INSPEM Putrajaya

Pada : 

24 Ogos 2013 (Sabtu)

Bismillah……
Assalamualaikum
Salam Pagi,
Salam Perpaduan
Salam Satu Malaysia
Yang Dihormati
Pn. Sofia Nor bt Molhit
Pen. Kanan SMK Cheras Jaya
En. Othman bin Omar
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Anita Mazlina bt Azman Arash
Pen. Kanan Kokurikulum
En. Termizi bin Mohd Tahir
Pen. Kanan Petang
En. Azahari bin Mohd Yusop
Pen. Kanan Pendidikan Khas
Barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru cemerlang
Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
Guru-guru dan seterusnya para pelajar SMK Cheras Jaya.
SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK CHERAS JAYA KALI KE-9
Alhamdulillah, terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya jua kita diberikan kecergasan fizikal dan mental  untuk sama-sama memeriahkan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI-9 tahun 2013.
Kami warga SMK Cheras Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan kejohanan pada kali ini.
Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan SMK Cheras Jaya ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang sukan.

PERBARISAN MASUK RUMAH SUKAN
Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsungnya perarakan masuk bendera kejohanan dan pasukan-pasukan kontijen SMK Cheras Jaya.
Dimulakan dengan perarakan masuk Bendera Kejohanan yang dibawa oleh 4 orang ahli Kadet Remaja Sekolah  SMK Cheras Jaya.

Diikuti oleh perarakan masuk kontijen-kontijen daripada rumah sukan yang diketuai oleh saudara Khairul Azam bin Ramli

-        Mendahului perarakan perbarisan pada pagi ini ialah kontijen dari rumah Merak  yang diketui oleh Mohd Farhan bin Abdul Rahman

Dengan moto “Merak gagah ke medan juang”.

Untuk pengetahuan para hadirin rumah merak setakat ini berjaya mengumpul

2-emas,

5- perak dan

5- gangsa.

-                     Seterusnya kontijen dari rumah Helang yang diketuai oleh Md. Irfan bin Masiron dengan moto “Helang rimba gagah diangkasa, Helang hijau menjulang juara”, pingat yang berjaya dikumpul adalah

5-emas,

4-perak dan

6- gangsa 

-                     Kontijen seterusnya ialah rumah kenyalang yang diketuai oleh Mohd Daniel bin Hanif dengan moto “Kami….kenyalang kuat dan kental” Maskot kenyalang ‘Wira panji merdeka’, ianya diambil sempena Bulan Kemerdekaan. Pingat yang berjaya dikumpul setakat ini adalah

5-emas

5-perak dan

8- gangsa

-        Menyusul seterusnya ialah kontigen dari rumah Jentayu yang diketuai oleh Muhd Hawan Qayyum bin Mohd Nezri dengan moto “Jentayu jingga julang juara” dengan pungutan pingat

6-emas, 3-perak dan 5-gangsa

-        Akhir sekali ialah kontigen dari rumah Bayan yang diketuai oleh Mazlan bin Mohamad dengan moto “Bayan terbang tinggi ke mercu, 1 bunga manga untuk 1 juara” untuk pengetahuan para hadirin rumah bayan mendahului rumah-rumah yang lain dengan mengumpul

 7-emas , 8-perak dan 1-gangsa.

Hadirin yang dihormati,

Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Adib bin Ramli untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

BACAAN DOA

Pihak majlis merakam ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Semoga acara sukan kita pada hari ini akan mendapat berkat hingga ke penghujungnya.

Seterusnya, Nyanyian lagu Negaraku

Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya kita dengarkan ucapan perasmian Kejohanan Balapan dan Padang yang akan disampaikan oleh Pn. Sofia Nor bt Molhit, Pen. Kanan SMK Cheras Jaya. Dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN (PK)

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Sofia Nor bt Molhit atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Dengan ini rasmilah sudah Kejohanan Balapan dan Padang SMK Cheras Jaya kali ke-9.

Upacara seterusnya ialah Lafaz Ikrar Kejohanan. Majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Khairul Azam bin Ramli untuk Lafaz Ikrar Kejohanan. Diminta semua ketua kontigen rumah yang mewakili rumah sukan masing-masing mengiringi ketua kontigen untuk acara lafaz ikrar. Dipersilakan.

BACAAN IKRAR

Seterusnya ialah upacara menaikkan bendera kejohanan. Diminta hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu sekolah.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH DAN MENAIKKAN BENDERA

Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.

Dipersilkan semua kontigen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing untuk kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.
PERBARISAN KELUAR KONTIGEN
#Perhatian – Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.