Monday 17 June 2013

Bulan Akademik 2013


TEKS UCAPAN BULAN AKADEMIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA
TEMA : ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA

YANG BERUSAHA
PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS JAYA


YANG DI HORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA

ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM       

ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, RAKAN- RAKAN GURU DAN PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu di pagi yang indah ini untuk sama-sama meraikan Maljis Pelancaran Bulan Akdemik Tahun 2013. Tema Bulan Akademik pada tahun ini ialah “ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA”.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Bulan Akademik adalah gabungan  Bidang Bahasa, Bidang Teknik dan Vokasional, Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Ke empat–empat bidang tersebut adalah amat penting dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Dengan berdasarkan kecenderungan dalam bentuk kebolehan, kemahiran, keupayaan dan kelebihan yang ada pada seseorang pelajar membolehkan mereka memilih jurusan kerjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.
Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih para guru bertanggungjawab untuk mencungkil bakat para pelajar mengikut keupayaan pelajar tersebut. Menjadi hasrat para guru, ibu bapa dan masyarakat untuk melahirkan pelajar yang unggul dalam pelbagai bidang di samping keutamaan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dengan ilmu yang diperolehi.
Sesungguhnya, ilmu itu umpama seribu permata berharga yang mampu mengubah kehidupan seseorang di samping meningkatkan minda dan memajukan bangsa. Ilmu mampu mempamerkan keupayaan generasi hari ini untuk menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati di masa akan datang.
Guru-guru dan pelajar sekalian, 
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara. 
Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan  Pengetua SMK Cheras Jaya. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hashimah bt  Hashim, untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
UCAPAN PENGETUA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hashimah bt  Hashim atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, pihak majlis mempersilakan Puan Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan SMK Cheras Jaya naik ke pentas untuk mengiringi Puan Pengetua untuk upacara memukul gong sebagai simbolik pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.   
UPACARA PUKUL GONG 
-ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Puan Hashimah atas kesudian merasmikan Bulan Akademik pada kali ini.
Para guru dan pelajar sekalian,
Seterusnya, bagi memeriahkan majlis, marilah sama-sama kita saksikan persembahan Drama Muzikal dari putera puteri SMK Cheras Jaya bersama-sama Guru-guru pelatih SMK Cheras Jaya dengan tema “Ilmu Perkasa Generasi Wibawa”.
Dipersilakan.
PERSEMBAHAN PELAJAR 
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menghiburkan. Untuk pengetahuan semua, teks persembahan itu tadi telah disediakan oleh Puan Noraini Mohd Yassin. Terima kasih jua diucapkan kepada beliau.
Untuk pengetahuan semua, tempoh pelaksanaan bulan akademik ini adalah pada 17 Jun sehingga 12 Julai 2013. Dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan, penyertaan para pelajar amat dialu-alukan.
Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili unit kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ddalam Pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.
-ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA
Sekian, saya serahkan kepada guru yang bertugas.